Sunday, October 29, 2023

Lawatan Oleh YB Tuan Ismail Roslan Ke Ladang Cendawan Kami Di Benut Pontian.

Menerima kehadiran YB Mohd Ismail Roslan ke ladang cendawan kami. Beliau merupakan Mantan Adun Semerah | Batu Pahat. Saya dan beliau pernah bersama berkhidmat sebagai Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dari tahun 2019 / 2020. YB Mohd Ismail masih meneruskan khidmatnya bersama PPNJ sehingga kini. Perbualan hari ini berkisarkan tentang tanaman cendawan dan potensinya. Insyallah dalam masa yang terdekat saya akan melewat tapak projek yang di cadangkan di Simpang Lima, Batu Pahat. Terima kasih YB kerana hadir ke kawasan projek cendawan kami di Benut | Pontian petang ini. #sifucendawan #tanamcendawan #CendawanTiramKelabu

No comments: