Saturday, April 30, 2016

Jom Daftar....!!! Kursus Penanaman Cendawan 28 MEI 2016. Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU & SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 28 MEI 2016 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 60.00 - Rm200.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (SIFU CENDAWAN) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Menerima Surat Lawatan Daripada Pusat Pengajian Diploma,UTHM Melawat Projek Cendawan.

Lawatan oleh Pensyarah & Pelajar daripada Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) ke Projek Cendawan kami Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Pontian, Johor pada 8 Mei 2016.

Gambar Peserta Kursus Pada 30 April 2016 Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Pontian, Johor.

Seramai 11peserta yang bersama dalam kursus penanaman cendawan pada April 2016 ini. Ada yang hadir dari Gua Musang (Kelantan), Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Tuesday, April 19, 2016

Lawatan Sambil Belajar Oleh Mahasiwi & Siswa Serta Pensyarah Pengiring Dari Fakulti Ekonomi Sumber Alam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Di Projek Cendawan Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut,Pontian,Johor.

Alhamdulillah usai memberikan perkongsian berkaitan keusahawanan Cendawan kepada 130 mahasiswa/siswi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Hampir 2 jam berkongsi pengalaman dalam bidang tersebut. Moga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna pada kalian. Gambar-gambar lawatan sambil belajar oleh Mahasiswa/siswi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Projek Cendawan kami bertempat Saifulam Agro Farm,Kg Parit Hassan,Benut,Pontian pagi tadi. Turut Bersama ialah DR.Hazman dan DR.Mahirah merupakan pensyarah pengiring kepada 130 mahasiswa/siswi yang hadir ke tapak projek kami pada 15 April 2016 (Jumaat).

Bongkah Cendawan Matang Dari Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Di Beli Oleh Usahawan Dari Kota Tinggi.

Alhamdulillah 3000bongkah cendawan di hantar ke Kota Tinggi minggu lepas. Berminat mendapatkan bongkah cendawan yang berkualiti dari kami boleh hubungi Saiful Amri @ Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) 0137501589. Lokasi projek kami di Kampung Parit Hassan, Jalan Tampok Darat, Benut, Pontian, Johor.

Kursus Cendawan Bulan April 2016 Secara Personal Kepada 3 Peserta Adik Beradik Dari Kluang Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan)

Selesai memberikan kursus secara personal buat Nurul Fadzila bersama Abang ipar & kakaknya yang hadir Projek Cendawan (Saifulam Agro Farm) pada 16 April 2016 (sabtu). Habis kursus terus beli 1000bongkah cendawan untuk langkah pertama dalam bisnes ini. Tahniah...!!!

Lawatan Mahasiswi & Siswa Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Di Projek Cendawan Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut,Pontian, Johor.

Menerima cendermata dari Mahasiswa/Siswi Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai minggu lepas. Memberikan taklimat keusahawanan Cendawan kepada mereka untuk kerja-kerja semester akhir. Moga perkongsian yang diberikan dapat memberi menafaat berguna pada kalian.

Lawatan Mahasiswi Fakulti Sains Kimia, Universiti Teknologi Malaysia Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut, Pontian, Johor.

Selesai memberikan perkongsian dan pengalaman tentang Projek Cendawan. Sempat berselfie dengan Siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Hafirah Yahya, Faqihah Mansor, dan Atikah Yusoff dari jurusan Ijazah Sains Kimia selepas sesi temubual minggu lepas. Bagi membantu menyiapkan kerja-kerja semester berkaitan keusahawanan.

Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Mengadakan Lawatan Ke Kolej Vokasional Tanjung Puteri,Johor Bharu.

Baru-baru melawat tapak bakal projek cendawan yang di cadangkan oleh Pihak Kolej Vokasional. Saya di iringi oleh Guru-guru yang akan melaksanakan projek tersebut di melawat tapak cadangan. Antara projek pertanian untuk pelajarnya.