Wednesday, August 25, 2021

MAKLUMAN KURSUS CENDAWAN TIRAM KELABU DAN CENDAWAN KUKUR HUJUNG TAHUN 2021 DI PONTIAN, JOHOR.

UNTUK MAKLUMAN KEPADA SEMUA. RAMAI YANG BERTANYAKAN BERKAITAN KURSUS KEUSAHAWANAN CENDAWAN TIRAM KELABU DAN CENDAWAN KUKUR. KAMI MERANCANG AKAN MENJALANKAN KURSUS SEKITAR AKHIR BULAN OKTOBER 2021 ATAUPUN AKHIR BUKAN NOVEMBER 2021 (BERGANTUNG KEPADA SOP PKP KETIKA ITU). SEGALA PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KAMI TERUS - 0137501589 ATAUPUN WHATSAP. TERIMA KASIH.

Selepas Cendawan Kini Projek Arnab Pendaging.

Di Akhbar Sinar Harian hari ini kisah projek Arnab Pedaging saya dan team Pontian Farmers Group PFG. Selepas 15tahun dalam bidang tanaman cendawan kini mengembangkan projek kedua iaitu penternakan Arnab Pedaging pula bersama team Pontian Farmers Group (PFG). Moga ramai anak anak muda akan berkecimpung dalam bidang penternakan ini. Segala pertanyaan boleh hubungi kami - 0137501589.

Terima kasih kepada Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Tuan Mohd Khairuzamri M.Salleh dan para pegawai LPNM atas kerjasama bersama.

13 Ogos 2021 | Benut Pontian - YBrs En. Mohd Khairuzamri M. Salleh, Ketua Pengarah LPNM telah mengadakan lawatan ke Saifulam Agro Farm bertempat di Kg.Parit Hassan, Benut Pontian. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat projek pembangunan tanaman cendawan menggunakan medium sisa daun nanas yang diusahakan oleh pengusaha En.Noorsaiful Amri Suloh. LPNM telah mengadakan kerjasama dengan Saifulam Agro Farm bagi membangunkan tanaman cendawan menggunakan sisa daun nanas sejajar dengan usaha LPNM dalam program 'zero waste management' iaitu pengurusan sisa tanaman nanas bagi peningkatan pendapatan serta kelestarian alam sekitar. Kajian tanaman cendawan menggunakan sisa nanas ini telah dimulakan pada April 2021. Sebanyak 1000 bongkah telah menggunakan sisa daun nanas dengan purata penggunaan sisa daun nanas sebanyak 50%. Ia akan terus ditingkatkan bagi melihat keberkesanannya sebagai medium dan bahan utama dalam tanaman cendawan. Kapasiti rumah cendawan En.Noorsaiful adalah sebanyak 50,000 bongkah. YBrs. Ketua Pengarah, dengan diiringi oleh En.Wan Mohd Adiasrol Wan Hussain, Pengarah Bahagian Pembangunan Produk & Bioteknologi juga berkesempatan menuai hasil pertama cendawan yang menggunakan sisa nanas pada lawatan ini. #jommakannanas

Penghantaran Bongkah Cendawan Kukur Di Batu Pahat & Kluang.

Penghantaran sebanyak 1000 bongkah cendawan kukur bermula semalam dan pagi ini. Lokasi semalam di Kampung Chamek Kluang untuk Tok Cikgu Aziz dan pagi ini ke Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor, Batu Pahat. Kepada yang berminat mendapatkan bongkah cendawan dari kami boleh hubungi - 0137501589 (Saiful). Lokasi ladang kami di Benut Pontian, Johor.

Hasil Cendawan Tiram Kelabu Dari Sisa Nanas

Antara hasil cendawan dari inovasi campuran habuk kayu getah dan sisi nanas (daun & batang tunggul) projek kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Thursday, June 10, 2021

Cendawan Kukur Segar & Bongkah Cendawan Kukur Untuk Jualan Bulan JUN 2021 Di Pontian Johor.

Menuai hasil cendawan kukur segar dari ladang kami minggu ini. Alhamdulillah hasil yang banyak dan pengeluaran yang amat baik sekali. Berminat mendapatkan Cendawan Kukur Segar dan Bongkah Cendawan Kukur untuk bulan JUN 2021 boleh hubungi kami segera untuk tempahan - 0137501589 (Saiful). Lokasi ladang kami di Benut Pontian Johor.

Terima Kasih Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim & Iskandar Regional Development Authority (IRDA) Atas Kepercayaan Kolobrasi Untuk Projek Cendawan Di Johor.

Minggu ini menerima surat lantikan sebagai penyelia latihan program kesejahteraan iskandar Malaysia (IM Makmur) bagi inisiatif penjanaan ekonomi dan peningkatan kemahiran (tanaman cendawan) bagi golongan OKU oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Johor Darul Ta'zim dengan kerjasama Iskandar Regional Development Authority (IRDA). Serta menerima tawaran kerjasama dan kolobrasi dalam Pra-Pengkormersialan medium tanaman cendawan daripada sisa nanas oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Kami akan memberikan komitmen 200% dengan tawaran ini. Pertanian adalah perniagaan, bertani sebagai kerjaya. #LPNM #YayasanPembangunanKeluargaJohor #IRDA