Wednesday, November 29, 2017

Penghantaran Cendawan Dan Bongkah Ke Rumah Selebriti Bob Lokman Di Selangor.

Alhamdulillah pada 15 November 2017 kami berkongsi ilmu keusahawanan cendawan dan menghantar cendawan segar tiram kelabu, sisir @ kukur serta bongkah cendawan buat Abang Bob Lokman di rumahnya Sungai Buloh Selangor. Terima kasih kerana menjamu kami dengan makanan yang enak dan padu. Beliau bekas pelakon & pencipta lagu Isabella (Search), Taman Rashidah Utama (Wings) dan banyak lagi. Moga Abang Bob Lokman terus di berikan kesihatan. Kami akan membantu beliau untuk mencuba mengusahakan projek cendawan.

No comments: