Wednesday, August 8, 2018

Noorsaiful Amri (Pengurus Projek Cendawan Saifulam Agro Farm) Memberikan Kursus Keusahawanan Cendawan Di Parlimen Permatang Pauh Pulau Pinang.

Sekitar kursus keusahawanan cendawan di Parlimen Permatang Pauh pada 5 Ogos 2018. Terima kasih buat Puan Shuhada (Ahli Majlis MPSP) di atas jemputan. Ucapan perasmian Kursus keusahawanan cendawan oleh YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Permatang Pauh ) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET). Kehadiran hampir 50 peserta kursus keusahawanan cendawan dan kursus di buat secara pratikal yang menekankan teknik penyedian media cendawan, teknik kukusan, teknik penyuntikan benih, teknik penjagaan dan tuai hasil serta teknik pemasaran yang berkesan. Moga ilmu yang di berikan akan memberi menafaat berguna buat kalian.

No comments: