Thursday, December 31, 2009

Tahun 2010 Muncul,Antara Berjaya Dan Terus Berjaya..

Muncul tahun 2010,Pasti akan banyak peristiwa bakal di tempuhi..
samada kejayaan yang di cari ataupun kegagalan yang di jumpai..
harapan mengunung adalah kejayaan yang muncul..
insyallah,
Banyak kenangan tahun 2009 yang telah di lalui
untuk menempuh kejayaan demi kejayaan..
janji usaha,kesabaran,keazaman,doa dan tawakkal pasti akan menjumpai segalanya
dari projek skala kecil secara part time kini membawa ke projek besar..
dari 1kg sehari kini sudah menjejak 25sehari..
dan tahun 2010 akan mencapai sasaran 40-50kg sehari pengeluaran cendawan tiram kelabu..
ini lah berkat kesabaran yang telah di tempuhi hampir 5tahun bergelomang
dengan perusahaan cendawan tiram kelabu..

Azam 2010 adalah landasan terbaik untuk mengembangkan projek ini..
Insyallah tambahan 2 pondok bersaiz 40x20 pada tahun ini..
buat masa ini hanya ada 4pondok dan kesemua boleh memuatkan dengan kapasiti 40k bongkah..
dan jika projek ini terus berkembang maju
komitmen 100% kepada projek ini perlu diutamakan dan pekerjaan di kerajaan harus diberhentikan..
itu adalah sasaran pada 2012 nanti..
2010 juga kami akan mencari pekerja bagi memudahkan segala proses menyediakan bongkah
purata 1000beg setiap hari..
bagi memenuhi permintaan pengusaha yang membeli bongkah matang dan separuh matang
dan juga memenuhkan ruang pondok-pondok penghasilan dan sekaligus mencapai sasaran pengeluaran 40-50kg sehari..

Semoga impian dan harapan tersebut akan di capai pada tahun 2010 ini..
banyak gambar-gambar yang hendak di masukkan dalam blog..
tapi tiada kesempatan kerana banyak urusan dan tiada masa hendak kemaskini
perkembangan terkini..
next time akan di kemaskini dan masukkan segala gambar-gambar terbaru pondok baru dan lain-lain..
wassalam..

Friday, December 11, 2009

PROMOSI MURAH - BONGKAH MATANG INGIN DI JUAL

KEPADA PENGUSAHA-PENGUSAHA BARU YANG INGIN MENCEBURKAN DIRI DALAM PROJEK CENDAWAN...
KAMI MENJUAL BONGKAH MATANG DENGAN MURAH HARGA RM1.20 SAHAJA...
PENGANGKUTAN DISEDIAKAN JIKA KUANTITI PERMINTAAN BANYAK...
KEPADA SESIAPA BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA MUNGKIN...
SAIFUL AMRI - 0137501589

Saturday, December 5, 2009

Kerja-Kerja Pembinaan Sedang Dilakukan







- Itu antara gambar-gambar dalam pembinaan selama 2 hari..Kemungkinan besar akan siap selewatnya sebelum hari rabu ini.Itu cerita pasal pondok baru.Hari ini Sabtu 5/12/09 bakal pengusaha iaitu Saudara Gan bersama rakan kongsi beliau hadir ke Simpang Renggam bagi membeli 5set penutup cendawan sebanyak 20k.Memang banyak sehingga lori penuh..beliau sanggup datang dari Kuala Lumpur sampai ke sini.Semoga perusahaan yang akan beliau lakukan bersama rakan kongsi akan berjaya.

Monday, November 30, 2009

Gambar Barang Peruntukkan Oleh Jabatan Pertanian

Ini Singbord terbaru Saifulam Agro Farm

Ini antara barang nya..simen,pasir dan kayu

Batu blok dan zink asbestos

Lokasi tapak baru bersebelan pondok lama

kayu rak dan lain-lain kayu serta batu kelikir

Pasir dan batu kelikir

- Itu lah antara barang-barang yang diberikan.Kami juga telah membuat singboard terbaru.Dan selepas ini siapa-siapa nak masuk ke kampung Pt.Hassan tidak akan tersesat lah.Minggu depan kami akan memasang singbord yang sama di jalan besar bagi memudahkan siapa-siapa yang ingin datang melawat ke Farm kami.Kerja-kerja pembinaan pondok akan di jalankan minggu ini.

Wednesday, November 25, 2009

Barang Untuk Membuat Pondok Sampai..

Alhamdulillah,
semalam sudah sampai pelbagai jenis bentuk peruntukkan oleh Jabatan Pertanian Pontian.
simen,pasir,batu bata dan sebagainya..
cuma kerja-kerja pembinaan ditangguhkan minggu ini..
kerana kawasan farm banjir dan musim raya Aidiladha minggu ini..
Insyallah,minggu depan bermula lah kerja-kerja pembinaan pondok baru yang diberikan oleh
jabatan pertanian ini..
Hampir 3tahun menunggu peruntukkan dari jabatan baru terima..
ada hikmah sebab lambat terima peruntukkan mungkin..
Selain bantuan yang diperolehi,saya juga telah menempah sebuah pondok berangka besi untuk pondok cendawan yang ke-4 dan dijangka siap minggu hadapan..
Ini adalah permulaan untuk misi pembesaran projek ini..

Sepanjang minggu ini memang sibuk menyiapkan bongkah-bongkah media untuk kegunaan sendiri..
tapi permintaan bongkah minggu ini amat lah banyak..
ada permintaan dari Pasir Gudang,Johor Bharu,Pontian dan Kluang..
kerana permintaa mereka tidak melebihi 5000 bongkah maka boleh lah di jual kepada pengusaha yang ingin menceburi bidang ini..

Gambar-gambar terbaru belum sempat nak di upload..
kalau ada masa free boleh laa..
kat opis ini tak boleh upload gambar dalam blog..berat sangat dah.
At-last..kepada semua umat Islam dalam Negara ini..
Selamat menyambut hari raya Aidiladha pada esok..
wassalam

Tuesday, November 17, 2009

PAMERAN AGRO PERTANIAN JOHOR 2009

PADA :
21/11/2009 - 25/11/09
BERTEMPAT :
KAWASAN PERTANIAN MODEN KLUANG,JALAN AYER HITAM-KLUANG,JOHOR

Saturday, November 14, 2009

Gambar Sesi Kursus Pada 7/11/2009 , Sabtu





- Sedikit gambar yang boleh di masukkan ke dalam blog.Antara-antara gambar yang sempat di ambil.Kepada mereka yang telah menjalankan kursus tempohari teruskanlah usaha anda untuk menjadi salah seorang usahawan tani berjaya kelak..Amin.Kursus yang seterusnya akan di jalankan pada bulan 12 ini..kepada yang berminat boleh mendaftar awal.

Thursday, November 12, 2009

Kami Menjual Bongkah dan Membeli hasil Cendawan

Salam Semua,
kepada sesiapa sahaja yang berminat ingin menceburkan diri dalam Projek Penanaman Cendawan Tiram Kelabu ini.Kami menyediakan pelbagai tawaran..di antaranya ialah,kepada sesiapa yang mahu menjalankan Projek Cendawan tapi market susah di jumpai kami sanggup membeli hasil-hasil cendawan tersebut antara Rm4.80 - Rm5.20 setiap Kg.Kerana pondok penghasilan hanya boleh menampung diantara 50k bongkah pada akhir tahun ini.Dan diatas permintaan cendawan yang banyak.Kami bercadang untuk menjual bongkah cendawan antara Rm1.00 - Rm1.30 setiap bongkah mengikut kematangan bongkah terbabit.Selepas menerima hasil kami akan membeli cendawan tersebut.Ini akan memudahkan kerja-kerja marketing kepada sesiapa yang berminat.Dengan hanya membeli bongkah sahaja kepada kami.Selepas itu pasaran kami akan uruskan.Oleh itu,sasaran untuk 200kg sehari akan berjaya dilaksanakan..Permintaan yang kami dapat antara 100-200kg sehari.Jika ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya secepat mungkin di talian 0137501589 - Saiful Amri.

Wednesday, November 11, 2009

KURSUS ASAS TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU 19 / 12 / 2009 , SABTU

ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 7/11/09 SABTU
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
YURAN : RM200

-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA

( UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489 )

- Salam semua,kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari teknik penanaman cendawan tiram kelabu.Kami menjalankan kursus penutup 2009 pada tarikh berkenaan.Sepatutnya kursus terakhir pada bulan 11 sahaja.Atas permintaan rakan-rakan yang berminat maka kami tidak akan menghampakan permintaan kalian.Oleh itu kami akan menjalankan kursus yang seterusnya.Kepada yang berminat boleh lah mendaftar awal.Wassalam..

Sah...Bantuan Jabatan Pertanian DiBerikan.

Alhamdulillah Syukur Kepada Allah,
Segala penat lelah selalu turun berjumpa dengan pegawai di jabatan Pertanian akhir membuahkan hasil.Semalam Pegawai Jabatan Pertanian di ketuai En.Hj.Maulud yang juga Ketua Pertanian Zon Benut hadir bersama kakitangan Jabatan serta kontraktor yang diamanahkan membina Pondok Cendawan yang di peruntukkan telah melawat ke lokasi projek cendawan kami.Menurut kontraktor terbabit kerja-kerja pembinaan akan dijalankan selewat-lewatnya minggu hadapan.Setelah hampir 5tahun menceburi penanaman cendawan ini adalah peruntukkan yang pertama di perolehi.

Sedikit info mengenai Projek Cendawan yang telah dijalankan oleh Saifulam Agro Farm di Benut,Pontian,Johor.Bermula dengan berbekalkan membeli bongkah dalam 2000beg dari pembekal.Kami mula membuat proses sendiri itu pun secara part-time tanpa upah.Bersama sepupu Abd Hamid.Kini sepupu telah meniggalkan projek ini kerana mendapat peluang pekerjaan di Syarikat Bernama Tv,Kuala Lumpur.Maka projek ini telah saya teruskan secara berseorangan.Pada awalnya kami membuat pondok yang boleh mengisi dalam 5000bongkah sahaja.Setelah 4tahun dengan pondok yang kecil..dan permintaan yang amat memberangsangkan.Maka kami membina pondok 40x20 pada awal tahun ini yang boleh mengisi lebih 15 ribu bongkah.Alhamdulillah permintaan pun semakin tinggi..kami juga di tawarkan membekal cendawan 200kg sehari.Tapi kami menolak kerana hanya mampu memperoleh purata 20kg sehari sahaja.Dengan permintaan yang tinggi dan pasaran sudah lihat ada di hadapan.Oleh itu,kami telah membina sebuah lagi pondok 30x15 yang di jangka siap pada hujung bulan ini.Rangka adalah besi..yang kini dalam kerja-kerja pembuatan.Dan semalam terbukti benar...jabatan pertanian datang untuk membina pondok dengan bantuan percuma.Dengan itu,pondok untuk pengeluarang cendawan akan bertambah 2 pada bulan ini.
Insyallah sasaran kami untuk menempatkan antara 50k - 60k bongkah akan terlaksana hujung tahun ini.Dan mampu menambah hasil sebanyak 50kg sehari.

Pelbagai rintangan yang telah kami hadapi tapi ia sebagai pembelajaran dan pengajaran yang berguna untuk mematangkan projek ini.Harapan yang amat besar selepas ini..semoga projek ini akan terus berkembang dengan maju jayanya.

Sunday, November 8, 2009

Laporan Kursus Kali ke 13

Alhamdulillah pada sabtu lepas selesai menjalankan kursus penanaman cendawan.
walaupun kehadiran hanya 4 orang sahaja tapi ia sudah memadai kepada mereka yang berminat
menceburi bidang ini.Insyallah dengan berkat dan usaha pasti akan berjaya..
kursus bermula seawal jam 8.50pagi dan tamat hampir jam 3.30petang.
pelbagai soalan yang telah diutarakan tentang produk cendawan ini..
dari proses membuat sehingga ke pemasaran..
Terima kasih kepada En.Hamidun,En.Kamisan,En.Mustazar dan anak En.Mustaffa yang juga graduan dari Risda yang amat berminat tentang Penanaman Cendawan Tiram Kelabu ini..
kepada mereka teruskanlah usaha anda..wassalam

Sunday, November 1, 2009

Terkini - Mantan Mufti Perlis Dr.Asri ditangkap!!

Dr. Asri diitangkap!
Azamin Amin
Mon | Nov 02, 09 | 12:24:03

Kemaskini 12.50 tgh malam:
KUALA LUMPUR,2 Nov:Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.
Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.
Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.
Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.
Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.

Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.
Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.
Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.

"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.

"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.

Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).
Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.

( Pendapat Peribadi Saifulam Agro Farm - Moral kes ini menunjukkan satu tindakan yang amat keterlaluan oleh Pihak Jais dan Pihak Berkuasa.Adakah tindakkan menangkap Tokoh Agama ini sebagai satu perancangan yang dirancang.Apa isu nya..adakah kerana isu tawaran sebagai Yang Dipertua Yadim adalah punca ini semua.Beliau merupakan bekas Mufti Perlis..itu tidak cukup kelayakan kah bagi menyampai ilmu kepada masyarakat.Janganlah hina Ulama dalam negara ini.Kembalilah kepada Islam..takkan lah setiap kali kuliah yang akan diberikan oleh tokoh-tokoh ilmuan yang dikenali perlu tauliah terlebih dahulu.Buat apa mereka belajar agama sehingga mendapat PHD dari Mesir dan Al-Azhar selepas itu jabatan agama islam sendiri GAM mereka menyebarkan risalah islam sebenar...fikir-fikirkan lah )

Nama Peserta Kursus Minggu ini 7/11/2009 , Sabtu

1 - Hamidun Bin Salam ( Pontian )
2 - Mustaffa Qamal Bin Mustazar ( Ulu Tiram )
3 - Mustazar Mustaffa ( Ulu Tiram )
4 - Kamisan Bin Hashim ( Bandar Penawar , Kota Tinggi )

- Diatas permintaan mereka saya akan menjalankan kursus pada hujung minggu ini.Pada permulaan memang hendak menghentikan seketika pengajuran kursus pada tahun 2009 ini disebabkan operasi pembesaran projek pada bulan 11 dan 12 ini.Oleh kerana permintaan daripada mereka yang berminat mempelajari teknik penanaman cendawan ini saya akan menjalankan juga kursus yang terakhir untuk tahun 2009 ini.Kepada sesiapa yang ingin menyertai kursus hujung minggu ini masih di buka lagi.Sila hubungi saya segera.Terima Kasih..Am - 013750189.

Sunday, October 25, 2009

Jualan Benih Ikan Ketutu Tasek


2 inci - 4 inci = Rm2.50 - Rm3.50
4 inci - 6 inci = Rm3.50 - Rm6.00

-Kalau saiz lagi besar boleh nego lagi...setiap harga di atas masih boleh nego bergantung kepada kuantiti permintaan.Ikan Ketutu Tasek yang tahan lasak.Kalau berminat boleh hubungi saya segera untuk tempahan 0137501589.Selagi stok masih ada...stok adalah terhad buat masa kini.

Wednesday, October 21, 2009

Jualan Murah...

(sumber gambar dari blog impian mushroom)

Jualan Murah untuk cap 4 set sebijik macam diatas..kualiti baik punya.Berminat hubungi Saiful Amri 0137501589 ( sementara stok masih ada )

Harga hanya 13sen kalau kauntiti bawah 5k...
Kalau ambil 5k keatas harga akan boleh dapat 12sen ataupun 11sen....

Sunday, October 18, 2009

Hasil Cendawan Yang Amat Memuaskan..

Jumaat lepas sehingga hari ini hasil kutipan cendawan amat memberangsangkan.Apa tidaknya..Jumaat lepas mendapat hasil dalam 30kg,Sabtu pula dalam 20kg,Ahad sebanyak 50kg dan hari ini sahaja 19/10/09 sebanyak 40kg hasil yang di keluarkan..esok dan seterusnya pun akan maintain antara 10-15kg setiap hari.Insyallah suntikan modal untuk menambah penambahan pondok akan dilaksanakan sekurang-kurangnya penghujung tahun nie untuk mencapai sasaran 60k bongkah tahun ini.Soal market cendawan sudah tidak ada masala besar kerana setiap hari pasti ada pemborong akan datang ke farm untuk mengambil hasil cendawan tidak kira berapa banyak sekali pun kuantiti yang di keluarkan.Dengan penambahan pondok itu nanti pasti akan mencari pekerja bagi melancarkan segala aktiviti production dan sebagainya.Hampir 5tahun menjalankan secara part-time secara sederhana pengeluaran kini sudah tiba masa untuk membuat secara besar-besaran dan terus mara ke hadapan..Semoga usaha ini akan tercapai untuk menjadi salah seorang pengusaha yang berjaya dalam Daerah Pontian ini mahupun di Negeri Johor hatta tidak mustahil di Malaysia...Amin.

Sunday, October 11, 2009

Salam syawal

Terlebih dahulu ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan pengusaha
dan peserta-peserta kursus hatta rakan-rakan seperjuangan.Sempena syawal yang menuju ke penghujungnya..
lama rasanya tak kemaskini blog nie..
kesibukkan yang amat-amat buat masa ini..
al-hamdulillah kerjd-kerja untuk membuat bongkah baru sedang di lakukan minggu ini..
bulan posa aritu memang takde masa nak buat..
lagi pun kapasiti pondok kesemuanya telah penuh diisi dengan bongkah baru..
Insyallah target 50k bongkah pada tahun ini akan mencapai sasaran..
penambahan 2 pondok tahun ini akan di laksanakan dalam bulan 11 ataupun 12 ini
jika tiada halangan yang boleh merencatkan perancangan ini..
semalam berkesempatan bertemu dengan pengusaha cina OKU yang boleh dikatakan berjaya
juga lah.Beliau memberitahu kepada saya bahawa projek kena buat besar-besar.Jangan tunggu lama-lama baru nak buat besar.Nanti banyak rugi..kalau buat sikit banyak rugi dan penat sahaja.Kata beliau lah semalam..
selepas di fikir-fikirkan betul juga..buat kecil tak nampak sangat.Buat besar pasti akan menampakkan hasil yang lumayan...
akan ku sahut saranan pengusaha terbabit..
kalau benarlah janji Jabatan Pertanian mengatakan peruntukkan pondok yang bernilai 10k aku telah diluluskan dan hanya menunggu pembuat kontrak membina pondok maka 1 pondok sudah percuma dengan ini aku perlu modal sendiri untuk 1 pondok sahaja.Meringankan sikit beban aku nanti untuk modal membina pondok baru..
at-last,ada permintaan 5-6orang yang ingin menyertai kursus dan bertanyakan bila ada kursus lagi.Kalau tiada apa-apa masalah 24/10/09 sabtu akan menjalankan kursus seterusnya.Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta bolehlah call ataupun sms ke 0137501589..

Monday, September 14, 2009

Syawal Menjelang Tiba..

Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan..
dah lama juga dan update blog ini.Kesibukan kerja harian membuat tiada kesempatan untuk
menjenguk blog.Walau bagaimanapun,aktiviti cendawan tidak terhenti.Walaupun untuk membuat beg media baru tidak di buat pada ramadhan ini dan hanya mampu membuat 1500 beg bongkah sahaa semasa berpuasa ia sudah memadai kerana ruang pondok sudah di penuhi dengan beg media.Hanya mengambil hasil pada bulan puasa ini.Purata tiap-tiap hari 10kg..itu pun permintaan sangat banyak dan tidak mencukupi bagi menampung permintaan dari pemborong dan orang perseorangan.Diharap pondok lagi sebuah yang akan di beri oleh jabatan pertanian akan cepat di laksanakan untuk menampun permintaan cendawan.Buat masa ini keadaan pondok hanya mampu menampun 20k-25k sahaja...target untuk 2009 ini mahu memuatkan 50k beg media.Insyallah akan terlaksana..amin.

Syawal bakal hadir tidak lama lagi..persedian sudah siap keseluruhannya.Maklumlah tahun ini kena balik Kuala Terengganu.Jumaat malam akan bergerak ke sana.Dan raya kedua akan pulang ke Johor pula.Kepada rakan-rakan yang hendak hadir boleh lah datang pada raya ketiga..datang sahaja bila-bila.Saya ada di rumah sentiasa.Pintu sentiasa terbuka luas...

Sunday, August 30, 2009

Gempar Tentang Isu Dato.Ustaz.Ismail Kamus Kembali Ke Rahmatullah..


Kecoh seantero malaysia yang mengatakan tokoh ilmuan agama iaitu Dato.Ustaz.Ismail Kamus kembali ke rahmatullah baru-baru ini.Dari Perlis hingga ke Johor menerima kiriman sms mengatakan Ustaz sudah tiada..Sms yang saya terima hampir 3-4 kiriman.Semua mengatakan Ustaz telah meninggal dunia dan mengatakan negara hilang tokoh agama dan sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.Bukan setakat sms yang saya dapat malah ada yang menelefon betul ataupun tidak Ustaz meninggal dunia.Jam 8 pagi masuk kerja sahaja saya telah menghantar sms kepada Dr.Ustaz Badrul Amin dan Tuan Empunya badan iaitu Dato.Ustaz.Ismail Kamus sendiri..Sms pertama diterima dari Ustaz Badrul Amin mengatakan tidak dan yang meninggal adalah Ismail lain....Dan selepas itu Ustaz Ismail Kamus menghantar kepada saya mengatakan Palsu tidak benar.Beliau kini berada di tanah suci mengerjakan umrah.Dan sihat walfiat...
Maka terjawab sudah persoalan yang telah mengemparkan malaysia..Sms tersebut adalah PALSU.Diharap kepada pihak yang tidak bertangungjawab jangan menimbulkan sebarang kekeliruan.Jika tidak pasti dengan Sms tersebut janglah sesekali membuat foward semula kepada yang lain.Carilah kebenaran dahulu..barulah boleh nak foward.

Sekitar Pameran Peladang Dan Pertanian Di Mitc,Melaka

Yang nie pula mestilah pokok tomato..bila tengok pokok ini terus teruja nak tanam pokok tomato secara skala kecil di kawasan rumah.Ingatkan nak cuba tanam dalam 50 pokok selepas hari raya ini.Tapak untuk tanaman pokok ini pun dah siap..tinggal nak tanam jer.Permulaan untuk mengembangkan sayap pertanian kepada bidang yang lain pula.Harap berjaya laaa..kalau berjaya baru buat dengan skala yang besar.

Ini lah yang ku cari-cari kat pameran nie..pondok cendawan.Walaupun ada pondok nya,tapi tuan punya pondok takde pula.Baru nak ajak bersembang pasal cendawan.Memang ramai yang datang tengok beg-beg bongkah ini.Ramai peminat laaa kat pameran nie.

Haaa...ini lah kupang.Apa macam banyak tak kupang tu.Dalam aquarium tu..selalu dok makan jer.Sekarang baru nampak sarang untuk habitat ini.

Ini pula ialah arnab..macam tak percaya pun adalah.Ingat mula-mula tengok macam kucing siam.Rupa-rupanya arnab daaaa....

Ini adalah buah labu yang terdapat di pameran tersebut..memang besar bangat.

Sunday, August 23, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430h

Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah SAW: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadith)

Alhamdulillah, tahun ini kita masih dikurniakan kesempatan untuk menemui Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan diinsafi sebagai bulan tarbiyah dan bulan tazkiyyah, memberi ruang untuk dimanfaatkan oleh umat Islam seluruhnya bagi meningkatkan amal ibadat kepada Yang Maha Esa. Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran lewat ayat 183 Surah Al-Baqarah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kami, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa..”

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA...DARI KAMI SEKELUARGA.




Saturday, August 15, 2009

Cerita Awal subuh..

Sekarang nie saya berada di kedai mamak 25jam di tepi pantai pontian.Dah lama juga tak online gunakan laptop sendiri.Kebetulan member-member ajak keluar ke bandar lewat malam nie.Apa lagi dengan langkah panjang terus lah ikut diaorang.Semalam 15/8/09 buat kursus kepada 3 peserta.Pagi ini dalam jam 9 akan ke Mitc,Melaka untuk melawatn pameran Peladang yang sedang berlangsung dan hari ini adalah hari terakhir sebelum tirai melabuh tutup...Ada kesempatan esok memang tak lepaskan untuk ke sana.
Mata pun dah merah nie...ingat nak balik.Dah tak tahu nak cakap apa.............

Gambar Peserta kursus kali ke 11 dan 12

Ini lah wajah peserta terbabit...awat nampak ke lain tu...

Peserta tengah mengaul media..Salah seorang peserta wanita bernama Kak hasniza dari Batu Pahat.Dan peserta yang lain ialah En.Nasir dan En.Amin dari Pontian.

Ini pula peserta kursus kali ke 12..Macam biasalah tengah menyuntik benih cendawan.Kursus ini semalam 15/8/09 lepas.

Abang nie tengah dok mengorek sebelum menutup dengan cap..Salah sorang peserta kursus ke 11 awal akhir bulan lepas.
Peserta kursus yang ke 11 nie....tengah siapkan beg media.Hanya ada 3 peserta sahaja.

Saturday, August 8, 2009

Cerita Semalam..

Alhamdulillah semalam permintaan cendawan banyak..dan pengeluaran pun dah boleh maintain setiap hari.Semalam juga ada pengusaha cendawan yang datang membeli bongkah beg sebanyak 1000beg.Bulan ramadhan pun semakin hampir menjelang pasti permintaan akan banyak.So,proses membuat beg cendawan pasti di kerapkan..target untuk 30k bongkah tahun ini pasti akan lancar.

Friday, August 7, 2009

Lawatan Pejabat Pertanian Daerah Pontian

Semalam beberapa pegawai pertanian daerah telah hadir ke farm.Mereka membawa perkabaran yang amat baik sekali.Lawatan bertujuan untuk melihat operasi projek dan melihat kawasan tapak cendawan yang baru bernilai Rm10k.Pegawai terbabit mengatakan permohonan bantuan telah diluluskan dan hanya di peringkat akhir sahaja.Walaupun saya tiada di rumah semasa kehadiran pegawai terbabit kerana sibuk dengan kerja di UTHM menjadi petugas konvokesyen ke-8.Insyallah dalam masa terdekat akan wujudlah sebuah pondok baru yang ketiga sepanjang tempoh membuat projek ini.Al-hamdulillah akan maju setapak lagi perusahaan ini.

Monday, July 27, 2009

KURSUS ASAS TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU 15 / 08 / 2009

ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 15/08/09 SABTU
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
YURAN : RM200

-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA

( UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489 )

Thursday, July 16, 2009

Cadangan Terbitan Buku Tentang Cendawan usahasama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan Saifulam Agro Farm

Al-hamdulillah semalam dan hari ini ada sedikit perbincangan secara tidak formal bersama pensyarah Universiti Tun Hussien Onn Malaysia tentang cadangan terbitan buku berkaitan agro pertanian khususnya tanaman cendawan dalam negara ini.Perbincangan masih dijalankan secara samar-samar lagi.Belum ada perjumpaan secara face to face bersama.Tapi respon dari pihak pensyarah terbabit amat baik sekali.Perbincangan antara beliau dan pihak Jabatan Penerbit,Universiti Tun Hussien Onn Malaysia menunjukkan respon yang positif.Pada saya sendiri ia amat baik kepada saya sendiri dan pensyarah tersebut yang akan membantu memwujudkan buku berkaitan tanaman cendawan sekaligus boleh mengharumkan nama Universiti.Ini adalah hasil pertama pihak Universiti untuk mengembangkan sayap kepada bidang-bidang yang berkaitan agropertanian dan usahawan.Jika ia benar menjadi kenyataan,pastinya nama universiti ini akan turut menjadi printis kepada sektor agropertanian..

Tuesday, July 14, 2009

Bertungkus Lumus..

Al-hamdulillah ada kesempatan nak cerita segala aktiviti sepanjang bulan jun dan julai ini.Macam perkara yang berlaku dalam masa tempoh 3 bulan ini.Bulan jun selepas tamat kejohanan sukan antara universiti-universiti malaysia di Umt,Terengganu.Balik dari kejohanan sukan tersebut terus fokus 100% untuk membuat beg media baru..segala yang dirancang berjaya akhir nya.Buat masa ini sahaja pondok sudah mencapai sasaran 10ribu bongkah disiapkan dalam masa sebulan.Kalau tidak lagi banyak..boleh menjangkau 5ribu bongkah.Tapi ada pengusaha kecil yang telah membeli bongkah dalam masa bulan jun dan julai ini.Dan semalam pun ada yang ambil 300bongkah dari pengusaha kluang dan terbaru sebanyak 1000bongkah dari pekan nenas,pontian.

Walaupun amat sibuk sepanjang tempoh bulan ini dengan kerja-kerja membuat bongkah baru.Kursus tanaman cendawan kepada peserta-peserta yang berminat menceburi penanaman cendawan tiram kelabu juga tidak dihentikan.Untuk bulan jun sahaja sekali sahaja dijalankan.Dan bulan julai ini dua kursus akan dijalankan.Yang lepas pada 4/07/09 sabtu dan akhir bulan ini pada 25/07/09.Kepada yang berminat boleh lah mendaftar dengan menelefon saya.Buat masa ini sahaja sudah 5-6 orang yang bersetuju turut serta dalam kursus tanaman cendawan tersebut.Kemungkinan sebelum puasa pada bulan ogos ini akan dijalankan kursus juga pada 15/08/09 sabtu.

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini juga cuaca amat baik sekali.Tidak berapa panas..dan hujan pula kerap turun.Ini juga membolehkan pertumbuhan cendawan amat baik.Di kawasan ini sudah hampir lebih sebulan hujan tidak turun kemungkinan faktor cuaca El-NiNo..ia mengakibatkan parit di kawasan kampung kering kontang.Semasa tempoh tiada hujan ini menyebabkan pertumbuhan cendawan tidak berapa cantik dan lebat..dan baru-baru ini apabila hujan kerap turun telah memberikan hasil yang amat menarik.Al-hamdulillah syukur...(Macam iklan Hi-O pulak..hehe)

Semalam balik keje pun terus gaul sambil tunggu result PRK.Manik Urai..sangkaan memang tepat siapa menang.Kerja-kerja mengaul pun dah relax disebabkan ada nya mixer made in sungai undang (Pak Syed).Ayah,Emak dan Adik pun ada membantu untuk kerja-kerja membaging bongkah.Isteri pulak dok menyuntik benih..kalau nak kerja sorang memang lah lepak.Kerja ini pun dijalankan secara part-time lagi.Untuk full time akan tiba masa nya...kerana isteri masih study di tempat aku kerja Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.Alang-alang hantar dan ambil balik lebih baik aku teruskan kerja di sini.Tak lama..2tahun lagi.Pastu dah boleh plan nak full time dalam cendawan dan pertanian lain...

Ingatkan nak upload gambar-gambar terbaru..kat UTHM ini takleh upload sebab kene sekat.So,ada kesempatan lain bolehlah di upload kan.Rasanya dah hilang punca nak cakap nie..next time boleh cerita hal-hal terkini yang berlaku di farm SaifulAm Agro Farm.Wassalam..

Saturday, July 4, 2009

Kursus kali ke-10



Alhamdulillah semalam telah selesai mengadakan kursus kali ke-10..walaupun kehadiran hanya 4 orang kerana ada 3 peserta yang tidak hadir.Insyallah kursus yang seterusnya pada 25/07/09.Jika ada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya..

Saturday, June 13, 2009

Stadium runtuh..


Kesempatan balik ke terengganu memang tak dilepaskan melawat ke stadium runtuh di kuala terengganu.Ini sahaja lah gambar-gambar yang dapat rakam kan...Kebetulan masa balik disebabkan ada kejohanan Sukan Staf IPTA malaysia yang akan dirasmikan dalam stadium ini.Nasib baik sebelum perasmian dah runtuh..tak dapat bayangkan kalau tengah rasmi tiba-tiba runtuh pasti ramai akan terkorban.Ini lah akibat kalau kerja-kerja pembinaan diambil mudah dan dipandang sebelah mata.Berapa juta duit rakyat yang telah digunakan dalam pembinaan ini.Harap-harap pihak SPRM yang menyiasat kes ini dan menghadapkan pihak yang telah menyelewengkan duit tersebut.

Cendawan Oh Cendawan..

Gambar cendawan nie di ambil semalam..cendawan apa ntah.Kalu dah nama cendawan pasti akan tumbuh punya.Habuk getah nie stok yang lama...saja nak tunjukkan gambar nie.Banyak gak yang tumbuh..

Kerajaan Selangor bela ibu tunggal dengan projek cendawan

Muhammad Arif Ismail
Fri | Jun 12, 09 | 12:39:13 pm

PUCHONG, 12 Jun (Hrkh) - Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terhadap nasib ibu tunggal direalisasikan dengan mewujudkan projek penanaman cendawan dalam satu program yang dikenali sebagai satu kampung satu produk.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi desa terutamanya meningkatkan pendapatan golongan ibu tunggal yang hilang punca pendapatan selain daripada terpaksa menanggung perbelanjaan anak-anak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Yaakop Sapari, Kerajaan Negeri kena bantu golongan ibu tunggal. Oleh sebab itu, satu sistem dibangunkan untuk membantu sekali gus dapat keluar dari lingkaran kemiskinan.

"Program ini merupakan program kerajaan negeri, di mana pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) menyediakan sedikit dana untuk menjayakan projek ini dan menepati sasarannya," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan projek pembangunan produk cendawan bagi program satu kampung satu produk di Kampung Sri Aman, dekat sini semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik itu, satu set khemah bersaiz 20' X 11' dengan 5,000 bongkah cendawan berharga RM15,000 dan kerajaan negeri tidak bagi hasil dalam bentuk tunai tetapi bagi dalam bentuk teknologi dan bimbingan.

Dengan cara itu katanya, adalah lebih praktikal untuk membolehkan golongan susah di Kampung ini dapat dibantu. Lepas ini, Kerajaan negeri akan teruskan lagi, kalau ada rakyat yang susah akan dibantu.

Tambah beliau, di samping tempat ini, kampung ini juga ada pengusaha-pengusaha cendawan yang lain dan tempat ini dipilih kerana sudah mempunyai tempat latihan cara penanaman cendawan.

"Ini merupakan tempat yang pertama diadakan projek seperti ini. Selain itu, projek yang sama telah dilakukan di Hulu Langat, Tanjung Karang dan Hulu Yam dan ini bergantung di mana pakar penanaman cendawan berada," katanya.

Beliau sebagai exco yang bertanggunjawab berharap agar Negeri Selangor akan menjadi pengeluar cendawan untuk pasaran tempatan.

Tuesday, May 26, 2009

Wood Vinegar vs Kulat Hijau

Kulat Hijau di Bongkah Cendawan (Sumber blog cuka kayu )

Umumnya punca kulat hijau datang dari persikitaran bangsal, bilik suntik dan penyuntik benih itu sendiri. Kebersihan diri dan persekitaran memainkan peranan amat penting bagi menghalang atau mengelakkan ia mula membiak.

Kaedah tipikal telah banyak dibincang dan ditulis oleh pengusaha-pengusaha cendawan yang baru dan lama, yang berpengalaman mahupun yang rajin membaca. Ini boleh didapati di blog-blog mereka samada secara langsung atau melaui pautan alamat yang mereka sediakan.

Di sini saya hanya memberi sedikit tambahan bagaimana produk cuka kayu dapat membantu dalam mencegah dan membunuh kulat hijau. Kaedah-kaedah tipikal tidak boleh diketepikan walaupun kaedah cuka kayu digunakan kerana faktor asas tetap memainkan peranan penting walaupun ada kaedah lain ynag dapat membantu.

Utk Pencegahan kulat hijau, selepas pembersihan mulut selepas tuai, sembur sikit larutan wood vinegar kepekatan 200x sebelum tutup rehat dipasang. Logiknya, pada kepekatan ini ia membunuh bakteria dan kulat. Cuka kayu pada kepekatan 1:10 boleh digunakan sebagai pembersih sudu atau alat pengorek mulut bongkah anda. Apa yang menarik, semburan cuka kayu bukan sahaja menghalang kulat hijau, tetapi juga menambah nutrien pada bongkah untuk menggalak pertumbuhan/ pembaikan misileum di mulut bongkah selepas tuaian. InsyaAllah penegeluaran seterusnya tidak ada kulat hijau lagi.

Sekiranya anda membuat bongkah sendiri, gunakan air larutan wood vinegar utk bancuhan media, pada kadar kepekatan 500-1000x. Perbezaan nisbah ini bergantung kepada kualiti habuk kayu yang dibunakan. Habuk yang masih baru, 1000x dan kepekatan ditambah secara berperingkat sehingga maxima 500x untuk habuk yang sudah lama atau habuk guna semula dari bongkah yang sudah tamat pengeluaran. InsyaAllah bongkah akan selamat dari serangan kulat hijau, oren dan hitam.

Pengukusan bongkah selama 3 jam pun sudah memadai untuk pengukusan menggunakan steamer dan 2 jam sahaja sekiranya anda menggunakan tong drum. Ini kerana cuka kayu sudah membunuh sebahagian bakteria & kulat merbahaya dalam campuran medium bongkah. Sedikit cuka kayu tulen boleh dicampur kepada air kukusan sekiranya mahu untuk menjadi lapisan pelindung pada bahagian luar bongkah yang telah dikukus nanti.

Utk Pembasmian kulat hijau, cuka kayu dapat membantu dengan kaedah berikut. Asingkan bongkah yang bermasalah, sembur larutan wood vinegar kepekatan 1:50 ke mulut beg cdwn yg bermasalah & tutup rehat hingga kulat hijau hilang. (2-3 mggu). Selain kaedah ini, gunalah juga pendapat & pengalaman pengusaha-pengusaha lama yang lebih berpengalaman.

Dalam kes lebih berat, sekiranya masalah kulat hijau di tempat anda hampir tidak dapat dikawal, semburan larutan cuka kayu nisbah 1:20 diseluruh kawasan projek terutama di kawasan jangkitan, dalam bangsal & bilik suntik juga dapat membantu pengawalan pada masa akan datang. Namun, untuk masalah seberat ini, hampir mustahil boleh berlaku sekiranya penggunaan cuka kayu dari peringkat awal dipraktikkan.

Walau bagaimanapun, dalam mengatasi masalah kulat hijau, PENCEGAHAN adalah jauh lebih bermakna dari PEMBASMIAN. Ini kerana, jika anda bernasib baik, bongkah yang bermasalah akan pulih dalam masa 2-3 minggu, sedangkan pada tempoh yang sama, bongkah yang baru disuntik juga sudah hampir matang.

Kebenaran Berkenaan Wood Vinegar Cuka Kayu

(Sumber blog cuka kayu)

Cuka kayu digunakan di dalam pertanian dan makanan haiwan ternakan. Penggunaan cuka kayu adalah pilihan yang terbaik bagi amalan perladangan organik. Kandungan semulajadinya menjadikan ia sebagai slternatif kepada penggunaan racun kimia dan baja kimia. Tambahan lagi cuka kayu tidak mengandungi toksik dan boleh di kembangkan secara biologi. Produk ini selamat kepada manusia, tanaman, haiwan dan alam sekitar.

Kelebihan Cuka kayu :

Cuka kayu memberikan banyak kelebihan kepada pertanian seperti dinyatakan dibawah.

1. Merangsang pertumbuhan pokok dan sayuran.
2. Menguatkan akar dan daun.
3. Menyuburkan tanah.
4. Mengurangkan bau.
5. Menanbah rasa asli kepada hasil pertanian dan juga produk-produk berkaitan.
6. Menghalang pembiakan virus dan penyakit dalam tanah.
7. Menghalang virus dan seranggan perosak untuk memperbaiki keadaan tanah.
8. Menambah kuantiti mikrob yang berguna.
9. Menghalau serangga perosak.
10. Mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria.
11. Menambah baik kualiti buah dan menambah kandungan gula dalam buah.
12. Sebagai pemangkin tumbesaran biji benih.
13. Sebagai bahan tambahan kepada baja kompos.
14. Membantu haiwan ternakan lebih sihat dan melindungi dari penyakit.
15. Menjadikan daging haiwan dan susu lebih berkualiti.

Produk ini diperolehi melalui penyejatan wap dari proses pembakaran kayu segar berkualiti pada ketetapan suhu tinggi yang terkawal. Cuka kayu mengandungi lebih 200 komponen seperti acetik acid, formaldehyde, ethyl-valerate, methanol, nutrient, tar dan banyak lagi. Daripada pengalaman penggunaan cuka kayu di dusun buah-buahan didapati kuantiti buah menjadi lebih banyak sehingga mencapai 70% pertambahan hasil.

Di negara ini cuka kayu telah banyak digunakan ke atas pokok kelapa sawit, getah, cili, sayuran, buah-buahan, cendawan, juga sebagai nyah bauan seperti bilik air, tong sampah, longkang dan sebagainya lagi.

Cuka kayu ini telah digunakan secara meluas di negara-negara lain seperi Jepun, Korea, China, Brazil, Afrika, Filipina, Vietnam, Kemboja, Thailand dan Indonesia. Produk ini menjadi pilihan negara-negara tersebut kerana penggunaan cuka kayu ini amat menjimatkan, murah serta memberi kesan yang mengkagumkan.

Cuka kayu juga digunapakai untuk tujuan kosmetik dimana boleh merawat penyakit kulit seperti alergi, kegatalan, membaikpulih struktur kulit serta penjagaan kulit.

Kelebihan cuka kayu sebagai anti oksida juga tidak dinafikan dimana beberapa syarikat luar negara seperti Jepun, Korea dan China menggunakan cuka kayu sebagai bahan utama produk detoxin seperti detox plaster.

Antara kelebihan cuka kayu lagi adalah sebagai bahan perasa tambahan kepada masakan dan juga boleh diminum dengan sukatan yang betul untuk melancarkan sistem penghadaman serta melawaskan perut.

Kajian-kajian dari negara-negara maju juga mendapati cuka kayu boleh digunakan untuk pembuatan bahan-bahan pencuci pinggan mangkuk, sabun mandi, syampu rambut, penghindar nyamuk dan serangga serta ubat-ubatan farmasi.

Sunday, May 24, 2009

Perkembagan Baja Air Cuka Kayu

Alhamdulillah hari ini tak putus-putus yang bertanyakan tentang cuka kayu..Tadi pagi saja wakil kepada Hj.Sulaiman pengusaha buah naga membeli 25liter cuka kayu.Katanya untuk keperluan tanaman 17ekar di johor bharu.Dan hari ini juga ada 3-4orang yang call bertanya tentang cuka kayu untuk tanaman cendawan tiram..Semoga keberkesanan cuka kayu amat memuaskan semua.Pengalaman mengunakan cuka kayu memang amat positif.Kurang kerosakan beg cendawan dari sebarang penyakit khusus nya kulat hijau memang terbukti.Apa lagi cuba lah try...

Wednesday, May 6, 2009

Harapan tercapai..

Semalam sempat call jabatan pertanian daerah pontian.Dah hampir 3 bulan selepas berjumpa pegawai pertanian meyakinkan pada dia yang aku nie memang patut dapat bantuan.Macam cara juga aku buat untuk yakinkan pegawai nie.Ini pegawai baru yang dilantik untuk zon benut.Pegawai yang lama memang-memang banyak susah nya.Alhamdulillah,berjaya juga akhir nya untuk mendapatkan peruntukkan pembesaran projek cendawan ini.Kemungkinan besar akan dapat sebuah pondok lagi.So,bertambahlah pondok aku lagi..hehe.Memang itu lah yang diharapkan untuk target 2009.Semoga projek ini akan membesar dan terus berkembang seperti pengusaha lain.Pegawai baru nie bagitahu tahun ini akan dapat.Tapi dia tengah ejas-ejas bila akan terima sepenuhnya peruntukkan ini..

Tuesday, April 21, 2009

Busy Melampau..

Ada masa terluang nie sempatlah nak menaip-naip dalam blog nie..bulan ini memang busy yang melampau.Keje makan gaji kat gomen macam den nie memang lah lepak.Sekarang nie musim nak ambil pekerja baru.Open jawatan pertengahan bulan lepas sampai sekarang masih tak siap-siap kerja.Borang nak buka ler,nak asing-asingkan ikut jawatan ler,nak hantar gie key-in kat pusat teknologi maklumat ler,nak select kelayakan lah...macam lagi lagi.Keje-keje cendawan pun banyak tertangguh,balik keje dah lepak nak sambung keje-keje cendawan kat rumah.Nasib baik lah famili ada yang membantu untuk kerja-kerja membagging,mengukus,memetik cendawan dan menjaga sekali..untung duduk kampung dan kerja berdekatan dengan rumah memang banyak keistimewaan.

Ingatkan bulan 5 nie nak bercuti ker langkawi,semua dah boking...nasib baik hotel ada kosong.Rancang nak ke sana bulan 2 ataupun bulan 3 yang lepas tapi kesemua hotel penuh.Masa tu cuti sekolah dan banyak cuti perayaan kan.Bulan 5 nie paling free..cuti sekolah pun bulan 6.Memang taknak lepaskan peluang nak bercuti.Bulan 6 nie pula nak balik kampung di kuala terengganu..dah 5 bulan tak balik-balik nie.Kang mak dan ayah mertua cakap dah kawen terus tak jenguk-jenguk dia...hehe.Bukan taknak balik kampung kat terengganu nie.Keje banyak tak settel dan isteri pula sibuk dengan study untuk final exam.Kalu balik kampun nie memang ke pondok lutfi lagi lah jawap nya...dan ingatkan nak singgah ke tempat fatisha sekali.Dah buka tempat di kemaman pulak kan...dalam blog dia macam gempaq dan besar bangat.

Sekarang nie pun operasi di farm hanya 300beg setiap hari..nak buat banyak-banyak masih belum boleh lagi.Coz,pekerja masih tiada cuma mengharap bantuan dan pertolongan famili.Sasaran untuk pekerja yang uruskan aktiviti membagging dan kukus memang ada.Cuma buat masa ini masa belum seswai..bajet pun tak cukup nak bayar pekerja lagi.Maklumlah tahun nie jer hampir rm15k digunakan untuk suntik modal membuat pondok dan pembelian mesin mixer..

Apa lagi nak cakap ekkk....rasanya takde apa-apa nak dicakapkan.Cukuplah nie....blah dulu ar,

Friday, April 17, 2009

Hasil Cendawan Pertama Di Pondok Baru

Ini lah hasil cendawan di pondok baru..Alhamdulillah hasil memang lebat dan cantik.Keadaan dalam pondok pun sejuk.


Ini pula cendawan telinga kera yang ada di pondok baru..cendawan nie memang tahan lasak.Tapi ringan ler.Takde untung nak jual..hehe.

- Hasil cendawan dipondok baru memang memuaskan..sedap jer mata tengok.Hasil keseluruhan amat-amat baik.Sekarang nie pun dalam proses memenuhkan ruang-ruang yang kosong.Bila lah agak nya nak penuh dalam pondok ini.Laaa nie tengah bertungkus lumus siang dan malam membuat bongkah baru...

Operasi Mixer Baru Bermula..

Media yang telah di gaul..ini lah hasilnya.

Mixer sedang mengeluarkan habuk media..memang laju keluar media dari muncung mixer ini.

Muatan media keseluruhan yang pernah dibuat 150beg untuk sekali gaul mengunakan mixer ini.

- Setelah ada mixer ini..kerja-kerja untuk proses memgaul media memang senang dan memudahkan.Dah takde nak mengeluh penat lah,sakit pingang lah dan macam-macam lagi.Buat masa ini proses setiap hari hanya 300beg sahaja.Maklumlah,pekerja belum ambil lagi.Kerja-kerja membaging semua dijalankan oleh ayah,ibu dan adik....memang cepat diaorang baging manual.Start pukul 9pg sampai pukul 12tgh settel 300beg media....tq emak,abah n adik kerana membantu.

Wednesday, March 25, 2009

Nak cerita sikit...

Dah lama bangat tak kemaskini blog..terlampau banyak kerja perlu di settelkan untuk sepanjang bulan 2 dan 3 ini.Permintaan beg media yang amat banyak..3minggu lepas kena siapkan 5000beg media kepada pengusaha yang berminat dengan cendawan.Minggu ini jer permintaan hampir 6000beg untuk 3 pengusaha cendawan.Sampai pondok baru pun tak terisi dengan beg media yang baru.Takpe lah kan...rezeki juga tu.Bulan 3 nie kursus memang takde sebab fokus nak siapkan beg media yang di minta pengusaha.Bulan 4 ini kursus akan dijalankan..kepada siapa-siapa yang berminta boleh mendaftar awal.Untuk hari ini sahaja sudah 4-5 orang yang menelefon dan datang untuk hadir kursus pada bulan 4.Isnin lepas juga telah menerima lawatan dari pelajar UTM Skudai dan selepas itu Pak Syed (cendawan sungai udang) juga hadir menghantar mixer yang ditempah..Alhamdulillah tercapai juga cita-cita untuk mendapatkan mixer.Mudah kerja-kerja laaa nie..itu lah agak nya.Gambar tak sempat nak upload dalam blog nie.Banyak kerja sampai tak sempat nak upload.Kalau sempat saya akan tunjukkan mixer terbaru yang dibeli...so tunggu lah yer...

Lawatan Kerja Pelajar UTM Skudai

- Isnin 23/03/09m petang group pelajar UTM Skudai dari fakulti Alam Bina hadir ke Farm.Abd Qayum,Asiah,Aini Syazwani dan Afzal Umi dengan penuh semangat menanyakkan soalan-soalan tentang cendawan dan masa depan perusahaan cendawan untuk projek keusahawanan mereka.Lebih 1jam juga soalan-soalan yang diberikan..Alhamdulillah kesemua soalan dapat dijawab.Saya juga berterima kasih kepada beliau kerana sudi hadir ke Projek Cendawan disini.Dengan kehadiran mereka juga ini boleh memberikan impak kepada saya untuk meneruskan perusahaan ini dengan jaya nya.Apa-apa pun semoga team mereka akan berjaya menyiapkan kerja-kerja dengan cemerlang...

Gambar di hadapan pondok baru...control cun erk..hehe

Tengah perhati pe tu...pelik ker tengok cendawan..

Sedang memerahati beg-beg media yang telah suntik...

Dok makan nie...doa dulu sebelum makan..amin.

Thursday, February 26, 2009

Kuasa Allah...

Gambar nie sebenarnya adalah kalimah Allah..Gambaran tak jelas,sebab ambil dalam kereta.Berlaku dengan sekelip mata tak sampai 3o saat.Perkara yang menakjubkan ini telah saya alami sebanyak 2 kali..pertama kali tak silap 3tahun yang lepas di kawasan rumah waktu malam tepat pukul 12malam.kes kedua nie berlaku semalam 25/02/09 semasa pulang kerja.Ini lah kuasa ALLAH...

Cuti oh cuti..





Ini lah rak dan beg media yang telah di masukkan dalam pondok,masih banyak ruang lagi..









Rupa cendawan telinga kera..mcm kera tak?Huhu..tempoh percubaan buka 2beg media sahaja.


- Hari ini kesempatan ambil cuti tahunan..banyak keje yang perlu di selesaikan.Pungah beg-beg media yang berlonggok diluar dan proses membuat beg media baru pun berjalan hari ini.Permintaan banyak bulan ini..Alhamdulillah hampir selesai kerja-kerja memungah beg masuk ke dalam pondok yang baru.Cuma rak-rak masih belum penuh dalam pondok tu..masih ada banyak ruang kosong tanpa rak.Beg media telinga kera yang dah matang ada 300beg yang perlu dibuka pada minggu ini.Sampai dah terkeluar dipermukaan cap penutup..Apa nak citer ekk,Rasa takde pe nak citer kan...daaaaaa,

Thursday, February 19, 2009

Selesai akhir nya..



Pandangan pondok 2 pondok cendawan.Yang berhadapan tu pondok lama,yang belakang adalah pondok yang baru disiapakan.










Akhirnya siap jua pondok ku ini..nilai harga keseluruhan hampir rm10k saiz pondok adalah 40kaki x 20kaki




Ruang dalam pondok yang boleh mengisi hampir 20k bongkah.Rak belu siap keseluruhan nya.Insyallah akan siap dan beg media akan masuk sepenuhnya hujung minggu ini.








Alhamdulillah apa yang dirancang menjadi kenyataan.Pondok baru yang dirancang pada tahun lepas telah siap.Keseluruhan modal adalah sendiri tanpa bantuan jabatan pertanian.Seperti yang saya katakan.Jabatan Pertanian akan memberikan peruntukkan pondok yang bernilai Rm10k pada tahun ini.Itu janji pegawai pertanian.Dapat ataupun tidak itu tidak pasti.Kalau dapat ia memberikan bonus pada saya mengembangkan projek ini.Dan target untuk full time dalam bidang ini juga hampir menjadi realiti.Tadi pihak MEDC telah menawarkan saya booth pameran di Persada,Johor pada bulan April ini.Mungkin saya menolak tawaran tersebut kerana belum kukuh dari semua aspek keseluruhanya.Tahun 2009 ini adalah untuk pembesaran projek dan target untuk 50k beg media dapat disemua pondok akan penuh.Tahun 2010 adalah untuk mengembangkan perniagaan pertanian.Membuat benih cendawan sendiri dan membuat benih pisang berteknologi tisu kultur.Harap semua berjalan lancar..28.02.09 sabtu adalah kursus cendawan yang seterusnya.Pendaftaran masih dibuka..buat masa ini ramai yang telah inform untuk hadir.Kehadiran tak pasti lah..Emm,rasanya cukuplah untuk masa ini.

Tuesday, February 10, 2009

Proses Pembesaran Kawasan Farm

Syukur segala yang direncanakan berjalan dengan lancar..hampir 60%peratus sudah siap.Pondok sudah disiapkan dan masih kosong kerana rak-rak belum disiapkan.Dijangka hujung minggu ini akan 100% sempurna pondok bersaiz 40x20.Ini adalah peruntukkan sendiri.Pondok habuk saiz 15x15 sudah hampir siap.Kalau ada rezeki insyallah pondok akan bertambah tahun ini selewat-lewatnya bulan 6.Itulah janji Jabatan Pertanian kepada saya tempohari.Tapi tiada jaminan dapat kerana ia bergantung kepada Pertanian Negeri Johor.Tak mengharap dapat pun....Katanya,nama den nie yang ranking atas.Ntah lah,,tengok lah mcm mana janji-janji diaorang tu.Gambar-gambar akan menyusul kemudian.Buat masa nie tak sempat nak upload dalam blog.Busy sangat-sangat..apa-apa pun tunggu lah gambar kawasan farm saya yang telah berubah.

Thursday, January 29, 2009

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU BERTEKNOLOGI BIO-PLANT DAN CUKA 28.02.2009 , SABTU

ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 28/02/09 SABTU
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
YURAN : RM200


-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA


(UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489)

Cerita semalam

Kesempatan cuti semalam tidak dilepaskan untuk ke Jabatan Pertanian Kawasan untuk bertanyakan respon tentang peruntukkan yang dijanjikan oleh pihak tersebut.Respon dari pegawai mengatakan peruntukkan saya untuk mendapatkan pondok cendawan bergantung kepada Negeri.Katanya untuk tahun 2009 ini akan diberikan kepada 5 pengusaha cendawan.Entahlah saya dapat ataupun tidak.Harap-harap dapat lah bantuan tu..tapi yang meyakinkan,beliau mengatakan projek tanaman cendawan saya adalah pilihan utama untuk mendapat peruntukkan tersebut.Semoga janji dan lawatan yang telah dibuat oleh Jabatan Pertanian ke farm akan memberikan jawapan positif dari Negeri.Kalau tiada aral melintang peruntukkan pondok akan diberikan pada bulan 6 selewat-lewat nya...sekadar itu lah cerita semalam.

Tuesday, January 27, 2009

Lawatan Para Pelajar UiTM,Segamat,Johor

Para pelajar UiTM tersebut

Tengah tengok beg media yang mengeluarkan hasil..

Bapa kepada salah seorang pelajar tersebut

Sedikit jamuan selepas memberikan taklimat mengenai potensi tanaman cendawan

- Terima kasih di ucapkan kepada para pelajar UiTM,Segamat yang sudi hadir ke farm.Walaupun saya baru balik dari kuala terengganu pada pukul 6pagi tapi sempat juga meluangkan masa untuk mereka.Tujuan para pelajar terbabit adalah untuk menyiapkan projek semester terakhir beliau.Ini adalah lawatan kedua dari para pelajar IPTA.Sebelum ini dari pelajar UTM.Di harap para pelajar tersebut akan menyiapkan kerja-kerja akhir mereka dengan jayanya.