Tuesday, May 26, 2009

Wood Vinegar vs Kulat Hijau

Kulat Hijau di Bongkah Cendawan (Sumber blog cuka kayu )

Umumnya punca kulat hijau datang dari persikitaran bangsal, bilik suntik dan penyuntik benih itu sendiri. Kebersihan diri dan persekitaran memainkan peranan amat penting bagi menghalang atau mengelakkan ia mula membiak.

Kaedah tipikal telah banyak dibincang dan ditulis oleh pengusaha-pengusaha cendawan yang baru dan lama, yang berpengalaman mahupun yang rajin membaca. Ini boleh didapati di blog-blog mereka samada secara langsung atau melaui pautan alamat yang mereka sediakan.

Di sini saya hanya memberi sedikit tambahan bagaimana produk cuka kayu dapat membantu dalam mencegah dan membunuh kulat hijau. Kaedah-kaedah tipikal tidak boleh diketepikan walaupun kaedah cuka kayu digunakan kerana faktor asas tetap memainkan peranan penting walaupun ada kaedah lain ynag dapat membantu.

Utk Pencegahan kulat hijau, selepas pembersihan mulut selepas tuai, sembur sikit larutan wood vinegar kepekatan 200x sebelum tutup rehat dipasang. Logiknya, pada kepekatan ini ia membunuh bakteria dan kulat. Cuka kayu pada kepekatan 1:10 boleh digunakan sebagai pembersih sudu atau alat pengorek mulut bongkah anda. Apa yang menarik, semburan cuka kayu bukan sahaja menghalang kulat hijau, tetapi juga menambah nutrien pada bongkah untuk menggalak pertumbuhan/ pembaikan misileum di mulut bongkah selepas tuaian. InsyaAllah penegeluaran seterusnya tidak ada kulat hijau lagi.

Sekiranya anda membuat bongkah sendiri, gunakan air larutan wood vinegar utk bancuhan media, pada kadar kepekatan 500-1000x. Perbezaan nisbah ini bergantung kepada kualiti habuk kayu yang dibunakan. Habuk yang masih baru, 1000x dan kepekatan ditambah secara berperingkat sehingga maxima 500x untuk habuk yang sudah lama atau habuk guna semula dari bongkah yang sudah tamat pengeluaran. InsyaAllah bongkah akan selamat dari serangan kulat hijau, oren dan hitam.

Pengukusan bongkah selama 3 jam pun sudah memadai untuk pengukusan menggunakan steamer dan 2 jam sahaja sekiranya anda menggunakan tong drum. Ini kerana cuka kayu sudah membunuh sebahagian bakteria & kulat merbahaya dalam campuran medium bongkah. Sedikit cuka kayu tulen boleh dicampur kepada air kukusan sekiranya mahu untuk menjadi lapisan pelindung pada bahagian luar bongkah yang telah dikukus nanti.

Utk Pembasmian kulat hijau, cuka kayu dapat membantu dengan kaedah berikut. Asingkan bongkah yang bermasalah, sembur larutan wood vinegar kepekatan 1:50 ke mulut beg cdwn yg bermasalah & tutup rehat hingga kulat hijau hilang. (2-3 mggu). Selain kaedah ini, gunalah juga pendapat & pengalaman pengusaha-pengusaha lama yang lebih berpengalaman.

Dalam kes lebih berat, sekiranya masalah kulat hijau di tempat anda hampir tidak dapat dikawal, semburan larutan cuka kayu nisbah 1:20 diseluruh kawasan projek terutama di kawasan jangkitan, dalam bangsal & bilik suntik juga dapat membantu pengawalan pada masa akan datang. Namun, untuk masalah seberat ini, hampir mustahil boleh berlaku sekiranya penggunaan cuka kayu dari peringkat awal dipraktikkan.

Walau bagaimanapun, dalam mengatasi masalah kulat hijau, PENCEGAHAN adalah jauh lebih bermakna dari PEMBASMIAN. Ini kerana, jika anda bernasib baik, bongkah yang bermasalah akan pulih dalam masa 2-3 minggu, sedangkan pada tempoh yang sama, bongkah yang baru disuntik juga sudah hampir matang.

Kebenaran Berkenaan Wood Vinegar Cuka Kayu

(Sumber blog cuka kayu)

Cuka kayu digunakan di dalam pertanian dan makanan haiwan ternakan. Penggunaan cuka kayu adalah pilihan yang terbaik bagi amalan perladangan organik. Kandungan semulajadinya menjadikan ia sebagai slternatif kepada penggunaan racun kimia dan baja kimia. Tambahan lagi cuka kayu tidak mengandungi toksik dan boleh di kembangkan secara biologi. Produk ini selamat kepada manusia, tanaman, haiwan dan alam sekitar.

Kelebihan Cuka kayu :

Cuka kayu memberikan banyak kelebihan kepada pertanian seperti dinyatakan dibawah.

1. Merangsang pertumbuhan pokok dan sayuran.
2. Menguatkan akar dan daun.
3. Menyuburkan tanah.
4. Mengurangkan bau.
5. Menanbah rasa asli kepada hasil pertanian dan juga produk-produk berkaitan.
6. Menghalang pembiakan virus dan penyakit dalam tanah.
7. Menghalang virus dan seranggan perosak untuk memperbaiki keadaan tanah.
8. Menambah kuantiti mikrob yang berguna.
9. Menghalau serangga perosak.
10. Mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria.
11. Menambah baik kualiti buah dan menambah kandungan gula dalam buah.
12. Sebagai pemangkin tumbesaran biji benih.
13. Sebagai bahan tambahan kepada baja kompos.
14. Membantu haiwan ternakan lebih sihat dan melindungi dari penyakit.
15. Menjadikan daging haiwan dan susu lebih berkualiti.

Produk ini diperolehi melalui penyejatan wap dari proses pembakaran kayu segar berkualiti pada ketetapan suhu tinggi yang terkawal. Cuka kayu mengandungi lebih 200 komponen seperti acetik acid, formaldehyde, ethyl-valerate, methanol, nutrient, tar dan banyak lagi. Daripada pengalaman penggunaan cuka kayu di dusun buah-buahan didapati kuantiti buah menjadi lebih banyak sehingga mencapai 70% pertambahan hasil.

Di negara ini cuka kayu telah banyak digunakan ke atas pokok kelapa sawit, getah, cili, sayuran, buah-buahan, cendawan, juga sebagai nyah bauan seperti bilik air, tong sampah, longkang dan sebagainya lagi.

Cuka kayu ini telah digunakan secara meluas di negara-negara lain seperi Jepun, Korea, China, Brazil, Afrika, Filipina, Vietnam, Kemboja, Thailand dan Indonesia. Produk ini menjadi pilihan negara-negara tersebut kerana penggunaan cuka kayu ini amat menjimatkan, murah serta memberi kesan yang mengkagumkan.

Cuka kayu juga digunapakai untuk tujuan kosmetik dimana boleh merawat penyakit kulit seperti alergi, kegatalan, membaikpulih struktur kulit serta penjagaan kulit.

Kelebihan cuka kayu sebagai anti oksida juga tidak dinafikan dimana beberapa syarikat luar negara seperti Jepun, Korea dan China menggunakan cuka kayu sebagai bahan utama produk detoxin seperti detox plaster.

Antara kelebihan cuka kayu lagi adalah sebagai bahan perasa tambahan kepada masakan dan juga boleh diminum dengan sukatan yang betul untuk melancarkan sistem penghadaman serta melawaskan perut.

Kajian-kajian dari negara-negara maju juga mendapati cuka kayu boleh digunakan untuk pembuatan bahan-bahan pencuci pinggan mangkuk, sabun mandi, syampu rambut, penghindar nyamuk dan serangga serta ubat-ubatan farmasi.

Sunday, May 24, 2009

Perkembagan Baja Air Cuka Kayu

Alhamdulillah hari ini tak putus-putus yang bertanyakan tentang cuka kayu..Tadi pagi saja wakil kepada Hj.Sulaiman pengusaha buah naga membeli 25liter cuka kayu.Katanya untuk keperluan tanaman 17ekar di johor bharu.Dan hari ini juga ada 3-4orang yang call bertanya tentang cuka kayu untuk tanaman cendawan tiram..Semoga keberkesanan cuka kayu amat memuaskan semua.Pengalaman mengunakan cuka kayu memang amat positif.Kurang kerosakan beg cendawan dari sebarang penyakit khusus nya kulat hijau memang terbukti.Apa lagi cuba lah try...

Wednesday, May 6, 2009

Harapan tercapai..

Semalam sempat call jabatan pertanian daerah pontian.Dah hampir 3 bulan selepas berjumpa pegawai pertanian meyakinkan pada dia yang aku nie memang patut dapat bantuan.Macam cara juga aku buat untuk yakinkan pegawai nie.Ini pegawai baru yang dilantik untuk zon benut.Pegawai yang lama memang-memang banyak susah nya.Alhamdulillah,berjaya juga akhir nya untuk mendapatkan peruntukkan pembesaran projek cendawan ini.Kemungkinan besar akan dapat sebuah pondok lagi.So,bertambahlah pondok aku lagi..hehe.Memang itu lah yang diharapkan untuk target 2009.Semoga projek ini akan membesar dan terus berkembang seperti pengusaha lain.Pegawai baru nie bagitahu tahun ini akan dapat.Tapi dia tengah ejas-ejas bila akan terima sepenuhnya peruntukkan ini..