Monday, August 1, 2022

DAFTAR SEGARA ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 27 OGOS 2022 (SABTU) DI LADANG CENDAWAN BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 27 OGOS 2022 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

CENDAWAN NANAS Mendapat Kedudukan EMAS Di Pembentangan Inovasi Petani Anjuran Jabatan Pertanian Johor.

Alhamdulillah pembentangan Inovasi Petani bagi produk Pra-Pengkomersialan Medium Tanaman Cendawan dari sisa Nanas mendapat kedudukan EMAS (Pertama) Jabatan Pertanian Negeri Johor. Jumpa kami di MAHA 2022 bulan Ogos ini ! #cendawannanas #maha2022 #cendawan #sifucendawan

Di Road To Maha Johor 2022 Di Plaza Angsana Johor Bharu.

Bersama Tuan Mokthar @ Siffu Mushroom di booth beliau dR.Kulat's sempena program Road To Maha 2022 bertempat Plaza Angsana JB. Beliau merupakan peserta kursus cendawan kami pada tahun 2017. Projek keusahawanan beliau terus berkembang maju bukan hanya jualan dari cendawan segar dan bongkah cendawan. Kini menghasilkan produk hiliran daripada cendawan. Tahniah sahabatku 👍💪🔥. Moga terus maju ! #maha2022 #roadtomaha

Bongkah Cendawan Expired Masih Keluarkan Hasil Cendawan Tiram Kelabu.

Bongkah cendawan dah usia lebih 9 bulan dan dah expired masa untuk buang sahaja. Rezeki 3 - 4 hari ini musim hujan di Benut. Cendawan keluar lain macam dari bongkah yang nak di buang. Alhamdulillah ! #cendawanjohor #cendawantiramkelabu

Gambar Peserta Kursus Cendawan Secara Praktikal 30 Julai 2022 Di Ladang Cendawan Benut, Pontian.

Gambar kursus cendawan secara praktikal di ladang kami. Insyallah kursus seterusnya pada akhir bulan 27 Ogos 2022. Berminat menjadi usahawan cendawan dan di bimbing oleh kami ? Segala pertanyaan sila hubungi - 0137501589 (Saiful). #kursuscendawanjulai2022 #kursuscendawanjohor