Friday, August 14, 2015

Projek Cendawan Pontian (SAIFULAM AGRO FARM) Menerima Kunjungan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK).

Menerima kunjungan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Tuan Mazlan Aliman bersama rombongan ke Projek cendawan saya di Benut,Pontian petang tadi.Banyak perkara di bincangkan untuk bersama-sama membantu belia Felda bagi membantu ekonomi mereka dalam perusahaan cendawan.'Pertanian adalah Perniagaan,Bertani satu Ibadah'

1500 bongkah cendawan dari Saifulam Agro Farm yang di tempah En Muhammad Fairuz dari Muar.

1500 bongkah cendawan yang di tempah En Muhammad Fairuz dari Muar dua hari lepas.

Cendawan Segar Untuk Di Jual Dari Projek Cendawan Pontian (SAIFULAM AGRO FARM)

Kepada pemborong & peniaga yang ingin mendapatkan Cendawan Segar dari ladang kami.Boleh berhubung terus dengan Pengurus Syarikat Saifulam Agro Farm 0137501589.Harga boleh di runding.Kami boleh membekalkan sebanyak 50kg sehari.

3 Pelajar Dari Kolej Komuniti Rembau Sedang Menjalankan Tugasan Di Projek Cendawan Pontian (SAIFULAM AGRO FARM)

Pelajar LI dari kolej komuniti Rembau di Farm saya menjalankan kerja-kerja mengaul media cendawan pagi ini.Moga menjadi Usahawan tani yang berjaya suatu hari nanti.Mereka menjalankan Latihan Praktikal selama 4bulan.

Hasil Cendawan Segar Dari Projek Cendawan Pontian (SAIFULAM AGRO FARM)

Selepas buka 5 hari penutup cendawan sudah mengeluarkan 90% hasil dan boleh di tuai.Anggaran hasil dalam 40kg. Alhamdulillah cuaca sangat baik sepanjang bulan ini.Rezeki musim hujan,cendawan mengeluarkan hasil yang sangat baik.Kepada yang hendak membuat tempahan cendawan segar boleh hubungi 0137501589.

Saifulam Agro Farm Memantau Projek Cendawan SMK Sri Tanjung,Benut.

Alhamdulillah sempat melawat Projek Cendawan SMK Sri Tangjung,Benut.Mereka membeli 500bongkah dari saya beberapa minggu lepas.Moga para pelajar dapat menafaatkan ilmu dalam bidang agro Pertanian khusus penanaman cendawan.

Tahniah Cik Anisah Holan dari Fakulti Kejuruteraan Awam,UTM kerana berjaya menyiapkan Tesis berkaitan 'Oyster Mushroom Cultivation Utilising Palm Oil Empty Fruit Bunches Towaros Sustainable Cultivation Process' Kerjasama Projek Cendawan Pontian (SAIFULAM AGRO FARM)

Tahniah Cik Anisah Holan dari Fakulti Kejuruteraan Awam,UTM kerana berjaya menyiapkan Tesis berkaitan 'Oyster Mushroom Cultivation Utilising Palm Oil Empty Fruit Bunches Towaros Sustainable Cultivation Process'.Alhamdulillah saya dapat menyumbang sedikit kepakaran untuk membantu beliau menyiapkan tesis ini.Semoga berjaya :)