Tuesday, April 19, 2016

Lawatan Sambil Belajar Oleh Mahasiwi & Siswa Serta Pensyarah Pengiring Dari Fakulti Ekonomi Sumber Alam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Di Projek Cendawan Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut,Pontian,Johor.

Alhamdulillah usai memberikan perkongsian berkaitan keusahawanan Cendawan kepada 130 mahasiswa/siswi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Hampir 2 jam berkongsi pengalaman dalam bidang tersebut. Moga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna pada kalian. Gambar-gambar lawatan sambil belajar oleh Mahasiswa/siswi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Projek Cendawan kami bertempat Saifulam Agro Farm,Kg Parit Hassan,Benut,Pontian pagi tadi. Turut Bersama ialah DR.Hazman dan DR.Mahirah merupakan pensyarah pengiring kepada 130 mahasiswa/siswi yang hadir ke tapak projek kami pada 15 April 2016 (Jumaat).

No comments: