Melawat projek tanaman cendawan oleh Tuan Nada di Ringlet Cameron Highlands semalam. Beliau telah memulakan projek beberapa bulan lepas dengan kapasiti muatan sebanyak 50,000 bongkah cendawan untuk permulaan.
Selain projek cendawan beliau menjalankan projek tanaman sawi jepun dan kedai makan. Permintaan yang sangat baik untuk pasaran cendawan di sekitar Cameron Highlands ujarnya.
Beliau bercadang akan membesarkan projek ini dan menambah beberapa jenis cendawan lain seperti Tiram Putih & Telinga Kera (Black Jally). Terima kasih Tuan Nada menerima kehadiran kami dan usahawan dari NGO Gerak Tani, banyak perkara yang beliau kongsikan yang boleh kami menguna pakai sistem dan teknik yang beliau gunakan. Semoga projek beliau akan terus berkembang maju.
No comments:
Post a Comment