Sunday, February 28, 2021

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Pasir Gudang.

Penghantaran sebanyak 300bongkah cendawan matang ke Gelang petang semalam buat Saudara Amin. Beliau merupakan peserta kursus cendawan kami tahun lepas. Rumah cendawan bajet dengan kos yang rendah di buat sendiri dengan anggaran kos rm900 sahaja sebagai permulaan. Kemas dan menarik, bagi yang nak memulakan projek anggaran 500 - 1000 bongkah boleh merancang pembinaan seperti ini. Tahniah Saudara Amin !

No comments: