Saturday, June 21, 2008

Jualan Beg Media Cendawan Tiram Kelabu


Siapa-siapa pengusaha cendawan yang sedang merancang hendak membeli beg media cendawan tiram kelabu boleh mendapatkan melalui saya..stok sedia ada terlalu banyak.Berminat untuk membuat projek cendawan secara menjaga sahaja boleh dapatkan dengan segera.Tak kisah berapa banyak pun.....Hubungi AM-0137501589
Harga bawah kuantiti 2000beg Rm1.30,kuantiti 4000beg kebawah RM1.20,kuantiti 6000beg kebawah RM1.10.....Tempahan dibuat 2-3minggu sebelum pengambilan beg media...Kualiti beg terjamin baik tanpa sebarang kerosakan.


Tuesday, June 17, 2008

Gambar Semasa Kursus 7-8/06/08 dan 15/06/08

Terima kasih kepada semua peserta kursus pada bulan Jun ini.Semoga selepas ini akan bertambah lagi pengusaha-pengusaha yang baru.Antara gambar-gambar yang di ambil..tak sempat nak ambil gambar semasa aktiviti yang lain.Maklumlah tak siapa yang membantu..

kerja-kerja hampir siap....
bertungkus lumus menyiapkan beg media...
salah seorang peserta wanita tengah memampatkan beg media...
tengah baging beg media....

aktiviti main habuk.....hehehe..

Wednesday, June 11, 2008

Peserta kursus yang bersemangat..

7-8/06/08 tempohari telah tamat kursus cendawan tiram kelabu sesi ke-2 selama 2 hari.Kehadiran seramai 9 orang peserta yang hadir dengan penuh bersemangat untuk mempelajari teknik penanaman cendawan tiram kelabu.Dengan permintaan ramai peserta yang inginkan kursus selama sehari dibuat.Saya akan mengadakan kursus sehari pada 15/06/08 ini diatas permintaan ramai peserta-peserta yang berminat dalam perusahaan ini.Kepada peserta pertama pada bulan 4 tempohari..Sijil penyertaan telah siap.Minta maaf atas kelewatan tersebut.Kepada yang belum mendapat sijil kursus penyertaan boleh hubungi saya dan memberikan alamat.Saya akan mengepos sijil anda dengan secepat mungkin...

Friday, June 6, 2008

Kenaikan minyak amat membebankan..

semenjak pengumuman kenaikkan minyak tempohari amat-amat di rasakan..selama nie pergi kerja naik kereta.Dengan perjalanan 35km dari rumah di Benut,Pontian sampai ke Pt.Raja,Batu Pahat.Nasib baik lah mengunakan kereta kancil..itu kelebihan siapa-siapa mengunakan kereta kancil ada sedikit jimat.Selepas ini terpaksalah naik motor wave 100cc yang dah lama simpan kat rumah itu.Nak taknak,kene juga naik motor..Inilah satu-satu cara nak menjimatkan kos sara hidup yang amat tinggi.

Kesan kenaikkan harga minyak juga akan memberi kesan kepada sektor pertanian.Khusus nye pengusaha cendawan macam saya dan rakan-rakan lain.Kos pengangkutan nak kene kira juga..bahan-bahan untuk membuat media pun dah naik melambung contoh macam plastik PP dulu boleh dapat dengan harga rm7.50 1kg sekarang rm8.50,dedak gandum dulu rm35.00 sekarang rm45.00,cap dan ring dulu 15sen sekarang dah 17sen,kapur pertanian jenis Lime dulu rm10.00 perbeg sekarang rm15.00.Kos-kos lain perlu diambil kira juga..Harga Gas pun dah naik rm5.00 setiap tong dulu rm25.00 sekarang rm30.00.Nak taknak kene juga dinaikkan harga cendawan n jualan beg media..Ini lah kesan akibat kenaikan minyak secara mendadak 78sen kenaikan minyak negara.Diharap kerajaan dapat mengkaji semula kenaikan harga minyak ini supaya tidak membebankan golongan berpendapatan rendah terutama penduduk kampung yang bekerja sebagai petani.

Paling mengecewakan sikap pemimpin yang mengambil jalan mudah untuk membandingkan harga dengan negara-negara asean.Sedangkan negara-negara yang dibandingkan bukan negara pengeluar minyak dunia.Malaysia dan brunei adalah pengeluar minyak dunia..ambil contoh brunei harga minyak rm1.20 seliter dibandingkan dengan Malaysia rm2.70 seliter perbezaan sebanyak rm1.50 seliter..Mengapa taknak dibandingkan dengan negara brunei.Hanya membandingkan harga singapore,thailand dan indonesia.Thailand minyak mahal tapi tiada bayaran tol kepada pengguna lebuhraya.Apa yang diharapakan supaya kerajaan mengambil sikap menang dan menang supaya rakyat dapat menikmati sumber keuntungan negara secara berkesan..fikir-fikirkan lah.

Tuesday, June 3, 2008

Pengusaha Cendawan Gagal Tembusi Pasar Raya Besar

Oleh hasnurul mohamed

SERDANG 3 Jun - Bukan mudah bagi pengusaha cendawan tiram kelabu, Zainon Ariffin, untuk memasarkan hasil tanamannya itu ke mana-mana pasar raya besar di Selangor.
Secara terus-terang, dia memberitahu, pernah cuba untuk memasarkan hasil tanamannya itu ke pasar raya Giant.
''Apabila berbincang dengan pihak pengurusan Giant, dia menyebut tentang 'rebat'. Katanya kepada saya, Giant akan mengenakan rebat ke atas produk saya.
''Saya pula tidak begitu faham dengan apakah yang dimaksudkannya itu. Apa yang saya tahu, kalau ditolak rebat, saya tiada untung. Jadi, saya batalkan sahaja niat nak tembusi pasaran Giant,'' katanya ketika ditemui di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang di sini baru-baru ini.
Sebagai Pengarah Urusan Genting Permai Resources, Zainon pernah juga cuba untuk memasuki pasaran Jaya Jusco tetapi syarat yang diletakkan agak membebankan.
Ini kerana, katanya, pasar raya besar di seluruh negara mahu pengeluaran cendawan dilakukan secara besar-besaran.
''Mereka mahu kita tanam dan hasilkan dalam jumlah yang besar kerana tidak mahu bekalan cendawan itu terputus.
''Malangnya, penanam cendawan berada di merata tempat dan lokasi mereka yang jauh serta pengangkutan yang mengambil masa menyebabkan tempoh hayat cendawan itu tidak mampu bertahan lama,'' katanya.
Justeru, katanya, agak sukar baginya untuk memasarkan cendawan segar ke pasar raya besar.
Beliau menambah, sebagai pengusaha kecil dalam bidang pertanian, dia turut cuba membantu penanam cendawan lain untuk memasarkan hasil pertanian.
Sehubungan itu, katanya, dia bertindak sebagai 'pemborong' dan terpaksa pula menjual cendawan melalui orang tengah.
''Masalahnya, apabila kita menggunakan orang tengah untuk menjual hasil tanaman ini, harganya tidak menentu,'' katanya.
Dia memberitahu, orang tengah akan membeli cendawan pada harga RM7 satu kilogram (kg) manakala jika dapat dijual terus kepada peruncit, harganya ialah RM13 satu kg.
Oleh itu, dia berkata, penanam cendawan tempatan pasti boleh memasuki pasaran pasar raya besar di seluruh negara sekiranya ada satu ketua pasukan yang boleh menawarkan perladangan secara kontrak kepada para penanam cendawan.