Monday, December 26, 2011

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 29 / 01 / 2012 , AHAD DI PONTIAN ,JOHOR.


ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 29/01 /2012 , AHAD
MASA : 9.00PG - 4.00PTG
YURAN : RM250 SAHAJA

-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA

( UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI SAIFUL AMRI - 0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489 )

Sunday, December 18, 2011

FENOMENA : USTAZ AZHAR IDRUS DI JOHOR PADA 24/12/2011


TAZKIRAH DI SAMPAIKAN OLEH OLEH : USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID BANDAR BARU UDA,JOHOR.PADA 24/12/2011,SABTU,7.30 MALAM.DI JEMPUT HADIR DAN SEBARKAN KEPADA SAHABAT.

Pelbagai Jenis Cendawan

Jenis-jenis Cendawan

Cendawan Tiram Kelabu

Cendawan Tiram Putih

Cendawan Abalon

Cendawan Tiram Kuning

Cendawan Tiram merah jambu

Cendawan Telinga kera

Cendawan Jerami

Cendawan Ling zhi

Cendawan bunga kobis

Cendawan berangan

Cendawan peha ayam

Cendawan kukur/sisir

Cendawan Shiitake

Cendawan Butang

Cendawan Jarum mas

Cendawan Perut lembu

Perhatian :

Adakah Anda Minat Menanam Cendawan?Berminat menceburi bidang ini?Boleh hubungi saya segera - 0137501589.

Saturday, December 10, 2011

Bongkah Cendawan Untuk Di Jual Di Pontian,Johor.

Kami membekalkan bongkah cendawan kepada pengusaha yang berminat serendah Rm1.00.Kepada yang berminta menceburkan diri dalam projek cendawan boleh hubungi saya 0137501589.Bongkah yang berkualiti dan ada jaminan jika kerosakkan berlaku pada bongkah.

Saturday, December 3, 2011

BENGKEL GITAR SECARA PERCUMA BERSAMA DUTA FENDER : SHAM KAMIKAZE


Bengkel Bermain Gitar Secara Percuma bersama Duta Fender : Sham Kamikaze di Benut,Pontian.Pada 7/12/2011,Rabu,1.00-5.00 Petang.Berminat Hubungi Saya Segera 0137501589.

Cendawan: Kaya khasiat dan nilai perubatan

Anda suka makan makanan yang berasaskan cendawan?
..
Saya pasti ramai di luar sana suka makan makanan cendawan berasaskan cendawan tetapi masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan.
..
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.
..
Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.Antara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama).
..
Namun selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.
..
Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
..
Selain itu, cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.
..
Cendawan Hericum erinaceum atau cendawan Bunga Kobis dikatakan dapat membantu merangsang factor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga peyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan system imuniti.
...
Jenis cendawan tiram pula iaitu Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida...
Cendawan Tiram Kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
...
Manakala cendawan Ling Zhi dalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan nilai perubatannya yang tinggi. Nama saintifik Ling zhi ialah Ganoderma lucidium.
..
Cendawan Ling zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit.
..
Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.
..
Cendawan Butang kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.
..
Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit tau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.
..
Cendawan Shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat.
..
Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin.
..
Kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit.
..
Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.

KURSUS TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI PONTIAN,JOHOR BULAN DISEMBER 2011

JIKA ANDA BERMINAT MEMPELAJARI PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU PADA BULAN DISEMBER INI.KAMI BUKA KEPADA SEMUANYA YANG BERMINAT PADA 11/12/2011 DAN 17/12/2011 PADA HARI AHAD.YURAN KURSUS SERENDAH RM250 SAHAJA.DIBERIKAN SIJIL PENYERTAAN,KIT PENANAMAN CENDAWAN,NOTA DAN VCD PENANAMAN CENDAWAN SERTA MAKAN DAN MINUM TURUT DI SEDIAK SEPANJANG KURSUS.SILA HUBUNGI SAIFUL AMRI - 0137501589 UNTUK MENDAFTAR.

PROMOSI BONGKAH CENDAWAN SERENDAH RM 1.00 - RM 1.40

BERMINAT MENGUSAHAKAN CENDAWAN TETAPI TIDAK SEMPAT MEMBUAT PROSES-PROSES PENYEDIAN BAHAN MEDIA.KAMI SEDIA MEMBEKALKAN BONGKAH YANG SIAP.HANYA MENGAMBIL DAN MENUNGGU HASILNYA SAHAJA SERENDAH RM1.00 - RM1.30 SAHAJA.HUBUNGI SAYA SEGERA - 0137501859 ( SAIFUL AMRI ) .

Tuesday, November 29, 2011

Bersama Ketua Pembangkang Malaysia - Yb Dato Seri Anwar Ibrahim


Selepas selesai mempengerusikan majlis bersama Yb Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua Pembangkang Malaysia.Berkesempatan mengambil gambar bersama untuk kenang-kenangan.Beliau telah di uji dengan pelbagai Fitnah Jahat,semoga beliau tabah menempuh dugaan dan berjaya menuju ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Sunday, November 20, 2011

Bongkah Cendawan Untuk Di Jual Kepada Yang Beminat.


Berminat untuk mengusahakan cendawan segar? atau untuk hobi? atau untuk suka2?
Anda boleh membeli beg media yang sudah siap dan berbenih ( beg media berbenih) pada bila-bila masa dengan harga berpatutan serendah bawah rm1.40 setiap bongkah yang telah di suntik benih.Sila hubungi saya segera 0137501589.

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN DI PONTIAN,JOHOR.

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 24 /12 /2011, SABTU


KEPADA SIAPA-SIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN KURSUS.MASIH DI BUKA KEPADA YANG BERMINAT.HUBUNGI 0137501589.YURAN PENDAFTARAN RM250.SIJIL PENYERTAAN DI BERIKAN,KIT TANAMAN CENDAWAN,NOTA DAN VCD SERTA MAKAN MINUM DI SEDIAKAN SEPANJANG KURSUS.

Bersama Ustaz Zamri Zainuddin ( Bekas Pengacara Mari Mengaji tv9 )



Alhamdulillah,berkesempatan bersama Ustaz Zamri,Ustaz Mohd Fauzi Mustafa ( Al-Kuliyyah tv3 ) dan Ustaz Roslan Mohamed ( Universiti Malaya ) di program Forum Perdana bertajuk 'Haji Mabrur' di Kg Pt Kerimun,Benut,Pontian.Sambutan kehadiran amat-amat memuaskan di anggarkan hampir 1000 orang tetamu di kawasan berdekatan hadir untuk mendengar ceramah tersebut.

Sunday, October 23, 2011

7 Keluarga Nelayan yang ditahan Berjaya disantuni oleh Yb Ir Khalid Samad dan Saiful Amri serta rombongan.


PONTIAN – Kebuntuan yang dihadapi oleh 7 keluarga nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini telah memberi sedikit kelegaan apabila Yb Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam,Selangor dan Saiful Amri ( Penyelaras Solidiriti Anak Muda Malaysia Kawasan Pontian ) menyatakan kesediaan untuk membantu dengan kadar yang termampu.

Khalid ketika ditemui berkata, pihaknya telahpun menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara ini dengan harapan Anwar boleh memanjangkannya memandangkan beliau punyai rekod hubungun dengan kerajaan Indonesia sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun kes ini katanya membabitkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara maka sewajarnya kerajaan Malaysia dapat menyelesaikannnya dengan secepat yang mungkin.

“Saya baru saja menghubungi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebentar tadi. Beliau minta segala maklumat berkaitan diserahkannya Isnin ini. Beliau tidak berjanji (boleh selesai) kerana ia membabitkan kerajaan. Namun (bantuan ini) dibuat atas nama peribadi.”‘ ujarnya lagi.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak 9 Mac lalu dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia.

Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara tiga bulan.

Khalid menambah lagi dengan katanya, pihaknya amat bersimpati dengan penderitaan yang dialami oleh keluarga terbabit yang rata-ratanya meletakkan pergantungan hanya kepada ketua keluarga yang ditahan.

Tambahan pula menurutnya lagi, kos bagi menampung perbelanjaan harian di penjara Indonesia cukup tinggi dan dianggap terlalu membebankan dan ini tidak mampu disalurkan oleh kaum keluarga terbabit yang kebanyakannya tidak bekerja.

“Bila saya berjumpa dengan keluarga nelayan ini, saya bersimpati kepada mereka. Sudahlah mata pencarian mereka terjejas. Malah saya difahamkan, kos sara hidup di penjara RM 10.00 sehari. Secara bulanan keluarga ini terpaksa hantar duit RM 1000.OO sebulan. Ini membebankan !” ujarnya lagi.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kebajikan kepada 7 keluarga nelayan yang ditahan di Pontian Besar, Pontian, dekat sini, semalam.

Beliau dalam rangka lawatannya ke Pontian selama 2 hari sebelum ini telah menghadiri Ceramah Perdana di Dun Benut, Program Jom Ngeteh di Pekan Sanglang dan Taklimat Pilihan raya di Pontian.

Seramai 20 ahli rombongan turut menemani beliau dalam pertemuannya dengan keluarga terbabit.

Saturday, October 15, 2011

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 13/11 /2011, AHAD


KEPADA SIAPA-SIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN KURSUS.MASIH DI BUKA KEPADA YANG BERMINAT.HUBUNGI 0137501589.YURAN PENDAFTARAN RM250.SIJIL PENYERTAAN DI BERIKAN,KIT TANAMAN CENDAWAN,NOTA DAN VCD SERTA MAKAN MINUM DI SEDIAKAN SEPANJANG KURSUS.

Tuesday, September 27, 2011

Antara peserta yang menyertai kursus pada 25/9/2011




Saturday, September 17, 2011

KUNJUNGAN YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN KE PROJEK CENDAWAN SAIFULAM AGRO FARM

Saya menemani YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN menjamu selera makanan tenghari masakan ibu sendiri.Masak ala kadar yang mampun sebab kehadiran beliau tidak memang terduga untuk ke rumah dan projek cendawan kami.

Sedang berbicara mengenai isu-isu tempatan khusus di dun Benut dan Parlimen Pontian.

Menu yang ala kadar sahaja.Tetapi YAB DATO SERI IR NIZAR tetap selera makan bersama rombongannya.Ikan masak sambal,telur dadar dan ikan bilis goreng sahaja.


Bersyukur kehadrat illahi kerana pada 16/9/2011,Jumaat tepat jam 1 petang rumah saya dan kawasan projek cendawan menerima kunjungan tetamu khas iaitu Menteri Besar Perak yang Sah serta merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Perak.Saya secara peribadi memang tidak menyangka akan kehadiran beliau ke rumah dan tapak projek kami.Saya mendapat panggilan telefon dari Pegawai Khas beliau Haji Amran yang menyatakan menuju ke Benut dan kebetulan beliau memang ada program rasmi di Dun Benut ini.Iaitu Jamuan Hari Raya bersama penduduk Parit Betak dan Kg Permatang Duku.Kehadiran beliau di jangka sekitar jam 2.30petang di Pekan Parit Betak,Sebaliknya beliau telah sampai awal dan terus ke teratak kami di Kampung Parit Hassan,Benut,Pontian,Johor.

Secara peribadi,saya amat teruja akan kehadiran beliau ke rumah dan tapak projek cendawan dan melihat sendiri operasi yang kami lakukan di kawasan projek cendawan kami.Secara personal saya menerangkan aktiviti yang kami lakukan di kawasan projek serta hasil yang di keluarkan.Pelbagai soalan di lontarkan
YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN kepada saya.

Semoga dengan kehadiran beliau akan menaikan lagi semangat untuk membesarkan lagi projek ini.Dan kata-kata nasihat beliau akan menjadi azimat kepada saya untuk menjadi usahawan yang berjaya.Amin,Terima kasih YAB
DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN atas kunjungan yang tidak di sangka-sangka.

Wednesday, September 14, 2011

PENDAFTARAN KURSUS CENDAWAN PADA 25HB INI MASIH DI BUKA

KEPADA PESERTA YANG BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN.PENDAFTARAN MASIH DI BUKA.HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PENDAFTARAN.YURAN RM250,SIJIL PENYERTAAN DI SEDIAKAN DAN SEBAGAINYA. ( 0137501589 )

Thursday, September 8, 2011

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 25/9/2011, AHAD

KEPADA SIAPA-SIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN KURSUS.MASIH DI BUKA KEPADA YANG BERMINAT.HUBUNGI 0137501589.YURAN PENDAFTARAN RM250.SIJIL PENYERTAAN DI BERIKAN,KIT TANAMAN CENDAWAN,NOTA DAN VCD SERTA MAKAN MINUM DI SEDIAKAN SEPANJANG KURSUS.

Tuesday, August 2, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN

SAIFULAM AGRO FARM MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI KAMI.SEMOGA KEDATANGAN BULAN RAMADAN INI AKAN MEMBERIKAN SERIBU MAKNA UNTUK KITA BERSAMA-SAMA MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAH KEPADA ALLAH DAN DI AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN YANG LEPAS.AMIN...

Cendawan Seri Pagi ataupun Cendawan Perut Lembu

Clitocybe sp

Gambar diatas adalah Cendawan Seri Pagi dan dulu dikenali sebagai Cendawan Perut Lembu. Oleh kerana nama lamanya memberikan reaksi yang negatif, Persatuan Cendawan Malaysia sepakat untuk memanggil cendawan ini sebagai Cendawan Seri Pagi.

Nama saintifik bagi cendawan ini adalah Clitocybe sp. Terdapat ratusan spesis daripada genus Clitocybe tetapi yang boleh dimakan hanya beberapa spesis.

Yang terdapat di Nas Agro samada Clitocybe maxima atau Clitocybe gigantea (Leucopaxillus giganteus), merupakan salah satu spesis yang boleh dimakan dan enak rasanya. Semasa mempromosi cendawan ini di Putrajaya ramai yang menyatakan cendawan ini rasanya seperti sotong, udang dan cendawan busut. Oleh kerana sifatnya yang tidak menyerap air seperti Cendawan Tiram Kelabu, ia amat sesuai untuk di olah menjadi produk hiliran. Kerana sifatnya itu juga membolehkannya dimasak rendang.

Penanamannya amat mudah kerana menggunakan formulasi seperti media Cendawan Tiram Kelabu dan ketahanannya terhadap penyakit terutama kulat hijau, Trichoderma, amat tinggi kerana boleh dikatakan hampir 0% kerosakan.

Primordia cendawan Seri Pagi

Cendawan yang tumbuh pada media benih (spawn) yang tidak sempat dipindahkan.

Cendawan Seri Pagi yang sedang berkembang. Kalau diperhatikan pada bucu kiri sebelah atas gambar kelihatan seperti primordia cendawan telah diserang kulat hijau. Serangan kulat hijau tersebut tidak memberi apa-apa kesan kepada pertumbuhan cendawan. Malah beg tersebut dan beg-beg sekeliling tidak dijangkiti kulat hijau tersebut.

Cendawan yang matang dibungkus dan buat masa ini harganya RM20.00/kg.

Cendawan ini dikatakan mengandungi kompaun bioaktif clitocine yang menjalankan aktiviti antibiotik terhadap beberapa bakteria yang merbahaya kepada manusia seperti Bacillus cereus dan Bacillus subtilis (Müller-Stoll WR (1990), Barros L, Baptista P, Estevinho LM, Ferreira CFR (2007)). Kajian awal (1945) mendapati cendawan ini mempunyai aktiviti antibiotik terhadap Mycobacterium tuberculosis, Salmonella typhi dan Brucea abortus (Hollande AC (1945)). Clitocine juga didapati merangsang apoptosis (kematian sel) terhadap sel kanser manusia (Ren G, Zhao YP, Yang L, Fu CX (April 2008)). Di bawah penyeliaan Prof Dr Vikineswary, Universiti Malaya, kajian terhadap cendawan ini sedang dijalankan; perlindungan DNA, sel dan hati, dan aktiviti antioksidan dan anti radang.

sumber : Nas Agro Farm

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0: Kebenaran sentiasa atasi kekejaman

Penganjur BERSIH 2.0 petang semalam mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.

bersih rally petaling street 090711Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.

Secara ringkas berikut adalah “harga” yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
  • 1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat.
  • NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau menerima rawatan di Hospital Pantai. Anaknya Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari.
  • Turut cedera ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
  • Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presidennya, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar.
  • Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, RSivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP).

Harga murah

Namun harga itu dianggap “murah” berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0.

NONEPerkara paling memberangsangkan adalah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India, menjadikan BERSIH sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.

Kehadiran mereka membuktikan “kuasa rakyat” masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun.

“Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman,” kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

NONEBeberapa “adegan-adegan” BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini.

Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu.

Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi 'Negaraku' di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis.

Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Pancutan air berkimia dan bau gas pemedih mata pula akan menandakan 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya adil dan telus.

BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.

Wajah sebenar Najib

Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.

azlanWajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan BERSIH sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .

NONEJusteru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.

BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.

Negara diktator

Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.

NONEWalaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.

Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?

NONEInilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.

Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.

Kesetiaan kepada Raja?

Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.

NONENamun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi.

Seperti mana kata Ambiga “kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman.”