Sunday, May 31, 2015

DAFTAR SEGERA - KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 14 JUN 2015 (AHAD) DI SAIFULAM AGRO FARM,BENUT,PONTIAN,JOHOR.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 14 / 6 / 2015 (Ahad) di Projek Cendawan Pontian (Saifulam Agro Farm).Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm10.00 - Rm15.00 sekilo. - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Projek Cendawan Pontian (Saifulam Agro Farm) ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah "

Alhamdulillah Saifulam Agro Farm Terpilih Ke Final Business Pitch Perfect Johor 2015 Sempena Gerak Usahawan.

Alhamdulillah terpilih sebagai Finalis dalam sesi pembentangan idea Perniagaan pasti Projek Penanaman Cendawan kepada Panel baru-baru ini.6 Finalis Program Business Pitch Perfect Johor 2015 bersama Pegawai Gerak Usahawan serta panel.Di sebelah saya Selebriti dan Usahawan berjaya Serina Redzwuan sempena Karnival Gerak Usahawan di Plaza Angsana.Di rasmikan oleh Dato Seri Khalid Nordin (Menteri Besar Johor) & Dato Seri Mustafa Mohamad.

Gambar Peserta Kursus Pada 30 Mei 2015 Di Saifulam Agro Farm.

Peserta Kursus Penanaman Cendawan Di Saifulam Agro Farm Pada 30 Mei 2015.

Tahniah kepada kesemua peserta Kursus Penanaman Cendawan pada 30 Mei 2015 (Sabtu) di Saifulam Agro Farm (Pontian) .Semoga ilmu yang saya berikan dapat memberikan menafaat berguna untuk menjadi usahawan cendawan.Kipidap...!!!

Monday, May 25, 2015

Temubual Oleh Mahasiswi UTM Skudai Berkaitan Keusahawanan Penanaman Cendawan Di Saifulam Agro Farm.

Selesai di temubual oleh Mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.Alhamdulillah banyak pengamalan di kongsikan kepada mereka.Moga memberi menafaat berguna dan berjaya menyiapkan kerja-kerja akhir semester mereka.

Mahasiswi UTM Skudai Membantu Penyediaan Media Cendawan Di Saifulam Agro Farm (Pontian).

Cik Anisah The Geng (Mahasiswi UTM Skudai) hadir memantau projek semester akhirnya berkaitan Penanaman Cendawan di Projek cendawan saya (Saifulam Agro Farm) sebentar tadi.Sempat juga mereka membantu memasukkan media cendawan dalam Plastik PP.Moga berjaya,

Beg Media Tandan Kelapa Sawit Mengeluarkan hasil Cendawan.

Beg Media cendawan dari tandan kelapa sawit mengeluarkan hasilnya.Penyelidikan dari Cik Anisah Holan - Mahasiswi UTM,Skudai kerjasama Saifulam Agro Farm (Pontian).

Jualan 500 Bongkah Cendawan Matang

500bongkah cendawan matang di beli oleh En Md Amin dari Pontian pada sabtu lepas.

Saifulam Agro Farm Menerima Tempahan Mesin Mixer Di Kemaman,Terengganu.

Alhamdulillah Saifulam Agro Farm mendapat tempahan Mesin Mixer kapasiti 150kg.Penghantaran pada hari ini ke lokasi tempahan.Pengusaha cendawan di Kemaman,Terengganu.Tahniah Mohd Azrul Azman Ngah atas pembelian mesin mixer ini.Moga projek cendawan akan terus maju.

PENGUSAHA CENDAWAN DAERAH PONTIAN MENYERTAI KURSUS CENDAWAN ANJURAN PEJABAT PERTANIAN PONTIAN.

Menghadiri Kursus Berkaitan cendawan oleh Jabatan Pertanian Pontian.Di hadiri hampir 30peserta kebanyakkan adalah pengusaha cendawan di daerah Pontian.Alhamdulillah :)