Tuesday, March 5, 2024

Hadir Ke Simposium Peladang Muda Nasional 2024.

Bersama Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu seusai beliau merasmikan Simposium Peladang Muda Nasional 2024 yang diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor pada Selasa. Kehadiran Peladang Muda dari seluruh negara di bawah usahawan muda PPK & LPP. Beliau menasihatkan kepada anak muda yang terlibat dalam bidang pertanian untuk terlibat secara sepenuh masa dan lakukan dengan bersungguh-sungguh apa yang diusahakan ketika ini. Selain dapat menjamin sumber pendapatan yang lumayan, pertanian juga adalah aset terpenting negara yang perlu diberikan perhatian yang serius. Sekuriti makanan adalah agenda penting yang sering diperkatakan hingga ke peringkat antarabangsa. Dengan penggunaan teknologi seperti teknologi kecerdasan buatan, teknologi sistem pintar, data raya, Internet benda (IoT) dan pelbagai lagi teknologi dalam pertanian yang selari dengan perkembangan revolusi perindustrian (IR) 4.0 memungkinkan lebih ramai lagi anak muda akan bersama dalam bidang pertanian. Dapat juga bergambar bersama Menteri Pertanian, Datuk Wira' Mahfuz Omar (Pengerusi LPP) & Pakar Marketing Online, Tuan Irfan Khairi serta sahabat-sahabat Peladang Muda Negeri Johor. #peladang #simposiumpeladangmudanasional #keterjaminanmakanan #lembagapertubuhanpeladang #peladangmuda

No comments: