Monday, July 26, 2010

Kunjungan YB.DR.Dzulkefly Ahmad ( Ahli Parlimen Kuala Selangor ) ke SAIFULAM AGRO FARM

Dari kiri - Shamsul Nahar ( Pegawai Khas Yb ) , Tengah - Yb.Dr.Dzulkefly Ahmad ( Ahli Parlimen Kuala Selangor ) , kanan - Saiful Amri ( saya lah tu..hehe ).Sedang menjamu sup cendawan di rumah kami.

Tazkirah maghrib oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor di kediaman kami.Khas untuk keluarga terdekat.
- Alhamdulillah sabtu lepas kami menerima kunjungan Ahli Parlimen Kuala Selangor YB.Dr Dzulkefly Ahmad.Kunjungan ini adalah kerana beliau berada di Pontian sehari bagi memenuhi undangan-undangan seperti ( Walimah ) kenduri kahwin dan Program Diskusi di Pontian dan Simpang Renggam.Beliau juga ada bertanyakan potensi cendawan dan income yang di perolehi jika menceburkan dalam projek ini.Shamsul Nahar yang juga pegawai khas beliau amat berminat dengan projek ini.Sempat juga Yb masuk ke Pondok pengeluaran Cendawan kami melihat sendiri hasil cendawan yang di keluarkan.Insyallah jika beliau berminat saya akan menurunkan ilmu tanaman ini kepada beliau.Kepada yang berminat untuk berkursus.Kami akan membuat kursus pada bulan OGOS ini..berminat sila hubungi saya 0137501589.

No comments: