Tuesday, May 4, 2021

Projek Cendawan Kukur Kami (Pontian Farmers Group) Mendapat Liputan Akhbar Utusan Malaysia & Kosmo.

Projek Cendawan Kukur @ Sisir Pontian Farmers Group di akhbar Utusan Malaysia & Kosmo hari ini. Potensi sangat baik untuk di ceburi oleh bakal usahawan baru dan belia-belia. Alhamdulillah ! Cuma nak betulkan 2 FAKTA yang tidak tepat pada catatan akhbar tersebut bermula 300 bongkah mengatakan pengeluaran hingga 80KG ia tidak tepat. Faktanya kali pertama pengeluaran 27kg belum lerai & pengeluaran kali kedua anggaran 20kg belum lerai. FAKTA kedua berkaitan khasiatnya sangat tinggi BUKAN membezakan ataupun perbandingan khasiat dari cendawan-cendawan hatta mengatakan khasiat paling tinggi dari cendawan lain. Kami merujuk maklumat Khasiat Kukur di Google & Facebook UM Cendawankukur. Kami hanya menyatakan Nutrisi serta tingginya khasiat cendawan kukur tiada perbandingan di buat. Berminat menjadi Usahawan Cendawan Kukur boleh hubungi kami - Kursus Cendawan Kukur pada 29 Mei 2021 di Benut Pontian, Johor.

No comments: