Thursday, April 27, 2017

Team Sepak Takraw Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Menjuarai Kejohanan Sukan Maufakat DUN Benut 2017.

Tahniah team Sepak Takraw (Saifulam Agro Farm @ Sifu Cendawan) yang menjuarai Kejohanan Sukan Maufakat Johor Peringkat Dun Benut 2017 pada 15 April 2017 seterusnya akan mewakili Dun Benut dalam Kejohanan Sukan Maufakat Peringkat Negeri Johor bertempat Kompleks Sukan Kluang. Para pemain sepak takraw bersama Pengurus Pasukan, Saudara Noorsaiful Amri Suloh (Pemilik Saifulam Agro Farm).

Lawatan Pegawai Pertanian Johor Ke Projek Cendawan Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut, Pontian.

Menerima Lawatan oleh Puan Natasya (Pegawai Pertanian Batu Pahat) & Tuan Mahadi (Pegawai Pertanian Pagoh) memantau projek cendawan kami di Benut Pontian pada 6 April 2017.

Kursus Secara Personal Peserta Dari Pulau Langkawi Dan Rembau Negeri Sembilan Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Pontian, Johor.

Pada 3 April 2017 memberikan kursus cendawan secara personal kepada Puan Noor & Saudara Hassan (Anak) peserta dari Langkawi Kedah. Hadir dari jauh semata-mata inginkan ilmu keusahawanan cendawan. Pada 25 April 2017 pula memberikan kursus praktikal secara personal kepada En Mohd Tarmizi, Pn Nur Akmal, En Abdul Padzil dan Pn Hairuslina dari Rembau Negeri Sembilan. Beliau merupakan Pesara Guru, ingin mengusahakan projek cendawan dan telah pun menjalankan projek cendawan. Hadir untuk menambah ilmu baru dalam keusahawanan cendawan. Tahniah atas semangat luar biasa !

Sunday, April 2, 2017

Jom Daftar....!!! Kursus Penanaman Cendawan 29 APRIL 2017 (SABTU). Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 29 APRIL 2017 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 60.00 - Rm200.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (SIFU CENDAWAN) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Noorsaiful Amri Suloh (Ceo Sifu Cendawan) Dari Staf UTHM ke Usahawan Cendawan Di Sinar Harian Edisi Nasional.

Alhamdulillah ! Kisah keusahawanan cendawan saya bertempat Kg Parit Hassan, Jalan Tampok, Benut, Pontian, Johor di akhbar Sinar Harian edisi Nasional semalam 2 April 2017. Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang banyak memberikan sokongan kepada saya selama ini. Pertanian adalah perniagaan, bertani satu ibadah.

Jualan Bongkah Cendawan Oleh Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Sepanjang Mac 2017

Alhamdulillah bulan MAC 2017 ini hampir 15,000 bongkah sudah di jual dan 20,000 bongkah telah di tempah untuk bulan APRIL 2017. Antara gambar-gambar bongkah yang telah kami hantar dan ambil sendiri di Farm kami ( Projek Cendawan Saifulam Agro Farm ) Benut Pontian, Johor. 400 bongkah cendawan buat En Zaid di Parit Masjid, Pontian. 500 bongkah cendawan ke Jalan Kaloi 17, Pasir Gudang kepada Saudara Andi dan rakan-rakan beliau. 1000bongkah cendawan ke Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi untuk Encik Helmi. 500bongkah cendawan ke Kempas JB untuk En Zaki Razib & 500bongkah cendawan akan di sendiri oleh En Samsuri dari Rompin Pahang pada 11 mac 2017. 3000bongkah cendawan dan sudah di tempah oleh penguasaha dari Gelang Patah, Johor Bharu dan Kota Tinggi di ambil sendiri pada 15 Mac 2017. Saudara wali dari Muar datang membeli 1000bongkah cendawan pada 17 Mac 2017. Saudara Alfinas dari Pt Selangor Pontian membeli 2000bongkah cendawan & Saudara Jaludin dari Felda Bukit Batu Kulai membeli 500bongkah cendawan di Farm kami pada 18 Mac 2017. 500bongkah cendawan di Sungai Nibong Muar untuk Saudara Amirul.