Wednesday, April 28, 2010

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU PADA 15 MEI 2010 , SABTU

ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 15/05/2010 SABTU
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
YURAN : RM200

-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA

( UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489 )

Monday, April 26, 2010

BONGKAH CENDAWAN MATANG INGIN DI JUAL

KEPADA PENGUSAHA BARU YANG INGIN MENCEBURKAN DIRI DALAM PROJEK CENDAWAN.KAMI MENYEDIAKAN BONGKAH MATANG DENGAN JAMINAN JIKA ROSAK AKAN DI GANTI.

HARGA BONGKAH MATANG RM1.30

- PENGHANTARAN 6000 BONGKAH KEATAS ( PERCUMA PENGHANTARAN ) DI JOHOR SAHAJA.
- PENGHANTARAN DI LUAR JOHOR MELEBIHI 10,000 BONGKAH ADALAH ( PERCUMA TANPA BAYARAN )

BERMINAT HUBUNGI SAYA - 0137501589



Pondok Sudah Di Penuhi..



- Alhamdulillah pondok yang di sediakan oleh Jabatan Pertanian sudah di penuhi.Kini ada 2 pondok lagi yang kosong tanpa isian bongkah.Insyallah pertengahan bulan 5 ini akan penuh dengan bongkah-bongkah cendawan.Walaupun kesibukan menyiapkan bongkah yang telah di tempah oleh pengusaha tapi pondok sendiri perlu di isi juga..Pondok bantuan ini boleh memuatkan dalam 8000 bongkah kesemuanya.

Wednesday, April 21, 2010

15,000 Bongkah Cendawan Dihantar Ke Selayang

Assalamualaikum..
Alhamdulillah selamat sampai sudah bagi penghantaran bongkah sebanyak 5k pada sabtu lepas 17/04/2010.Dan baki penghantaran sebanyak 10k akan di hantar hari sabtu ini.Lokasi kali ini amat berlainan.Kerana ia luar dari Johor iaitu penghantaran bongkah di Selayang,KL.Terima kasih kepada pengusaha tersebut iaitu Cik Faida,rakan-rakan dan keluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk membekalkan bongkah tersebut.Semoga perusahaan kalian akan berjaya.

MUSHROOM EAR

6 Jamadil Awal 1431H.

Believe it or not

Click here to join funchoice

MUSHROOM EAR

Slice a mushroom in half and it resembles the shape of the human ear.
And guess what? Adding it to your cooking could actually improve your hearing.
Thats because mushrooms are one of the few foods in our diet that contain vitamin D.
This particular vitamin is important for healthy bones, even the tiny ones in the ear that transmit sound to the brain.

Monday, April 12, 2010

Lawatan Dari Jabatan Pertanian Putrajaya

( Dari Kanan Cik Hartini,Pn.Zarina dari putrajaya, Puan Marfeah dan En Afendi serta pegawai-pegawai lain )
( Haji Maulud berkopiah putih dan pegawai pengiring beliau juga berkopiah.Yang bertudung itu ialah wakil dari Jabatan Putrajaya Cik Hartini )

( Cik Hartini dan En Afendi sedang memberikan sedikit input berguna )

( Antara Pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian sedang melihat keadaan bilik suntik.Harap dapat peruntukkan bilik suntik baru yang lebih selesa untuk menjalankan tugas )


- Alhamdulillah hari ini lawatan Dari Jabatan Pertanian Putrajaya telah hadir ke Farm kami Saifulam Agro Farm antara yang hadir Penolong Pengarah Pn.Zarina Abd Ghafar dan Cik Hartini Pegawai dari Jabatan Bahagian Padi,Tanaman Industri dan Florikultur.Turut hadir wakil dari Jabatan Pertanian Pontian Haji Maulud,En Afendi serta 3 orang pegawai dari Pontian.Selain itu 3 wakil dari Jabatan Pertanian Parit Botak di ketuai Pn.Marfeah.Banyak input dan maklumat yang saya telah terima dan pelbagai nasihat yang telah di berikan.Terima kasih atas lawatan tersebut.

Utusan - Cendawan gamit pelancong Singapura


R. Azmi Buang bersama isterinya, Rozita Ahmad mengusahakan tanaman cendawan di Kampung Sinaran Baru, Skudai, Johor Bahru.


JOHOR BAHRU 11 April – Sebut saja cendawan, pasti ramai yang mengakui ia merupakan sayuran digemari masyarakat tempatan. Ini kerana, ia kaya dengan serat dan pelbagai vitamin. Menyedari hakikat itu, seorang pengusaha di Lorong Manggis, Kampung Sinaran Baru, Skudai di sini, R. Azmi Buang, 45, nekad mengusahakan tanaman itu secara komersial dengan mendirikan 10 bangsal.

Selain menjadi pengeluar dan pembekal cendawan segar, dia turut memberi kursus mengenai tanaman itu kepada golongan yang berminat mengusahakannya.

Azmi berkata, perusahaan itu yang dimulakan pada 1986 dengan sebuah bangsal kini berkembang kepada 10 bangsal yang mampu menampung sebanyak 60,000 bongkah cendawan.

Menurutnya, berikutan sambutan menggalakkan perusahaan yang diberi nama Mushroom Biotech Enterprise itu mengorak selangkah lagi dengan memperkenalkan konsep agropelancongan sejak Februari 2007.

Katanya, perusahaan itu kini mampu menjadi tarikan pelancong khususnya dari Singapura.

“Menerusi perusahaan ini, pakej pelancongan yang kami tawarkan adalah sarapan pagi yang menyediakan nasi lemak, dua kuih tradisional dan minuman serta cendawan goreng dengan bayaran RM8 seorang.

“Sambil menikmati juadah sarapan pagi, pelancong boleh melihat bagaimana proses pertumbuhan cendawan serta tumbuhan herba yang lain,” katanya sambil memberitahu kira-kira 10 buah bas persiaran membawa pelancong melawat kebunnya setiap hujung minggu.

Adakalanya jumlah itu meningkat antara 70 hingga 100 buah bas sebulan terutama pada musim cuti sekolah dan sebahagian besar pelancong ialah warga Singapura yang ingin melihat keindahan semula jadi kampung.

Menurutnya, di kampung tersebut, pengunjung juga boleh melihat rumah tradisional, pelbagai pokok buah dan ternakan.

“Sebagai tarikan baru saya telah membina sebuah inap desa yang diperbuat daripada kayu dan dinamakan Indahkurnia yang menawarkan sewa RM400 semalam.

“Di rumah itu kita sediakan dua bilik tidur, satu ruang tamu, ruang dapur yang dilengkapi peti sejuk, dapur memasak dan mesin basuh dan mampu menampung kira-kira 20 pengunjung,” katanya.

Azmi berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan terutamanya bagi mereka yang memerlukan rumah persinggahan untuk menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara atau kenalan.

Bagi menguruskan perusahaan itu, Azmi dibantu isterinya, Rozita Ahmad, 38, dan 10 pekerja.

Katanya, setelah melibatkan diri dalam industri penanaman cendawan sepanjang 25 tahun, dia menyedari produk itu mempunyai nilai tambah yang tinggi dijual antara RM6 hingga RM10 sekilogram.

Sementara itu, seorang pelancong Singapura, Lay Choo, 62, mengakui telah tiga kali berkunjung ke kampung itu untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan menikmati nasi lemak serta cendawan goreng yang enak.

“Saya suka suasana kampung sebab tenang dan nyaman. Di Singapura mana ada jumpa kawasan macam ini,” katanya.

Antan Tan, 63, dari Kampung Melayu, Gelang Serai, Singapura turut mengakui merindui suasana seumpama itu.

“Kalau saya masuk Malaysia saya mesti cari kawasan kampung-kampung seperti di Batu Pahat, Muar dan Melaka yang masih kekal suasana kampung dan belum tercemar.

“Dekat sini saya boleh makan semua makanan yang segar seperti cendawan goreng, air kelapa, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan, " katanya.

Sunday, April 11, 2010

Sedikit Cerita...

Alhamdulillah,
lama juga rasanya tak update blog ini.Selama ini update hanya upload gambar tanpa catatan apa-apa yang hendak di cerita.Kalau cerita pun pasti benda yang sama..cendawan..cendawan dan cendawan lah.Dah nama pun blog cendawan kan..tu yang dok cerita cendawan.
Buat masa ini sibuk menyiapkan bongkah-bongkah yang di tempah.Untuk segala tempahan bongkah sudah kami siapkan dah hanya proses penghantaraan sahaja.Bulan 4 ini sahaja kami sudah mendapat tempahan sebanyak 18 ribu bongkah.Tempahan Pn.Faida dari Selanyang,KL sebanyak 15 ribu bongkah,Saudara NorAzan dari Benut sebanyak 600 bongkah dah selebihnya dari Pengusaha di Batu Pahat.
Dalam sibuk-sibuk meyiapkan bongkah yang di tempah kami juga perlu membuat bongkah bagi memenuhkan pondok yang sedia ada.Kekosongan sebanyak 2 pondok lagi..Sasaran bagi memenuhkan pondok dalam pertengahan bulan 5 ini siap sepenuhnya dengan jumlah angaran 40k bongkah.Proses pembesaran projek juga akan di lakukan hujung tahun ini dengan bercadang membina 1 pondok bersaiz besar 60' x 25' bagi memenuhi sasaran pengeluaran yang tidak mencukupi.Dengan terlaksana segala perancangan ini kemungkinan besar persaraan awal saya dari sektor kerajaan dan menumpukan sepenuh masa dalam Projek Cendawan ini akan di buat pada tahun hadapan antara pertengahan 2011.Ini membolehkan saya menumpukan 100% dalam Projek ini dan sekaligus boleh mengembangkan pelbagai cabang perniagaan Pertanian yang lain selain Cendawan.
Jumaat lepas 9/04/2010 Pegawai dari Kementerian Pertanian Putrajaya ada menghubungi saya.Beliau memberitahu kemungkinan akan melawat ke Farm kami di Benut,Pontian pada 12/04/2010 Isnin.Ini adalah petanda yang amat baik untuk kami berkerjasama dan sekaligus mengembangkan Projek ini.
Insyallah,segala maklumat yang berlaku dan gambar-gambar terkini akan kami update dari masa ke semasa...Wassalam.