Saturday, February 27, 2016

Jom Daftar....!!! Kursus Penanaman Cendawan 26 MAC 2016. Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 26 MAC 2016 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo. - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah "

Tahniah Kepada 25Peserta Yang hadir Dari Johor,Kuala Lumpur & Selangor Menghadiri Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Sesi February 2016 Di Sifu Cendawan (Saifulam Agro Farm).

Kursus Sifu Cendawan - Peserta melihat hasil cendawan di Pondok C. Untuk tuaian esok, peserta di dedahkan dengan teknik menjaga suhu bagi mendapatkan hasil cendawan yang banyak. Sesi bergambar bersama Peserta Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu semalam. Tahniah kepada 25peserta yang hadir dari Johor,Kuala Lumpur & Selangor. Moga Ilmu yang diberikan memberi menafaat berguna pada kalian.

Gambar Peserta Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Di Sifu Cendawan (Saifulam Agro Farm) Sedang Menyuntik Benih Pada 27 February 2016.

Kursus Cendawan di Sifu Cendawan - Teknik menyuntik benih cendawan di dedahkan kepada peserta semalam.

Gambar Peserta Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Di Sifu Cendawan (Saifulam Agro Farm) Pada 27 February 2016.

Kursus di Sifu Cendawan - Peserta sedang mengaul media & memasukkan media cendawan Plastik PP semalam.

Friday, February 19, 2016

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN 27 FEBRUARY 2016 OLEH SIFU CENDAWAN DI SAIFULAM AGRO FARM TELAH DI TUTUP HARI INI.

KEPADA PESERTA YANG TELAH MENDAFTAR AWAL KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH. NAMA PESERTA AKAN DI MAKLUMKAN DALAM WEBSITE SAIFULAM AGRO FARM DALAM MASA TEDEKAT INI. PESERTA YANG MENDAFTAR SERAMAI 25ORANG DAN TELAH MELEBIHI KOUTA SEPATUTNYA 20PESERTA SAHAJA. INSYALLAH KURSUS SETERUSNYA PADA AKHIR BULAN MAC 2016. KEPADA PENGUSAHA YANG BERMINAT MEMPELAJARI TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN SISIR @ KUKUR,KAMI AKAN BUKA PENDAFTARAN ESOK. TERHAD KEPADA 10PESERTA TERAWAL SAHAJA. KURSUS TERSEBUT PADA MINGGU KEDUA MAC 2016. TERIMA KASIH.

Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Menerima Lawatan Dari Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Alhamdulillah selesai memberikan taklimat & perkongsian kepada Mahasiswi dari Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai sebentar tadi. Moga perkongsian tersebut dapat memberikan menafaat kepada kalian untuk menyiapkan kerja-kerja akhir semester berkaitan keusahawanan. Menerima cenderahati usai memberikan perkongsian. Terima kasih semua.

Sifu Cendawan (SAIFULAM AGRO FARM) Di Akhbar Sinar Harian Edisi Johor Hari Ini (20 February 2016).

Alhamdulillah hari ini di akhbar sinar harian cerita berkaitan Projek Cendawan yang di jalankan oleh Sifu Cendawan (Saifulam Agro Farm) di keluarkan. Dapatkan akhbar sinar harian hari ini.