Monday, September 7, 2020

Lawatan Ke Projek Cendawan Mama Cendawan Di Marang Terengganu

Bersama team Ngo Gerak Tani melawat projek cendawan Usahawanita hebat, Puan Wan Naimah @ Mama Cendawan di Marang Terengganu sebentar tadi. Terima kasih atas layanan dan perkongsian kisah cendawan kepada Team Gerak Tani yang di ketuai oleh Saudara Saiful (Setiausaha merangkap Ketua Kluster Cendawan), Saudara Faizul & Wak Selamat (Kluster Nanas), Tok Roslan (Usahawan Kenaf & Fertigasi) serta Tok Ambok (Usahawan Peruncitan). Pelbagai produk hiliran yang beliau usahakan antaranya sos cendawan & tepung cendawan selain projek cendawan. Semoga projek akan terus berkembang maju serta berjaya mewujudkan pusat Agro Pelancongan di ladang cendawan suatu hari nanti. Pertanian sebagai kerjaya !

No comments: