Tuesday, October 7, 2008

Cerita Raya..

dah seminggu kita menyambut hari raya aidilfitri..mcm tak happy,al maklumlah dulu masa kecik-kecik dapat duit raya.Tahun nie kene bagi duit raya pulak.hehe..dah besar mcm nie pun masih dapat lagi duit raya.Bos bagi..walaupun sikit dia bagi tapi cukuplah nak makan 3hari.Raya pertama mcm biasalah dok gie masjid dan marhaban rumah ke rumah kat kawasan kampung.Member2 dan sepupu sepapat semua balik kampung,meriahlah juga..dapat jumpa dengan diaorang semua.Semua jarang balik ke kampung disebabkan kerja KL kebanyakkan nya.Semua berjawatan hebat di KL..Den jerk lah yang dok tersangkut kat kampung nie.Sib bek lah dapat tawaran keje kat UTHM nie boleh lah ulang alik rumah.Kalu ingat kisah 5tahun lepas sebelum keje gomen nie.Ada apply polis..dah lulus temuduga dan medical semua.Tinggal tunggu tempat training jer..lah2,UTHM pun panggil keje...nasib menyebelahi ku.Sebab tu ler boleh buat pojek cendawan nie..kalau masuk polis memang lah sah-sah tak tanam cendawan pun..hehe

itu lah citer zaman masa remaja...sekarang kene fikir ke hadapan pulak.Umur pun dah meningkat.Tahun depan beraya mesti happy tapi menyiksakan sikit ler.Nak kene beraya kat terengganu pulak,umah isteri...itu la sapa suh cari orang terengganu.Dah jodoh terimalah..johor ke terengganu...huh,jauh tu..jenuh gak nak drive.Lupakan lah,

aktiviti membuat beg media dan lain-lain berkaitan cendawan selepas seminggu syawal akan diteruskan minggu nie.Jumaat nie nak buat dalam 500beg media..pondok penghasilan semua dah penuh dengan beg media matang.semalam baru settel memungah-mungah beg media masuk ke dalam pondok penghasilan.InsyaALLAH awal bulan 11 nie nak berniaga jual cendawan dan cendawan goreng setiap hari ahad di Pasar Tani anjuran FAMA Pontian setiap minggu.Itu langkah seterusnya untuk maju ke hadapan.Projek tebu pun akan dibuat pada tahun ini..banyak kawasan tanah rezab terbiar yang belum diusahakan.Ada peluang depan mata nie kena terjah dulu.

ehem,itu lah sikit cerita-cerita pasal selepas raya...sebelum tu,kepada siapa-siapa yang ingin turut serta dalam kursus cendawan tiram boleh confirm awal-awal.Sebab ada ramai yang call nak join kursus..peserta pun terhad kepada 10-15 orang sahaja,wassalam.

No comments: