Wednesday, November 11, 2009

Sah...Bantuan Jabatan Pertanian DiBerikan.

Alhamdulillah Syukur Kepada Allah,
Segala penat lelah selalu turun berjumpa dengan pegawai di jabatan Pertanian akhir membuahkan hasil.Semalam Pegawai Jabatan Pertanian di ketuai En.Hj.Maulud yang juga Ketua Pertanian Zon Benut hadir bersama kakitangan Jabatan serta kontraktor yang diamanahkan membina Pondok Cendawan yang di peruntukkan telah melawat ke lokasi projek cendawan kami.Menurut kontraktor terbabit kerja-kerja pembinaan akan dijalankan selewat-lewatnya minggu hadapan.Setelah hampir 5tahun menceburi penanaman cendawan ini adalah peruntukkan yang pertama di perolehi.

Sedikit info mengenai Projek Cendawan yang telah dijalankan oleh Saifulam Agro Farm di Benut,Pontian,Johor.Bermula dengan berbekalkan membeli bongkah dalam 2000beg dari pembekal.Kami mula membuat proses sendiri itu pun secara part-time tanpa upah.Bersama sepupu Abd Hamid.Kini sepupu telah meniggalkan projek ini kerana mendapat peluang pekerjaan di Syarikat Bernama Tv,Kuala Lumpur.Maka projek ini telah saya teruskan secara berseorangan.Pada awalnya kami membuat pondok yang boleh mengisi dalam 5000bongkah sahaja.Setelah 4tahun dengan pondok yang kecil..dan permintaan yang amat memberangsangkan.Maka kami membina pondok 40x20 pada awal tahun ini yang boleh mengisi lebih 15 ribu bongkah.Alhamdulillah permintaan pun semakin tinggi..kami juga di tawarkan membekal cendawan 200kg sehari.Tapi kami menolak kerana hanya mampu memperoleh purata 20kg sehari sahaja.Dengan permintaan yang tinggi dan pasaran sudah lihat ada di hadapan.Oleh itu,kami telah membina sebuah lagi pondok 30x15 yang di jangka siap pada hujung bulan ini.Rangka adalah besi..yang kini dalam kerja-kerja pembuatan.Dan semalam terbukti benar...jabatan pertanian datang untuk membina pondok dengan bantuan percuma.Dengan itu,pondok untuk pengeluarang cendawan akan bertambah 2 pada bulan ini.
Insyallah sasaran kami untuk menempatkan antara 50k - 60k bongkah akan terlaksana hujung tahun ini.Dan mampu menambah hasil sebanyak 50kg sehari.

Pelbagai rintangan yang telah kami hadapi tapi ia sebagai pembelajaran dan pengajaran yang berguna untuk mematangkan projek ini.Harapan yang amat besar selepas ini..semoga projek ini akan terus berkembang dengan maju jayanya.

No comments: