Thursday, October 5, 2017

Jom Daftar Segera 10 kekosongan sahaja...!!! Kursus Penanaman Cendawan 28 OKTOBER 2017 (SABTU). Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 28 OKTOBER 2017 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 60.00 - Rm200.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (SIFU CENDAWAN) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Penghantaran 5000 Bongkah Cendawan Ke Rembau Negeri Sembilan.

Selesai penghantaran 5000bongkah buat Puan Mariati dari Rembau Negeri Sembilan tepat jam 12.20pagi pada 14 september 2017. Lokasi : Rumah ketiga selepas Uitm Rembau. Sebelahan rumah Banglo putih. Inginkan cendawan segar sekitar Rembau sila berjumpa Puan Mariati terus. Rumah ketiga selepas Uitm Rembau (bersebelahan rumah 2tingkat berpagar).

Kursus Praktikal Keusahawanan Cendawan Secara Personal Pada Bulan September 2017 Di Ladang Cendawan Saifulam Agro Farm Benut Pontian.

Kursus cendawan secara personal pada 10 september 2017 selama 3jam. Saudara Amirul dari Kota Bharu Kelantan kini berkerja di Putrajaya. Hadir mempelajari teknik tanaman cendawan secara pratikal dan kursus secara personal kepada Encik Jalaluddin dan isteri dari Felda Bukit Batu di Saifulam Agro Farm pada 23 september 2017. Moga ilmu yang diberikan memberi menafaat berguna. Tahniah ! Kursus seterusnya pada 28 Oktober 2017 secara berkelompok. Sila hubungi kami 0137501589 untuk pertanyaan.

Lawatan Sambil Belajar Pelajar & Pensyarah Dari Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang Ke Ladang Cendawan Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut Pontian.

Ceramah Keusahawanan dan Bengkel Praktikal Projek Cendawan kepada pelajar dan pensyarah Fakulti Mekanikal Politeknik Primer Ibrahim Sultan Pasir Gudang di farm kami (Saifulam Agro Farm) Benut Pontian pada 21 september 2017. Moga ilmu yang di berikan dapat memberi menafaat berguna buat kalian.

Lawatan Dari SK Andek Mori Kukup Pontian Ke Ladang Cendawan Saifulam Agro Farm Benut Pontian Johor.

Bersama Guru & Pelajar SK Andek Mori Serkat Kukup. Lawatan sambil belajar pada 14 September 2017 di Saifulam Agro Farm Benut Pontian. Moga perkongsian sedikit ilmu cendawan dapat memberi menafaat berguna.

Lawatan Dari Sekolah Kebangsaan Seri Sinaran Tampok Benut Ke Saifulam Agro Farm Benut Pontian.

Lawatan oleh pelajar Pra SK Sinaran Tampok Benut di farm kami bertempat Saifulam Agro Farm, Kg Pt Hassan Benut pada 13 September 2017. Kempen "Jom Kenali Cendawan", seterusnya lawatan dari SK Andek Mori Serkat Kukup pula. Moga perkongsianbanyak memberi menafaat berguna kepada adik-adik, guru pengiring dan ibu bapa. #projekcendawanpontian #sifucendawan #saifulamagrofarm

Lawatan Dari Sekolah Kebangsaan Seri Bugis Benut Ke Saifulam Agro Farm Benut Pontian.

Lawatan sambil belajar 'Jom Kenali Cendawan' oleh pelajar Pra sekolah dari SK Seri Bugis Benut pada ada 12 September 2017 dan seterusnya lawatan dari SK Sinaran Tampok & Sk Andek Mori Kukup.