Sunday, June 27, 2010

Keadaan Banjir di Kawasan Farm





Ini lah antara kesan akibat hujan yang kini melanda kawasan kami.Sedikit banjir berlaku walaupun tidak seteruk 5-6tahun lepas..kalau berlaku seperti dulu confirm paras lutut lah jawabnya.Kesan air bertakung masih kelihatan dalam pondok cendawan ini.Alhamdulillah syukur kepada Allah.Keadaan lembab suhu dalam pondok kembali.Dan pengeluaran amat mengalakkan sekarang..

Saturday, June 26, 2010

Musim Hujan Yang Membawa Rahmat


Alhamdulillah syukur kehadrat Allah..
Minggu ini hujan turun setiap hari sehingga ada kawasan yang berlaku Banjir di kawasan Benut dan sekitarnya.Ini juga memberikan rahmat kepada pengusaha cendawan.Suhu yang sejuk dan lembab menyebabkan cendawan tumbuh dengan begitu banyak sekali.Sebelum ini suhu agak panas dan menyebabkan pengeluaran cendawan mengalami masalah kekurangan pengeluaran.Dan kini rancak kembali..semoga pengeluaran cendawan akan terus meningkat.Insyallah..

Friday, June 4, 2010

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.

sumber dari blog sepupu aku : http://myvitrd.blogspot.com/

Salam pagi semua, bertemu lagi d entri ke-2 aku hari ni, kali ni bukan aku nak cerita pasal politik @ nak kempen pilihan raya, cuma aku nak korang nilai pemimpin mana yang mesra rakyat.

tengah aku tengok2 email dalam inbox aku, aku terpandang satu email bertajuk "BUDAK KELANTAN MARAH" apa lagi aku bukalah nak tengok kot2 ada cerita orang gaduh ke @ apa2 berita menarikkan. bila aku scroll kebawah yang ni aku baca dalam email tu.....


Mana nak cari MB macam ni

Uniform ….. tetap pakai

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..


"IDOLA AKU DULU, KINI & SELAMANYA"