Sunday, November 29, 2015

Lawatan Prof Madya.Dr Dayang Norhayati Bte Abang Jawawi Dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skuda Ke Saifulam Agro farm.

Kami menerima lawatan Prof.Madya Dr Dayang Norhayati Bte Abang Jawawi & Pelajar dari Faculty Of Computing, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai baru-baru ini di Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) bertempat Kampung Parit Hassan,Benut,Pontian,Johor.Membincangkan Projek usahasama bersama UTM berkaitan Projek Cendawan.Terima kasih atas cadangan & kerjasama.

Saudara Mok Dari Felda Lok Heng,Kota Tinggi Membeli Bongkah Cendawan Matang Dari Saifulam Agro Farm.

Saudara Mok dari Felda Lok Heng,Kota tinggi membeli 200bongkah cendawan pagi tadi.Minggu lepas beliau baru membeli 100bongkah.Kepada yang berminat nak dapatkan bongkah cendawan matang sila whatsap @ hubungi 0137501589.

Stok Baru Sekam Padi Sebanyak 1.5tan Di Saifulam Agro Farm.

Stok baru sampai di Projek Cendawan Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) sebentar tadi.Sekam padi sebanyak 1.5tan merupakan bahan untuk membuat media cendawan selain habuk kayu getah & Kapur Pertanian.

Bongkah Cendawan Matang Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Beli Oleh Peniaga Dari Felda Lok Heng.

Ini kali ketiga Encik Mohd Noh dari Felda Lok Heng, Kota tinggi datang membeli bongkah cendawan matang dari kami semalam.Faktor permintaan cendawan yang tinggi beliau akan menambahkan lagi pembelian bongkah serta membesarkan projeknya di Felda Lok Heng.Beliau juga mempunyai kedai runcit di felda tersebut dengan setiap kali jualan sebanyak 15kg sehari permintaan.Tahniah...!!!

Tahniah - Bekas Peserta Kursus Cendawan Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Menjuarai Program Astro Bella "Jom Kurus".

Tahniah buat Yana kerana menJuarai Program Astro Bella "Jom Kurus" yang telah meraih hadiah wang tunai RM20 ribu.Beliau pernah menyertai kursus Penanaman Cendawan Anjuran saya di Sifu Cendawan (Saifulam Agro Farm) pada bulan Mac 2015.Moga cita-cita untuk melebarkan lagi sayap perniagaannya yang dibuat secara kecil-kecilan berjaya.

Saturday, November 21, 2015

710 Bongkah Cendawan Dari Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Di Beli.

Saudara Zaki dari Kempas,Johor Bharu membeli 710bongkah cendawan matang dari kami sebentar tadi.Semoga cendawan mengeluarkan hasil yang banyak.

Gambar Peserta Kursus Penanaman Cendawan Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Pada 14 November 2015.

Memberikan taklimat & kursus penanaman cendawan di Saifulam Agro Farm pada 14 November 2015. Tahniah buat 6peserta yang hadir termasuk dari 2peserta kedah yang datang dari jauh untuk mempelajari teknik penanaman.

Antara Hasil Cendawan Dari Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Sepanjang Minggu Ini.

Hasil cendawan sepanjang minggu ini.Ini antara hasil-hasilnya dari Saifulam Agro Farm.Kualiti bongkah yang terbaik dan benihnya mengeluarkan cendawan yang banyak.Berminat untuk membeli bongkah cendawan sila call @ whatsap kami - 0137501589.

MAKLUMAN : Pertukaran Nama Fan Page Saifulam Agro Farm.

PERTUKARAN NAMA FAN PAGE FACEBOOK : Projek Cendawan Pontian (Saifulam Agro Farm) kepada Sifu Cendawan. Terima Kasih kepada semua yang menyokong Industri Cendawan.

Sunday, November 8, 2015

Antara Kejayaan Usahawan Cendawan Dari Bimbingan Saifulam Agro Farm.

Saudara Akmal dari Kluang membeli 1200 bongkah dari Projek Cendawan saya minggu lepas telah menuai hasilnya semalam.Buka 500bongkah dengan kutipan 25kg cendawan segar.Beliau antara peserta kursus yang kami anjurkan dan kini telah menjalankan projek sendiri.Berminat menambah pendapatan boleh hubungi 0137501589 (Saifulam Agro Farm).

Tamat Latihan Industri Oleh Pelajar Kolej Komuniti Rembau Di Saifulam Agro Farm.

Terima kasih buat Syafiq,Awar & Iqmal,Sijil Teknologi Pertanian dari Kolej komuniti Rembau yang telah menamatkan Latihan Praktikal di Projek Cendawan Saifulam Agro Farm.Lebih 4bulan mereka menjalani latihan di sini.Segala ilmu yang saya berikan kepada kalian akan dapat memberi menafaat berguna.Moga berjaya menjadi usahawan suatu hari nanti.

Hidayah & Keluarganya Berkursus Secara Personal Di Projek Cendawan Saifulam Agro Farm.

Kagum dengan semangat Hidayah dari Kemunting,Perak bersama keluarganya hadir ke Projek cendawan saya di Pontian hanya mahu menambah ilmu pasal cendawan hari ini.Walaupun pernah berkursus sebelum ini di Perak.Moga berjaya hidayah dan selamat sampai ke Perak.