Sunday, October 4, 2020

Jom Daftar Segera !!! Kursus Penanaman Cendawan 24 OKTOBER 2020 (SABTU). Bersama - SIFU CENDAWAN - Di Pontian, Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 24 OKTOBER 2020 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm14.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 80.00 - Rm250.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (Sifu Cendawan) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Penyampaian Sijil Kepada Para Peserta Kursus Cendawan Bulan September 2020.

Menyampaikan sijil penyertaan kursus tanaman cendawan bertempat di ladang cendawan Benut Pontian kepada 12 peserta. Kehadiran 4 peserta dari Selangor dan 8 peserta sekitar daerah-daerah di Johor. Semoga ilmu yang di berikan akan memberi menafaat yang berguna buat kalian. Tahniah ! Kursus seterusnya pada 24 Oktober 2020, berminat sila hubungi kami - 0137501589.

Berjumpa Mantan Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (LPP Johor) Tuan Haji Abdul Jalil bin Haji Bukhairah di Masjid Sultan Abu Bakar JB.

Minggu lepas usai solat zuhur berjumpa dan bertanya khabar dengan Mantan Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (LPP Johor) Tuan Haji Abdul Jalil bin Haji Bukhairah di Masjid Sultan Abu Bakar. Beliau banyak memberi motivasi semangat dan sokongan kepada saya semasa beliau menjadi Pengarah LPP Johor.

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Ukay Indah Ampang, Selangor.

Penghantaran bongkah bongkah cendawan ke Pangsapuri Ukay Indah Ampang Selangor untuk projek Kebun Komuniti beberapa minggu lepas. Tempahan telah di buat kali kedua dari Tuan Zafer dan isteri. Projek di buat bertempat kawasan Kebun Komuniti para penduduk di situ. Selain menjalankan projek cendawan mereka menternak ikan keli, tanaman bayam brazil, tanaman daun kesum, kunyit, Sireh dan banyak lagi untuk jualan di komuniti mereka. Tahniah ! Berminat mendapatkan bongkah cendawan berkualiti sila hubungi kami - 0137501589. Penghantaran sekitar Johor dan semenanjung Malaysia.

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Johor Bharu.

Membuat penghantaran bongkah cendawan ke Taman Mount Austin JB sebentar tadi. Tempahan sebanyak 1000 bongkah cendawan olen Encik Karim. Beliau pernah berkhidmat di Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) bertempat ladang Bukit Bujang. Alhamdulillah percubaan buat kali pertama sebelum menambah bongkah selepas ini. Semoga berjaya ! Ingin mendapatkan bongkah cendawan area Johor dan Semenanjung Malaysia sila hubungi kami - 0137501589.

TERUS BERUSAHA DAN BERJAYA ( SIFU CENDAWAN ).

Anda tanyalah kepada mana-mana usahawan yang berjaya sekalipun, mereka pasti akan menjawab bahawa jika ingin berjaya, semangat dan daya usaha mestilah seiring dan jangan sekali-kali berputus asa. Peniaga kecil khususnya yang cepat tewas dengan ujian dan kegagalan yang melanda perniagaan mereka akan menyebabkan mereka terus gagal. Berbeza dengan mereka yang mempunyai kecekalan dan mentaliti yang kuat, kegagalan yang menimpa diibaratkan sebagai satu cabaran untuk mereka terus berusaha dan berjaya. Jatuh bangun dalam perniagaan itu perkara biasa, yang penting kita BANGKIT & terus BANGKIT !!! #sifucendawan #cendawanjohor

LAWATAN KRT JALAN MERANTI JOHOR BHARU DI LADANG CENDAWAN KAMI.

Lawatan sambil belajar ke ladang cendawan kami di Benut Pontian oleh Biro Ekonomi KRT Jalan Meranti pada 26 September 2020. Kami turut menghidangkan jamuan menu cendawan untuk lawatan ini. Berminat untuk lawatan oleh komuniti sila hubungi kami - 0137501589.