Monday, May 6, 2019

Gambar Peserta Kursus Cendawan Pada April 2019 Di Ladang Cendawan Saifulam Agro Farm Benut, Pontian, Johor.

Kursus tanaman cendawan secara praktikal di #saifulamagrofarm Benut Pontian pada 27 April 2019 di hadiri 21 peserta. Antara peserta kursus saya semalam ialah Mr Chin Kuan Fooi (Owner Syarikat Dazzling Harvest Sdn Bhd) beliau merupakan usahawan cendawan berjaya di Johor, rumah cendawan beliau mengunakan Tenaga Solar. Bulan 11 tahun lepas beliau mendapat liputan program Agrotek RTM tentang projek cendawan yang di usahakan. Walaupun ilmu cendawan sudah mahir, beliau hadir berkursus bagi menambah ilmu serta berkongsi pengalaman kepada peserta yang lain. Ada beberapa peserta yang hadir dari Terengganu dan Pahang serta sekitar daerah di Johor. Kursus seterusnya akhir bulan syawal.

No comments: