Friday, September 17, 2010

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU PADA 23/10 /2010 , SABTU

ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 23/10/2010 SABTU
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
YURAN : RM200

-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA

( UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489 )

Wednesday, September 15, 2010

Menerima Pelajar Jurusan Pertanian Untuk Menjalankan Latihan Industri ( LI )

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Berkuasa,
Saifulam Agro Farm akan mula mengambil pelajar-pelajar yang ingin menjalankan LI.Oleh kerana pelbagai kemudahan telah kami lengkapi dan stuktur kawasan projek juga sudah membesar dan semakin berkembang.Kami akan menerima pelajar-pelajar yang berminat.Boleh hubungi saya terus di talian 0137501589.

Proses Pembesaran Kawasan Saifulam Agro Farm

Bulan ini kami akan membuat sedikit penambahbaikan.Kami akan membesarkan sedikit bilik suntik dan membesarkan pondok sedia ada.Tujuan bagi menampung bongkah-bongkah di atas permintaan cendawan yang kian meningkat.Selain proses pembesaran bilik suntik dengan kemudahan yang selesa sedikit berbanding sedia ada.Kerja-kerja pembesaran akan di lakukan minggu hadapan.Untuk kursus kami akan jalankan pada bulan 11 nanti.Gambar-gambar akan di upload secepat mungkin.

Suspek bunuh Sosilawati dikait - kes orang hilang

Terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lain, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sebuah restoran di Banting hari ini beliau berkata kes itu melibatkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.

Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lalu polis mengesahkan kempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat Banting.

Khalid sebelum itu dilihat melawat lokasi kejadian di Ladang Gadong bersama timbalan menteri dalam negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop kira-kira jam 10.30 pagi, dan keluar sejam kemudian.

Abu Seman ketika ditemui berkata kehadiran beliau di situ adalah untuk melawat anggota-anggota polis yang sedang bertugas di lokasi berkenaan pada Hari Raya.

Sementara itu Khalid mengingatkan pihak media agar tidak melaporkan kes pembunuhan itu secara melampau, dengan membuat pelbagai andaian sendiri.

Katanya selain menyulitkan siasatan polis, spekulasi yang ditimbulkan media juga boleh merunsingkan fikiran anggota keluarga mangsa yang masih sedih dengan berita kematian itu.

"Tolonglah, jangan tulis benda-benda yang tak disahkan. Jangan tulis cerita-cerita yang awak (media) dengar-dengar sahaja," katanya.

Sementara itu seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di restoran itu berkata peguam bergelar Datuk itu sering berkunjung ke restoran berkenaan, dan dia memang dikenali di kalangan penduduk kawasan itu.

( AL FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM KE-EMPAT MANGSA TERSEBUT )

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SAIFULAM AGRO FARM

ALHAMDULILLAH UMAAT ISLAM AKAN MENYAMBUT 1 SYAWAL PADA JUMAAT INI.KAMI DARI SAIFULAM AGRO FARM INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA SEMUA SAHABAT DAN RAKAN-RAKAN YANG MENGENALI KAMI.MEMOHON RIBUAN MAAF ZAHIR DAN BATIN JIKA ADA MELAKUKAN KESILAPAN DAN KEKASARAN BAHASA.SEMOGA DI MAAFKAN SEGALANYA...JIKA ADA SAHABAT DAN RAKAN-RAKAN YANG INGIN KE RUMAH KAMI SILALAH HADIR.RUMAH TERBUKA SENTIASA..WASSALAM.


Saturday, September 4, 2010

Surat Pengesahan Bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani


Semalam menerima Surat Pengesahan Bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.Bantuan bernilai Rm10k yang di terima.Alhamdulillah
tahun 2010 ini sahaja telah mendapat bantuan sebanyak Rm20k secara
percuma dari Kementerian.Tujuan untuk membesarkan Projek
Cendawan.Sasaran ingin menjadi antara pengusaha terbesar di Pontian dan antara terbesar di Johor pada 2011 ini.Insyallah....