Thursday, January 29, 2009

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU BERTEKNOLOGI BIO-PLANT DAN CUKA 28.02.2009 , SABTU

ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 28/02/09 SABTU
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
YURAN : RM200


-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA


(UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489)

Cerita semalam

Kesempatan cuti semalam tidak dilepaskan untuk ke Jabatan Pertanian Kawasan untuk bertanyakan respon tentang peruntukkan yang dijanjikan oleh pihak tersebut.Respon dari pegawai mengatakan peruntukkan saya untuk mendapatkan pondok cendawan bergantung kepada Negeri.Katanya untuk tahun 2009 ini akan diberikan kepada 5 pengusaha cendawan.Entahlah saya dapat ataupun tidak.Harap-harap dapat lah bantuan tu..tapi yang meyakinkan,beliau mengatakan projek tanaman cendawan saya adalah pilihan utama untuk mendapat peruntukkan tersebut.Semoga janji dan lawatan yang telah dibuat oleh Jabatan Pertanian ke farm akan memberikan jawapan positif dari Negeri.Kalau tiada aral melintang peruntukkan pondok akan diberikan pada bulan 6 selewat-lewat nya...sekadar itu lah cerita semalam.

Tuesday, January 27, 2009

Lawatan Para Pelajar UiTM,Segamat,Johor

Para pelajar UiTM tersebut

Tengah tengok beg media yang mengeluarkan hasil..

Bapa kepada salah seorang pelajar tersebut

Sedikit jamuan selepas memberikan taklimat mengenai potensi tanaman cendawan

- Terima kasih di ucapkan kepada para pelajar UiTM,Segamat yang sudi hadir ke farm.Walaupun saya baru balik dari kuala terengganu pada pukul 6pagi tapi sempat juga meluangkan masa untuk mereka.Tujuan para pelajar terbabit adalah untuk menyiapkan projek semester terakhir beliau.Ini adalah lawatan kedua dari para pelajar IPTA.Sebelum ini dari pelajar UTM.Di harap para pelajar tersebut akan menyiapkan kerja-kerja akhir mereka dengan jayanya.

Lawatan Ke Kg.Paloh,Kuala Terengganu

Saudara Lutfi sedang memotong kayu api untuk mengukus beg media

Pekerja-pekerja di kalangan remaja yang berkerja di sini

Pondok baru yang telah disiapkan sendiri oleh lutfi

Ini lah kawasan tapak projek cendawan beliau,jalan pun bertar..penangan pilihan raya kecil disitu.Macam peruntukkan dapat.Ini lah hasilnya..

Singboard yang baru diletakkan kerana kedatangan Menteri Pertanian disini..

- Kesempatan balik ke kampung di kuala terengganu pada hari jumaat lepas pasti saya akan hadir ke pengusaha cendawan di kampung Paloh,Kuala Terengganu.Lain macam rasanya kalau tak menjenguk ke kawasan tersebut..hehe.Tahun lepas sempat juga ke sana..tapi keadaan farm beliau tidak tersusun seperti gambar diatas.Ini kerana Pilihan Raya Kecil di tempat beliau semua keadaan berubah sekelip mata.Untung nya ada pilihan raya kecil kan...hehe.Apa-apa pun tahniah kepada Saudara Lutfi atas segala usaha beliau untuk memajukkan sektor tanaman cendawan ini.Kalau balik kampung lagi lepas ini pasti akan sentiasa ada perubahan di farm beliau..Selamat maju jaya.




Sunday, January 18, 2009

Suasana Farm

Ini lah stok dedak padi yang baru sampai dari kelantan..

Media yang telah di gaul,boleh dapat dalam 400beg nie..

Beg media yang telah disuntik,tapi takde ruang nak letak..terpaksa ler susun mcm nie.


- Keadaan memang tak terurus dan bersepah,tak sempat nak kemas dan sebagai nya.So terpaksa longgok kesemua nya bahan seperti dedak,beg media dan lain-lain.Ini kerana kerja-kerja pembesaran pondok cendawan saiz 40x25 sedang dibuat dan pembinaan tempat habuk di lakukan.InsyaAllah pondok cendawan dan habuk akan siap selewat-lewat nya minggu pertama bulan 2 ini.Modal sudah ada tinggal kerja-kerja sahaja di jalankan..



Tuesday, January 13, 2009

Lawatan ke rumah Uncle Tian pengasas benih TB2

Gambar mesin bagging

Uncle menunjukkan mesin yang digunakan

Teknik membagging yang betul,seminit boleh dapat dalam 2-3beg media


Semalam 13/01/09 sempat ke teratak unclu tian pengasas benih tiram Tb2.Macam-macam bincang dengan dia untuk memudahkan teknik penanaman cendawan nie.Antara nya ini mesin yang memudahkan kerja membagging beg media.Masa perbualan dengan uncle,katanya mesin nie boleh menghasilkan 2-3beg yang siap dipadatkan dan siap memasukkan cap,neck ke plastik pp.Memang mudah..sempat juga cadangkan pada uncle supaya mesin ini auto habuk media masuk terus ke dalam plastik dan tak perlu manual letak habuk baru mesia memadatkan.Kalu boleh biar terus sekali jalan..hehe.Respon dari uncle pun mengatakan ia memang dalam fikiran nya.Tak lama lagi mesin ini pasti akan bertukar wajah pula..tunggu.

Gambar Kursus 10.01.09 , Sabtu

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta kursus kerana sudi hadir mempelajari teknik penanaman cendawan berteknologi Bio-Plant dengan jaya nya.Semoga kehadiran rakan-rakan sekalian akan menambahkan lagi dan melahirkan usahawan tani yang berjaya.Kursus kali ini amat bertuah kerana Dato'Zaini pengasas Bio-Plant turut hadir memberikan taklimat mengenai teknik pengunaan Bio-Plant untuk sektor cendawan dan pertanian am nya.Ini lah gambar-gambar yang telah diambil semasa kursus..


Dato'Zaini memerhatikan En.Zamri dan En.Sairi
Para peserta melakukan kerja-kerja membagging
Aksi mengaul media...gaul jangan tak gaul..hehe
Nie pun aksi mengaul media...
Penerangan oleh Dato'Zaini mengenai Bio-plant dan cendawan

Sunday, January 4, 2009

Nama Peserta Kursus Pada 10/01/2008 , Sabtu

1 - Saharudin Bin Husin (Johor Bahru)
2 - Md Zamri Bin Ahmad (Simpang Renggam)
3 - Chan Lian Tong (Johor Bahru)
4 - Tan Kay Kiat (Johor Bahru)
5 - Jimmical B Longuyuh (Skudai)
6 - Sairi Bin Sahrin (Pekan Nenas)
7 - Pn.Rahayu (Pontian)

Thursday, January 1, 2009

Teknologi majukan industri cendawan - Utusan 2/01/09

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

Pembangunan industri cendawan memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk terus berkembang.
AKTIVITI penanaman cendawan kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pengusaha bidang pertanian.
Namun, disebabkan industri tersebut masih baru di negara ini, ia memerlukan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak untuk memastikannya terus berkembang.
Sebenarnya, industri berkenaan mampu untuk berkembang disebabkan ia menerima permintaan yang sangat menggalakkan dari kalangan pengguna.
Ini kerana tumbuhan dari spesies kulat tersebut bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan, malah ia turut digunakan untuk menghasilkan makanan hiliran lain seperti jus, sambal cendawan dan juga serunding cendawan.
Bagi mencari platform bagaimana aktiviti penanaman cendawan dapat diperkembangkan melalui penggunaan teknologi dan inovasi terkini, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menganjurkan Persidangan Dan Pameran Cendawan Malaysia 2008 (MMCF 2008)
Program yang dikelolakan oleh Pusat Penyelidikan Cendawan (MRC) UM itu telah mendapat kerjasama dari Persatuan Cendawan Malaysia (MAM) dan juga Jabatan Pertanian.
Selain jualan dan pameran cendawan, program tersebut juga telah menunjukkan demonstrasi memasak resipi cendawan, penjagaan kit cendawan segera dan teknik penanaman cendawan kepada para pengunjung.
Menurut Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti Sains UM, Prof. Dr. Rauzah Hashim, melalui persidangan seperti itu, golongan seperti pakar-pakar, penyelidik dan juga pengusaha dapat bertukar-tukar pendapat untuk memajukan sektor tersebut melalui sumber-sumber yang ada.
"Inisiatif seperti ini secara tidak langsung dapat mempromosikan penyelidikan dan pembangunan cendawan melalui aplikasi.
"Ia juga bakal memberi manfaat kepada ekonomi negara dan berpotensi untuk menyumbang kepada jaminan kualiti makanan serta kesihatan masyarakat," katanya selepas merasmikan program tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Untuk membangunkan industri berkenaan, ia bukan sahaja bergantung kepada teknik pelaksanaannya, malah perkongsian kerjasama dengan negara-negara lain juga penting agar ia dapat dilakukan dengan berjaya melalui pelaburan kos yang efektif.
Negara kita perlu mengambil pengalaman dari negara-negara pengeluar cendawan seperti Jepun, China, Amerika Syarikat dan juga New Zealand.
Antara jenis cendawan yang di tanam di Malaysia adalah dari spesies tiram kelabu, tiram putih, jeli hitam dan juga bunga kubis.
Setakat ini, MRC telah menghasilkan beberapa kepakaran sistematik melibatkan industri cendawan dari segi bioteknologi, biodiversiti, kesihatan, pertanian dan alam sekitar.
Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa penganjur persidangan berkenaan, Prof. Dr. Vikineswary berkata, rakyat Malaysia perlu mengamalkan memakan cendawan kerana selain mempunyai khasiat yang tinggi, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.
"Makan cendawan secara segar adalah paling digalakkan bagi mendapatkan keseluruhan nutriennya,'' katanya.
Menurut beliau, bagi merangsang pertumbuhan industri berkenaan, kerjasama antara universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) juga penting bagi mewujudkan pelbagai aktiviti dalam kajian mengenai penanaman cendawan.
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti seminar, bengkel, pesta dan juga perkhidmatan bantuan kepada pengusaha yang berminat.
Mengambil contoh UM, mereka ada menjalankan usaha sama dengan beberapa universiti dari luar negara seperti New Zealand dan San Francisco dalam bidang-bidang berkaitan.
Selain itu, universiti tersebut juga melatih lebih kurang 50 pelajar siswazah yang berminat untuk mendalami kajian cendawan dalam pelbagai aspek.
"Kajian-kajian yang dijalankan adalah seperti kandungan enzim di dalam cendawan, teknik penanaman selain mencari spesies-spesies baru di dalam hutan untuk penyelidikan yang lebih terperinci,'' jelasnya
Sebenarnya, tidak semua spesies cendawan boleh ditanam di Malaysia kerana proses pertumbuhan dan khasiat cendawan adalah bergantung kepada iklim sesebuah negara.
Justeru, untuk mencari kesesuaian berkenaan, peranan persatuan dan badan penyelidik adalah sangat penting bagi meningkatkan stimulasi pembiakan dan seterusnya mengekalkan khasiatnya.
Di samping itu, agensi-agensi seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian, persatuan-persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus memberi sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
Sehingga penghujung tahun lalu, sebanyak 334 ladang cendawan telah diusahakan di negara ini yang melibatkan tanaman secara komersial dan juga secara persendirian.
Daripada jumlah itu, terdapat enam syarikat yang melaksanakan projek berkenaan dalam skala yang besar iaitu melebihi 500 kilogram (kg) sehari manakala 57 syarikat melakukannya secara sederhana yang melibatkan hasil 50 hingga 500 kg sehari.
Sementara itu, sebanyak 260 pengusaha pula melaksanakannya secara kecil-kecilan dengan hasil yang dikeluarkan kurang daripada 50 kg sehari.
Johor merupakan negeri yang paling banyak mempunyai ladang penanaman cendawan dengan jumlah keseluruhan 67 ladang.
Secara keseluruhannya, negara kita menghasilkan sebanyak 24,000 kg cendawan sehari dan jumlah itu tidak mampu menampung permintaan yang tidak kurang dari 50,000 kg setiap sahari.