Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sebuah restoran di Banting hari ini beliau berkata kes itu melibatkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.
Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.
Ahad lalu polis mengesahkan kempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat Banting.
Khalid sebelum itu dilihat melawat lokasi kejadian di Ladang Gadong bersama timbalan menteri dalam negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop kira-kira jam 10.30 pagi, dan keluar sejam kemudian.
Abu Seman ketika ditemui berkata kehadiran beliau di situ adalah untuk melawat anggota-anggota polis yang sedang bertugas di lokasi berkenaan pada Hari Raya.
Katanya selain menyulitkan siasatan polis, spekulasi yang ditimbulkan media juga boleh merunsingkan fikiran anggota keluarga mangsa yang masih sedih dengan berita kematian itu.
"Tolonglah, jangan tulis benda-benda yang tak disahkan. Jangan tulis cerita-cerita yang awak (media) dengar-dengar sahaja," katanya.
Sementara itu seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di restoran itu berkata peguam bergelar Datuk itu sering berkunjung ke restoran berkenaan, dan dia memang dikenali di kalangan penduduk kawasan itu.
( AL FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM KE-EMPAT MANGSA TERSEBUT )
No comments:
Post a Comment