Monday, September 7, 2020

Jom Daftar Segera !!! Kursus Penanaman Cendawan 26 SEPTEMBER 2020 (SABTU). Bersama - SIFU CENDAWAN - Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 26 SEPTEMBER 2020 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm14.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 80.00 - Rm250.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (Sifu Cendawan) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Penyampaian Sijil Kepada Peserta Kursus Cendawan Bulan Ogos 2020

Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta kursus Tanaman Cendawan secara praktikal di ladang cendawan kami bertempat Benut Pontian hari ini. Kehadiran para peserta cendawan dari Kodiang Kedah, Kampar Perak, Hulu Selangor, Bera Pahang, Melaka dan beberapa daerah sekitar Johor. Semoga ilmu yang di berikan akan memberi menafaat yang berguna buat anda. Di harap dapat menafaatkan segala pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan secara teori dan praktikal. Insyallah kursus seterusnya pada 26 September 2020 (Sabtu) di Benut Pontian. Berminat menyertai kursus kami boleh hubungi ataupun whatsap - 0137501589 (Saiful Amri) untuk sebarang pertanyaan lanjut. Moga ramai yang akan menceburkan diri dalam bidang pertanian serta menjadikan sebagai kerjaya. Tahniah semua !

Taklimat Potensi Tanaman Cendawan Di Beletime Danga Bay Johor Bharu

Perasmian kursus potensi tanaman & penjagaan bongkah cendawan oleh Pegawai Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri), Puan Hajah Azlinda Abd Latif di Beletime Danga Bay Johor Bharu. Di amanah untuk memberikan perkongsian teknik penjagaan serta potensi tanamam secara komersial ataupun part time. Terima pihak urusetia yang menjemput saya sebagai penceramah.

Lawatan Ke Projek Cendawan Mama Cendawan Di Marang Terengganu

Bersama team Ngo Gerak Tani melawat projek cendawan Usahawanita hebat, Puan Wan Naimah @ Mama Cendawan di Marang Terengganu sebentar tadi. Terima kasih atas layanan dan perkongsian kisah cendawan kepada Team Gerak Tani yang di ketuai oleh Saudara Saiful (Setiausaha merangkap Ketua Kluster Cendawan), Saudara Faizul & Wak Selamat (Kluster Nanas), Tok Roslan (Usahawan Kenaf & Fertigasi) serta Tok Ambok (Usahawan Peruncitan). Pelbagai produk hiliran yang beliau usahakan antaranya sos cendawan & tepung cendawan selain projek cendawan. Semoga projek akan terus berkembang maju serta berjaya mewujudkan pusat Agro Pelancongan di ladang cendawan suatu hari nanti. Pertanian sebagai kerjaya !

Melawat Projek Cendawan Adik Ipar Di Kuala Terengganu.

Tahniah buat adik iparku atas kejayaan anda mengusahakan cendawan di Kuala Terengganu. Pengalaman berharga semasa berkerja dengan saya selama 3 tahun. Bangga atas kejayaan serta kerja kuat selama ini. Pertanian sebagai kerjaya !

Lawatan Ke Projek Cendawan Mr Nada Di Cameron Highlands

Melawat projek tanaman cendawan oleh Tuan Nada di Ringlet Cameron Highlands semalam. Beliau telah memulakan projek beberapa bulan lepas dengan kapasiti muatan sebanyak 50,000 bongkah cendawan untuk permulaan. Selain projek cendawan beliau menjalankan projek tanaman sawi jepun dan kedai makan. Permintaan yang sangat baik untuk pasaran cendawan di sekitar Cameron Highlands ujarnya. Beliau bercadang akan membesarkan projek ini dan menambah beberapa jenis cendawan lain seperti Tiram Putih & Telinga Kera (Black Jally). Terima kasih Tuan Nada menerima kehadiran kami dan usahawan dari NGO Gerak Tani, banyak perkara yang beliau kongsikan yang boleh kami menguna pakai sistem dan teknik yang beliau gunakan. Semoga projek beliau akan terus berkembang maju.