Wednesday, December 15, 2010

Stok Benih Cendawan Habis..

Bulan ini semua stok benih dari Syarikat besar cendawan seperi Cnc Mushroom dan Ambra Mushroom semua habis.Pihak pengurusan cakap selepas 27hb ini baru ada stok.Dengar berita itu terus call dan sms rakan-rakan cendawan kat Johor ini beritahu bagaimana nak dapatkan stok dari pengusaha benih yang lain.Mereka pun tak tahu nak dapatkan dari mana.2-3 jam juga pening kepala memikirkan macam mana nak mencari benih untuk bongkah-bongkah yang belum di suntik benih.Tanpa fikir panjang terus bukan blog-blog teman cendawan yang banyak macam cendawan tumbuh nie.Itulah kelebihan blog-blog usahawan cendawan.Call Cima Agro,Zul Puchong dan Rantau Mushroom.Mereka ada stok..Alhamdulillah.Selamat semuanya..Ini kali pertama mencuba benih dari luar.Malam ini order pada Rantau 40beg benih untuk percubaan pertama.Katanya akan di curier kan dan selewat-lewatnya akan sampai hari sabtu.Zul puchong pun kami order dalam 20beg sebagai percubaan.Dan Cima Agro ada sms order 20beg juga.Melihat kesusahan mencari benih di saat-saat genting nie.Kami bercadang nak meyertai kursus membuat benih tisu kultur pada tahun hadapan 2011.Jika ada kursus pasti akan pergi untuk study tisu kultur benih cendawan.Semoga perusahaan ini akan berkembang lagi..Amin.

No comments: