Saturday, September 3, 2022

Kami Di Sepanjang Konvensyen HPPNK 2022 & MAHA 2022

Di Majlis Konvensyen Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Kebangsaan 2022 di Dewan Merdeka World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur sempena MAHA2022 tempohari. Perasmian di sempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Menteri Pertanian & Industri Makanan). Wakil usahawan di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Johor seramai 3 orang dan seorang pegawai pengiring. Bersama sahabat-sahabat Usahawan & pegawai pengiring hampir 300 peserta di Konvensyen Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2022 sempena MAHA. Sahabat dari kiri - - Tuan Mie (Pegawai LPP Kelantan) - Owner Murtabak Raja dari Kelantan - Tuan Abd Manan Ismail (Pelakon & Owner Tart Nanas - Kahfy) - Sdr Faizul (Usahawan Nanas) dari Johor - Tuan Akma (Usahawan Pelam Harum Manis) dari Perlis. Kami membentangkan Resolusi dari Usahawan untuk di serahkan kepada Perdana Menteri Malaysia tempohari di Tapak MAHA 2022 Maeps Serdang. Turut bersama Pengarah LPP Johor Dato Syawalludin, Penyanyi Tersohor Malaysia Amy Search dan bersama Saudara Fitri yang merupakan usahawan cendawan di Pasir Gudang, anak murid kami dalam keusahawanan cendawan. Beliau berniaga keropok lekor di bawah FAMA selama hampir 2 minggu sepanjang MAHA 2022. Tahniah anak muda 💪👍🍄🔥

No comments: