Saturday, July 29, 2023

Kursus Tanaman Cendawan Secara Praktikal Semalam.

Usai memberikan kursus tanaman cendawan tiram kelabu secara praktikal di ladang untuk bulan Julai 2023 semalam. Insyallah kursus seterusnya pada akhir bulan depan 26 Ogos 2023 (Sabtu) di Benut | Pontian | Johor. Kehadiran 4 peserta Saudara Muslim dari Kuala Terengganu, Saudari Aida dari Shah Alam, Saudara Haikal dari Simpang Renggam dan Saudara Faris dari Kluang. Peserta di ajar tentang penyedian media cendawan dan membuat bongkah cendawan, teknik kukusan, teknik suntikan benih cendawan, lawatan kerumah cendawan dan penjagaan bongkah cendawan serta teknik tuaian hasil serta pemasaran dan permohonan geran projek cendawan dari agensi kerajaan. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna buat kalian untuk menjadi usahawan cendawan yang berjaya. Tahniah 👍💪 ! #KursusCendawan #mentor #tanamcendawan

No comments: