Monday, May 6, 2019

Jom Daftar Segera !!! Kursus Penanaman Cendawan 22 JUN 2019 (SABTU). Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 22 JUN 2019 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 60.00 - Rm200.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (SIFU CENDAWAN) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Lawatan Sambil Belajar UKM Ke Ladang Cendawan Saifulam Agro Farm Benut, Pontian, Johor.

Menerima lawatan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke ladang cendawan Saifulam Agro Farm Benut, Pontian pada 4 Mei 2019 (sabtu) di ketuai oleh Prof Madya.Dr Zulhelmi (Pensyarah), Dr Nurul Ain (Pensyarah) & Tuan Mohd Fauzi (Penolong Pegawai Sains). Saya berkongsi pengalaman keusahawanan cendawan serta memberikan demo secara praktikal bagaimana menyediakan media cendawan, teknik kukusan, teknik penyuntikan benih serta teknik penjagaan dan pengendalian bongkah cendawan untuk tuaian kepada para pelajar dan pensyarah. Moga ilmu yang di berikan memberikan menafaat berguna. #sifucendawan #ukmbangi #projekcendawanjohor

Lawatan Warga Dun Kijal Terengganu Ke Ladang Cendawan Saifulam Agro Farm Benut Pontian.

Lawatan oleh warga Dun Kijal Kemaman, Terengganu di ladang cendawan kami #saifulamagrofarm Benut Pontian tenghari tadi di ketuai oleh Tuan Rizan Hj Ali (Lembaga Pengarah Mardi). Insyallah Dun Kijal Kemaman akan menjadi antara pusat pengeluaran cendawan di Negeri Terengganu usahasama Saifulam Agro Farm.

Gambar Peserta Kursus Cendawan Pada April 2019 Di Ladang Cendawan Saifulam Agro Farm Benut, Pontian, Johor.

Kursus tanaman cendawan secara praktikal di #saifulamagrofarm Benut Pontian pada 27 April 2019 di hadiri 21 peserta. Antara peserta kursus saya semalam ialah Mr Chin Kuan Fooi (Owner Syarikat Dazzling Harvest Sdn Bhd) beliau merupakan usahawan cendawan berjaya di Johor, rumah cendawan beliau mengunakan Tenaga Solar. Bulan 11 tahun lepas beliau mendapat liputan program Agrotek RTM tentang projek cendawan yang di usahakan. Walaupun ilmu cendawan sudah mahir, beliau hadir berkursus bagi menambah ilmu serta berkongsi pengalaman kepada peserta yang lain. Ada beberapa peserta yang hadir dari Terengganu dan Pahang serta sekitar daerah di Johor. Kursus seterusnya akhir bulan syawal.