Tuesday, February 25, 2020

Jom Daftar Segera !!! Kursus Penanaman Cendawan 14 MAC 2020 (SABTU). Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 14 MAC 2020 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 60.00 - Rm200.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (Sifu Cendawan) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Di Amanahkan Sebagai Mentor Cendawan Untuk Program AGRIPRENTICE 2020 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Tahniah kepada semua Agriprentice Roadshow Agropreneur 2020. Di amanahkan sebagai MENTOR CENDAWAN di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP) dan memberikan taklimat kepada hampir 200 peserta peladang muda seluruh Negeri Johor di Hotel Amansari Pengerang. Semoga usaha melahirkan petani dan peladang muda serta mendukung Dasar Agromakanan Negara dapat dicapai dengan jayanya.

Lawatan AJP NAFAS & Pegawai LPP Serta PPK Ke Ladang Cendawan Benut Pontian.

Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, YB Senator Dr. Yaakob Sapari mengadakan lawatan kerja ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut dan PPK Ayer Baloi, Selasa lalu bagi meninjau projek pertanian yang dilaksanakan ahli-ahli peladang di dua kawasan tersebut. Beliau turut hadir ke ladang cendawan kami di Parit Hassan Benut. Turut serta dalam lawatan itu YB Senator Datuk Isa Hamid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Ramli Abd Hamid , AJP Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Johor dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Muda Negeri Johor, Mohd Adam Abd Rahim. Hadir sama Pegawai Peladang Daerah Pontian Kluang, Ahmad Rahim Senawi, Pengurus Besar PPK Benut, Abd Jalil Elias, Penghulu Mukim Ayer Baloi, Azrul Ibrahim dan Pengurus Besar PPK Ayer Baloi, Azman Kadir.

Memantau Projek Sekolah Dan Membuat Penghantaran Bongkah Cendawan.

Bersama guru & pelajar dan memantau projek cendawan serta menghantar tempahan baru 200bongkah cendawan dengan memberikan khidmat nasihat & mengajar teknik tuai hasil cendawan kepada Guru & Pelajar di Sekolah Kebangsaan Benut Pontian. Alhamdulillah bongkah cendawan mengeluarkan hasil yang cantik walaupun sudah 4kali pengeluaran. Untuk mendapatkan bongkah cendawan berkualiti dari kami sila hubungi - 0137501589 (Saiful Amri).

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Felda Lok Heng Kota Tinggi.

Membuat penghantaran 1000bongkah cendawan kepada Encik Safee Ismail di Felda Lok Heng Kota Tinggi jam 11.00 malam pada 12 Februari lepas. Berminat mendapatkan bongkah cendawan sila hubungi kami - 0137501589. #sifucendawan

Penghantaran Bongkah Cendawan Buat Dua Sekolah.

Membuat penghantaran kedua 300 bongkah cendawan ke Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada 16 februari 2020. Penghantaran pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kerang Pontian. Rezeki bertani !

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke SMK Datuk Pengawa Barat Pontian.

Usai membuat penghantaran bongkah cendawan ke SMK.Datuk Pengawa Barat sebentar tadi. Tahun lepas sekolah ini menjadi tuan rumah untuk Majlis Pelancaran program MyGreen Team yang di rasmikan oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Serta beberapa minggu lepas sekolah ini bersiaran langsung di Selamat Pagi Malaysia RTM memperkenalkan produk baru iaitu ikan laga yang di usahakan sekolah. Dengan adanya program MyGreenTeam, guru-guru dan pelajar-pelajar digalakkan menggunakan ruang di sekolah dengan mengusahakan tanaman yang bersesuaian dan hasilnya boleh terus dimakan atau dijual bagi menjana pendapatan tabung sekolah. Tahniah Cikgu Amin antara pengerak utama sekolah serta guru-guru dan para pelajar yang menjayakan projek.