Monday, January 30, 2017

Gambar Peserta Kursus Penanaman Cendawan 28 Januari 2017 Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut, Pontian, Johor.

Kursus Cendawan bulan Januari 2017 di Sifu Cendawan @ Saifulam Agro Farm hari ini. Sesi pengenalan bersama peserta. Seramai 21 peserta yang hadir ke kursus kami dan Nurul Amira Syahirah Bte Zainuddin berumur 16tahun antara peserta paling muda yang pernah ikuti kursus Penanaman cendawan di farm kami secara Praktikal. Hadir bersama Ayah & Ibu beliau berkursus, 2peserta yang hadir dari luar johor seperti peserta dari Pekan Pahang dan Semenyih Selangor. Peserta di ajar cara teknik menyuntik benih cendawan, Peserta Kursus Penanaman Cendawan di dedahkan teknik membuat media cendawan selain di dedahkan dengan teknik membaging secara menual (memasukkan media cendawan kedalam plastik PP), Peserta kursus di Sifu Cendawan @ Saifulam Agro Farm sedang memetik cendawan. Kursus seterusnya pada 25 Februari 2017 bertempat Pontian, Johor. Berminat untuk menjadi usahawan cendawan. Sila hubungi kami 0137501589.

No comments: