Friday, July 22, 2016

Projek Cendawan Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Pontian,Johor Menerima Geran Dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Alhamdulillah surat tawaran geran dari Kementerian Pendidikan Tinggi. Terima kasih kepada yang membantu saya mendapatkan geran ini. Tidak lupa kepada Pusat Keusahawanan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) yang membantu di peringkat permulaan. Permohonan kami untuk mendapatkan Geran Project By Public-Private Research Network (PPRN) daripada Kementerian Pengajian Tinggi telah di luluskan dan di terima. Insyallah projek inovasi ini usahasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Satu sistem yang akan mengawal suhu kelembapan dalam Rumah cendawan. Sebanyak 5buah rumah cendawan kami akan memiliki inovasi ini. Merupakan sistem kawalan berinovasi pertama di Malaysia. Projek kami di Kampung Parit Hassan, Jalan Tampok Darat, Benut, Pontian, Johor. Terima kasih kepada semua yang membantu. Projek inovasi pertama di Malaysia....!

Hasil Cendawan Dari Peserta-Peserta Kursus Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan)

Bongkah cendawan yang di suntik oleh peserta kursus kami semasa kursus praktikal bulan April 2016 oleh En Yusof (Negeri Sembilan) mengeluarkan hasilnnya, Bongkah cendawan yang kami bekalkan kepada Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu baru-baru telah mengeluarkan hasilnya. Gambar di hantar oleh Guru penyelianya dan Saudara Shamsul peserta kursus kami bersama hasil cendawannya. Bongkah cendawan semasa kursus praktikal tempohari. Tahniah !

Road To Maha Peringkat Negeri Johor pada 28 - 31 Julai 2016.

Road To Maha Peringkat Negeri Johor pada 28 - 31 Julai 2016 bertempat Sri Medan, Batu Pahat. Hadir & Sebarkan ! Pertanian adalah perniagaan, bertani satu ibadah.

Thursday, July 14, 2016

Ucapan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Daripada Sifu Cendawan (Saifulam Agro Farm)

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua peminat cendawan,peserta kursus kami dan usahawan yang pernah berurusan dengan kami. Salam Lebaran, Minal Aidin Wal Faizin.