Sunday, December 17, 2023

Penghantaran Steamer ke Felda Pengeli, Kluang semalam.

Penghantaran Steamer (Pengukus Bongkah Cendawan) ke Felda Pengeli, Kluang semalam. Steamer second hand yang saya beli beberapa bulan lepas tetapi belum pernah di gunakan.Muatan anggaran 700 bongkah cendawan, besi tebal dan masih keadaan baik. Jual sebab akan menerima steamer kedua yang saiz lebih besar anggaran kapasiti kukusan 1500bongkah cendawan insyallah dalam masa terdekat ini. Insyallah seminggu dua ini akan membuat kerja naik taraf di ladang iaitu membina tempat proses bongkah cendawan dengan bumbung lebih tinggi mengunakan besi mengantikan tempat proses lama yang mengunakan kayu. Akhir bulan ini akan membuat Cafe untuk pelbagai menu cendawan & awal tahun depan akan naik taraf kawasan bagi mewujudkan pusat Agrotourism komuniti di kampung. Moga di permudahkan.

No comments: