Tuesday, December 22, 2015

Hasil Cendawan Dari Sifu Cendawan @ Saifulam Agro Farm.

Tuaian dari Sifu Cendawan @ Saifulam Agro Farm di Pondok D.kutipan cendawan segar sebanyak 5 bakul pagi ini dan setiap bakul boleh mengisi sebanyak 8kg.Keseluruhan jualan hari ini 40kg sahaja.

Jualan Bongkah Cendawan Dari Sifu Cendawan @ Saifulam Agro Farm Ke Kangkar Pulai,Johor Bharu.

Selesai membuat penghantaran 400bongkah ke Kangkar Pulai,Gelang Patah berapa hari lepas.Terima kasih Saudara Muhsin atas pembelian tersebut.Beliau merupakan peserta kursus kami pada 12 Disember lepas.Umurnya muda tetapi semangat amat luar biasa.Sudah membuat pondok di sebelah rumahnya.Katanya permintaan amat baik di sekitar Kangkar Pulai.Alhamdulillah,semoga anda berjaya menjadi usahawan dalam projek cendawan.

Bongkah Cendawan Sifu Cendawan @ Saifulam Agro Farm Di Hantar Ke Simpang Renggam.

Menghantar 500bongkah cendawan kepada Yana dari Sungai Linau,Simpang Renggam minggu lepas.Menjalankan projek cendawan secara part time.Beliau merupakan peserta kursus Penanaman Cendawan Sifu Cendawan @ Saifulam Agro Farm awal tahun ini.Baru-baru ini beliau telah menghantar gambar kepada kami bagaimana hasil keluar dengan baik sekali.Tahniah Yana....!!!

Peserta Kursus Dari Mukah,Sarawak Hadiri Kursus Penanaman Cendawan Di Sifu Cendawan @ Saifulam Agro Farm.

Kagum dengan semangat Dayang Anak Isik & Ajis Anak Isik dua beradik ini datang dari Mukah,Sarawak ke Sifu Cendawan @ Projek Cendawan Saifulam Agro Farm pada 13 Disember 2015.Hadir hanya semata-mata untuk mempelajari Teknik penanaman cendawan anjuran kami.Hari jumaat sudah sampai ke lapangan terbang senai dan terus menuju ke Bandar Pontian untuk mencari tempat penginapan.Menyewa teksi terus ke lokasi kursus tempohari. Tamat kursus sekitar jam 3.30petang tempohari saya hantar beliau menaiki Bus Expres menuju ke TBS Kuala Lumpur dan menginap di sana 1 malam.Dan pada hari Ahad keesokkanya beliau akan pulang terus ke Mukah,Sarawak dari lapangan terbang KLIA.Moga ilmu yang di berikan dapat memberikan menafaat berguna & Saya doakan agar kamu berjaya menjadi usahawan cendawan di Mukah,Sarawak.

Gambar Peserta Kursus Penanaman Cendawan Di Sifu Cendawan @ Saifulam Agro Farm Pada 13 Disember 2015

Alhamdulillah selesai memberikan taklimat & kursus teknik penanaman cendawan di Sifu Cendawam @ Saifulam Agro Farm pada Disember 2015. Terima kasih di ucapkan kepada 15peserta yang hadir tempohari.Ada 2 peserta dari Mukah,Sarawak & Rantau,Negeri Sembilan serta peserta dari sekitar Mersing,Johor Bharu,Batu Pahat,Kota Tinggi dan Pontian. Semoga ilmu yang di berikan dapat memberi menafaat yang berguna untuk kalian.Kursus seterusnya pada 23 Januari 2016 (sabtu) 9.00pagi - 4.00petang.Berminat sila call @ whatshap 0137501589.

Jom Daftar....!!! Kursus Penanaman Cendawan 23 Januari 2016.Anjuran SIFU CENDAWAN Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 23 JANUARI 2015 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo. - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah "