Sunday, March 24, 2019

Jom Daftar Segera !!! Kursus Penanaman Cendawan 27 APRIL 2019 (SABTU). Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 27 APRIL 2019 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 60.00 - Rm200.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (SIFU CENDAWAN) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Gambar Kursus 24 Mac 2019 (Ahad) Di Benut Pontian.

Peserta kursus hari ini 24 Mac 2019 (ahad), mereka di ajar secara praktikal mengenai bahan media cendawan. Peserta kursus membuat sendiri media dengan teknik mengaul media secara manual, memasukan media ke dalam plastik PP serta di ajar teknik pengukusan dengan betul. Moga ilmu ini dapat di menafaatkan dengan baik. Ada yang hadir dari Sarawak, Sabah dan Sekitar Daerah di Johor. Semangat yang cukup luar biasa, moga ilmu yang diberikan memberi menafaat berguna buat kalian.

Gambar Kursus Cendawan Pada 10 Mac 2019 Di Benut Pontian

Peserta kursus pada 10 Mac 2019, mereka di ajar secara praktikal mengenai bahan media cendawan. Peserta kursus membuat sendiri media dengan teknik mengaul media secara manual, memasukan media ke dalam plastik PP serta di ajar teknik pengukusan dengan betul. Moga ilmu ini dapat di menafaatkan dengan baik.

Kerjasama Projek Cendawan Bersama SMK Gelang Patah.

Dengan peminat cendawan di SMK Gelang Patah minggu lepas. Pelajar-pelajar tingkatan 2 sedang menyusun 1000 bongkah cendawan untuk projek sekolah. Pertanian adalah perniagaan !

Motivasi Usahawan - Sifu Cendawan

Kegagalan bukan penamat. Kegagalan hanyalah satu keputusan untuk menilai kaedah yang telah digunakan sebelum ini untuk pedoman di masa hadapan. Orang yang tidak pernah gagal sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa. Lebih banyak orang belajar dari kegagalan daripada kejayaan. Oleh itu bersedia untuk menerima kegagalan dan terus mencuba dengan kaedah yang berbeza.

Taklimat Keusahawanan Cendawan Kepada Pelajar UTM Skudai.

Memberikan taklimat tanaman cendawan kepada Student Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai bersama pembantu pensyarah, Tuan Fauzi (Timbalan Pendaftar) di ladang cendawan kami. Insyallah 27 April ini, saya dan pihak UTM Skudai bersama beberapa komuniti kampung yang terpilih akan melancarkan program khas yang akan di rasmikan oleh Menteri Pelajaran di Parlimen Pengerang.