Monday, July 24, 2017

Gambar-Gambar Peserta Kursus Keusahawanan Cendawan Pada 22 Julai 2017 Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut Pontian, Johor.

Gambar-gambar sesi kursus Keushawanan Cendawan secara bulanan pada 22 Julai 2017. 20peserta kursus yang turut serta kali ini. Kursus seterusnya pada 26 Ogos 2017. Berminat boleh whatsap kami 0137501589. Mengajar teknik menyuntik benih cendawan kepada peserta wanita sebentar tadi. Hari ini berkongsi ilmu projek cendawan hampir 20peserta di Saifulam Agro Farm (Benut Pontian). Ada 3 group di bahagikan sesi kursus kali ini. Selesai kursus keusahawanan cendawan secara praktikal di Saifulam Agro Farm (Benut Pontian) sekitar jam 3.30petang. Moga ilmu yang diberikan dapat memberikan menafaat berguna kepada semua peserta. Ada yang hadir dari Tumpat Kelantan, Melaka, Muadzam Pahang, Kuala Ibai Terengganu dan sekitar Johor semangat yang luar biasa. Kursus turut di hadiri oleh Guru dari Tahfiz Darul Futuh Paya Jaras, Selangor. Ustaz Baihaki & Syed Hazrie antara tenaga pengajar di sana. Matlamat mereka untuk menjadikan projek cendawan sebagai sumber pendapatan sampingan bagi membantu pembangunan tahfiz di sana. Insyallah kami akan membantu mereka. Tahniah buat kalian !

No comments: