Saturday, September 30, 2023

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 28 OKTOBER 2023 (SABTU) DI LADANG BERTEMPAT BENUT | PONTIAN | JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 28 OKTOBER 2023 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 013 7501589 (Saiful) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2023 #KURSUSCENDAWANJOHOR

Bersama Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor & Pengarah Institut Pertanian Titi Gantung Perak.

Bersama Tuan Haji Yosri Mohd (Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor) dan Puan Nur Hafizah Sharudin (Pengarah Institut Pertanian Titi Gantung, Perak) semasa lawatan ke tapak pameran Inovasi di UPM. Terima kasih singgah di booth kami dan memberikan ucapan Tahniah dan kata-kata semangat untuk mencipta lebih banyak inovasi.

CENDAWAN NANAS Menerima Anugerah EMAS Hari Inovasi Jabatan Pertanian 2023 di UPM

Mendapat Anugerah EMAS Hari Inovasi Jabatan Pertanian 2023 di UPM semalam. Tajuk Inovasi Pengkomersialan Medium Tanaman Cendawan Daripada Sisa Nanas. Terima kasih Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Pertanian Negeri Johor, Pejabat Pertanian Daerah Pontian & Lembaga Perindustrian Malaysia (LPNM) serta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut dan semua yang telah memberikan sokongan dan mendoakan. Alhamdulillah ! #cendawan #CendawanTiramKelabu #inovasi #akupetani

Penghantaran 800 bongkah cendawan tiram kelabu kepada Saudara Taufik di Felda Lok Heng.

Penghantaran 800 bongkah cendawan tiram kelabu kepada Saudara Taufik di Felda Lok Heng semalam. Beliau sudah beberapa kali membeli bongkah cendawan kami untuk jualan cendawan segar sekitar kawasan terdekat. Permintaan yang sangat tinggi katanya. Semoga terus sukses sahabat ! Terbaik

TEMUBUAL PENYELIDIKAN PENGUNAAN TEKNOLOGI CENDAWAN.

Temubual oleh Pelajar Siswazah, Akma Aizatul daripada Fakulti Pertanian (PhD - Perniagaantani) Universiti Putra Malaysia. Kajian berkaitan pengumpulan Data Penyelidikan PENGUSAHA TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI CENDAWAN. Semoga di permudahkan. #upm #sifucendawan

BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU UNTUK DI JUAL !

Kami mempunyai bekalan bongkah cendawan tiram kelabu. Kepada yang berminat mendapatkan bongkah cendawan boleh hubungi kami : ⁨013-750 1589⁩ (Saiful). Penghantaran turut di sediakan. Lokasi ladang di Benut Pontian | Johor. #bongkahcendawan #pembekalbongkah #CendawanTiramKelabu