Thursday, December 27, 2007

GRADUAN RAIH RM12K SEBULAN

Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan
Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.

Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.

Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.

Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.

Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.

‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.

‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.

Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.

‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.

‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.

Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.

‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.

Azam 2008

Masuk jer tahun 2008 nie rancang2 nak besorkan tempat cendawan.Sekarang nie suntik benih masih gunakan bilik tido.Tmpt tido jadikan markas suntik benih.Habuk getah lah letak kat tempat parking motor n kereta.Dah tak seswai sangat2 tu.Memang sapa2 yang akan datang umah kompem pening kepala tgk beg2 cendawan yang dah disuntik.Kat dapur penuh beg2 cendawan yang lum matang.Bilik kedua pun penuh dgn beg2 cendawan yang dah hampir matang.Memang serabut teramat sangat2.Perancangan nyer minggu depan nak beli barang2 utk buat pondok habuk yang besor dan bilik suntik mcm ayne,bukit naning punya.Bilik suntik yang simple tapi menarik kos tak sampai rm300 gak nyer..Kalu dah ada pondok habuk yang besar tu leh ar simpan stok habuk ngan bnyak sikit.Risau gak takut2 bekalan habuk getah akn putus masa akn datang.Jalan yang terbaik kene simpan stok byak2 ler.Minggu depan nak gie tempat fatisha hantarkan benih cnc,tepung dan neck untuk daud.Bulan nie memang paling bzee sekali..Jap lagi dah nak pe bengkel utk staf2 pejabat kat divillage resort,melaka sampai hari ahad.Dah tertangguh lagi nak buat beg media minggu nie.Masa cuti sabtu dan ahad jerk lah leh wat beg2 baru.Kalu ada kursus ataupun hal2 lain mmg terbantut ar keje2 cendawan nie.Rasanya satu hari nanti kene gak fokus 100% dalam bisnes nie.Apa2 hal pun kene besorkan empayar cendawan nie..bukan setakat cendawan yang akn dibuat.Kambing pun dlm plan....harap2 berjaya lah utk tahun 2008 nie.(teruja dgr citer pasal pegusaha cendawan dgn pendapatan rm12k sebulan baru2 nie)

Monday, December 17, 2007

Tuesday, December 4, 2007

sapa nak order....

benih dari cnc mushroom Rm2.50

penutup beg cendawan (18sen harga dulu)