Tuesday, March 28, 2017

Gambar Peserta Kursus Keusahawanan Cendawan Pada 25 Mac 2017 (Sabtu) Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Pontian, Johor.

Memberikan kursus keusahawanan cendawan pada sabtu lepas. Seramai 10peserta yang hadir dan seorang peserta menunda ke bulan hadapan, ada peserta kecil yang menemani ibu dan ayahnya dari Johor Bharu.Peserta paling jauh bulan ini dari Kuala Selangor. Moga ilmu yang di berikan dapat memberikan menafaat berguna buat kalian. Tahniah !

Friday, March 24, 2017

Memantau Projek Cendawan Peserta Kursus dan Pembeli Bongkah Dari Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan)

Memantau projek cendawan Puan Halilati Ali di Parit Besar, Rengit Batu Pahat pada 21 Mac 2017. Beliau membeli bongkah cendawan dari kami. Tiada basic dalam projek cendawan. Alhamdulillah sudah 200kg lebih tuaian yang beliau telah jual dari hasil penjagaannya di bawah pantauan saya serta Melawat & Memantau perjalanan projek cendawan bekas peserta kursus kami pada Disember 2016, Aidah Bt Samin dari Ayer Baloi Pontian sebentar tadi. Beliau telah menjalankan projek cendawannya. Ingin menjadi usahawanita seperti mereka sila hubungi saya dan whatsap 0137501589 kami sedia membimbing anda semua. Tahniah & Moga berjaya !

Melawat Projek Cendawan Bekas Peserta Kursus Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Di Kota Tinggi Johor.

Melawat projek cendawan Ruhaizad di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi pada 15 mac 2017. Beliau merupakan peserta kursus saya tahun lepas. Antara projek beliau tahun ini. Rumah cendawan lebih kurang 100kaki x 30kaki kos hampir Rm20,000.00. Moga kejayaan iringi anda !

Lawatan Oleh Siswa & Siswi Dari Fakulti Kimia Industri Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skuda Ke Projek Cendawan Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Pontian Johor.

Lawatan Kerja oleh Siswa & Siswi iaitu Cik Haida (Grik Perak), Saudara Enendy (Kudat Sabah), Cik Shafirah (Rantau Panjang Kelantan), Cik Ainul (Skudai JB) & Cik Aishah (Ayer Baloi, Pontian) dari Jurusan Ijazah Fakulti Kimia Industri, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai pada 5 Mac 2017. Memberikan taklimat keusahawanan cendawan dan menceritakan pengalaman dalam bidang di ceburi.

Lawatan Ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat.

Memberikan nasihat dan melawat Projek inovasi kawalan suhu dalam rumah cendawan oleh Siswa Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat bersama Pensyarah beliau, Puan Hanani di UTHM pada 7 Mac 2017. Cukup teruja hadir ke UTHM kali ini kerana saya juga merupakan Bekas Staf di UTHM dari Tahun 2004 - 2011 pernah menabur bakti sebagai staf sokongan di Pejabat Pengurusan Akademi dan Pejabat Pendaftar.

Lawatan Oleh Siswi Sarjana Muda Sains (Matematik Industri) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Ke Projek Cendawan Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Pontian Johor.

Lawatan oleh Siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dari Sarjana Muda Sains (Matematik Industri) Fakulti Sains ke Projek cendawan kami pada 16 Mac 2017. Nur Amelene Aqilah (Bachok Kelantan), Nor Fitrah (Kuala Lumpur), Nur Aqilah (Alor Gajah Melaka), Nik Fazera (Shah Alam, Selangor) dan Nor Syazmin (Kuala Terengganu) sedang memasukan media cendawan ke dalam plastik PP. Moga ilmu yang diberikan memberi menafaat berguna pada kalian ! Tahniah.

Mencari Ilmu Baru Dalam Projek Cendawan Milky @ Cendawan Melati

Usai berkursus cendawan milky @ melati di Sungai Besar Selangor. Penyampaian sijil di sampaikan oleh YB Budiman Bin Mohd Zohdi (Ahli Parlimen & Adun). Hadir mengali ilmu baru dalam projek cendawan pada 19 Mac 2017. Sebelah petang pula bersama YB Ng Suee Lim (Adun Sekinchan Selangor), sambil promosi cendawan milky @ cendawan melati kepada beliau. Boleh di jadikan produk terbaru di sekinchan ujar YB Sekinchan. Inilah antara projek terbaru kami di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) selepas Aidilfitri tahun ini.

Thursday, March 2, 2017

Jom Daftar....!!! Kursus Penanaman Cendawan 25 MAC 2017 (SABTU). Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY@TELINGA KERA & SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 25 MAC 2017 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 60.00 - Rm200.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (SIFU CENDAWAN) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Jualan Bongkah Cendawan Oleh Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Sepanjang Bulan Februari 2017.

Jaualan Bongkah Cendawan Sepanjang februari 2017 penghantaran ke Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi sebanyak 2000bongkah buat Encik Helmi, penghantaran 2000bongkah cendawan ke Felda Tunggal, Pengerang. Saudara Adam dan adik ipar beliau merupakan peserta kursus saya tahun lepas. Saudara Uddin dari Parit Ismail Benut membeli 1000 bongkah cendawan bulan februari. Mohd Hafidz dan Isteri membeli 250bongkah cendawan di farm kami, beliau merupakan peserta kursus Januari 2017. 1000bongkah kepada Saudara Amin di Johor Bharu.

Peserta Kursus Cendawan Februari 2017 Paling Jauh Hadir Ke Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Pontian, Johor.

Nur Amira Zaidat umur 24tahun dari Ipoh Timur, Perak antara peserta kursus saya paling jauh semalam memandu seorang ke farm kami. Di tanya kenapa datang jauh-jauh nak kursus di farm saya (Pontian Johor) jawabnya semangat nak belajar cepat dan tak kira berapa jauh pun, ada kursus berdekatan tapi tarikh kursus lambat lagi dan nak belajar teknik tanam cendawan dengan segera ujar beliau dan antara Peserta paling jauh menyertai kursus cendawan di farm saya tadi iaitu Muhammad Anuar dari Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Hadir menaiki motorsikal ke Pontian Johor. Semangat cukup luar biasa, datang ingin mencari ilmu dalam keusahawanan cendawan. Moga anda akan menjadi usahawan berjaya ! Tahniah, anda memang luar biasa !

Gambar Peserta Kursus Cendawan Di Saifulam Agro Farm, Pontian, Johor Bulan Februari 2017

Peserta Kursus Cendawan di Saifulam Agro Farm Februari 2017. Ada yang hadir dari Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Peserta kursus di berikan cara-cara bagaimana menyediakan media cendawan, teknik kukusan media, memasukkan benih cendawan,teknik penjagaan dan teknik pemasaran. Antara kursus praktikal yang kami berikan hari pada 25 Februari 2017 di Saifulam Agro Farm, Benut,Pontian, Johor. Moga ilmu yang diberikan memberi menafaat berguna.