Sunday, December 17, 2023

Penghantaran Steamer ke Felda Pengeli, Kluang semalam.

Penghantaran Steamer (Pengukus Bongkah Cendawan) ke Felda Pengeli, Kluang semalam. Steamer second hand yang saya beli beberapa bulan lepas tetapi belum pernah di gunakan.Muatan anggaran 700 bongkah cendawan, besi tebal dan masih keadaan baik. Jual sebab akan menerima steamer kedua yang saiz lebih besar anggaran kapasiti kukusan 1500bongkah cendawan insyallah dalam masa terdekat ini. Insyallah seminggu dua ini akan membuat kerja naik taraf di ladang iaitu membina tempat proses bongkah cendawan dengan bumbung lebih tinggi mengunakan besi mengantikan tempat proses lama yang mengunakan kayu. Akhir bulan ini akan membuat Cafe untuk pelbagai menu cendawan & awal tahun depan akan naik taraf kawasan bagi mewujudkan pusat Agrotourism komuniti di kampung. Moga di permudahkan.

Sunday, November 5, 2023

Penghantaran 2000 Bongkah Cendawan Tiram Kelabu.

Penghantaran 2000 Bongkah Cendawan Tiram Kelabu untuk Saudara Ridzuan bertempat Kampung Sawah Pekan Nanas (Berhampiran Gunung Pulai) sebentar tadi. Beliau merupakan peserta kursus cendawan kami beberapa bulan yang lepas. Kepada sahabat yang nak mendapat cendawan tiram kelabu segar di kawasan Pekan Nanas & Kawasan berhampiran Gunung Pulai boleh hubungi Saudara Ridzuan - 0137612098. Semoga berjaya ! #sifucendawan #bongkahcendawantiramkelabu #CendawanTiramKelabu

Sunday, October 29, 2023

YUK MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG CENDAWAN BERTEMPAT BENUT, PONTIAN PADA 25 NOVEMBER 2023

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 25 NOVEMBER 2023 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 013 7501589 (Saiful) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2023 #KURSUSCENDAWANJOHOR

Peserta Kursus Tanaman Cendawan Secara Praktikal Di Ladang Pada 28 Oktober 2023 Bertempat Benut Pontian.

Semalam memberikan kursus tanaman cendawan tiram kelabu secara praktikal di ladang untuk bulan Oktober 2023. Insyallah kursus seterusnya pada akhir bulan November 2023 di Benut | Pontian | Johor. Peserta di ajar tentang penyedian media cendawan dan membuat bongkah cendawan, teknik kukusan, teknik suntikan benih cendawan, lawatan kerumah cendawan dan penjagaan bongkah cendawan serta teknik tuaian hasil serta pemasaran dan permohonan geran projek cendawan dari agensi kerajaan. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna buat kalian untuk menjadi usahawan cendawan yang berjaya. Tahniah 👍💪 ! #KursusCendawan #mentor #tanamcendawan #ubahhidup

Lawatan Oleh YB Tuan Ismail Roslan Ke Ladang Cendawan Kami Di Benut Pontian.

Menerima kehadiran YB Mohd Ismail Roslan ke ladang cendawan kami. Beliau merupakan Mantan Adun Semerah | Batu Pahat. Saya dan beliau pernah bersama berkhidmat sebagai Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dari tahun 2019 / 2020. YB Mohd Ismail masih meneruskan khidmatnya bersama PPNJ sehingga kini. Perbualan hari ini berkisarkan tentang tanaman cendawan dan potensinya. Insyallah dalam masa yang terdekat saya akan melewat tapak projek yang di cadangkan di Simpang Lima, Batu Pahat. Terima kasih YB kerana hadir ke kawasan projek cendawan kami di Benut | Pontian petang ini. #sifucendawan #tanamcendawan #CendawanTiramKelabu

Jualan Bongkah Cendawan Tiram Kelabu !

Jualan Bongkah Cendawan. 🍄 RM2.20 (1 bongkah cendawan) 🚚 Penghantaran di sediakan 🏘️ Lokasi Ladang di Parit Hassan | Benut Pontian Berminat boleh hubungi kami ataupun whatsap - 013 7501589 (Saiful). #bongkahcendawanmurah #bongkahcendawantiramkelabu #bongkahcendawan #pembekalbongkahcendawan

Sunday, October 1, 2023

STEAMER (PENGUKUS BONGKAH CENDAWAN) UNTUK DI JUAL

STEAMER (PENGUKUS BONGKAH CENDAWAN) UNTUK DI JUAL - Muatan pengukus dalam 700 bongkah cendawan, besi tebal dan keadaan yang masih baik. Termasuk Bakul Besi yang boleh isi 15 bongkah cendawan. Harga : Rm4200 sahaja (Harga Boleh Runding) Lokasi : Benut Pontian | Johor. Pertanyaan boleh Whatsap & Hubungi saya terus : 013-750 1589 (Saiful). #pengukus #steamer #pengukusbongkahcendawan #steamerbongkahcendawan