Tuesday, January 21, 2025

MEMBERIKAN CERAMAH CENDAWAN NANAS DI SEMINAR PENGUKUHAN INDUSTRI NANAS PANTAI TIMUR (WILAYAH TIMUR) 2024 DI KELANTAN ANJURAN LPNM.

Alhamdulillah pada sabtu lepas, 15 Disember 2024 hadir berkongsi kisah keusahawanan dan pembentangan Teknologi Penghasilan Bongkah Cendawan Nanas dari sisa nanas di Seminar Pengukuhan Industri Nanas Pantai Timur (Wilayah Timur) Tahun 2024 bertempat Permai Beach Resort, Bachok, Kelantan untuk sesi pertama sebelah pagi. Seminar selepas itu diteruskan dengan pembentangan kedua oleh Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Encik Mohd Khairuzamri Bin M. Salleh iaitu Senario Industri Nanas Malaysia dan Perancangan RMk-13. Majlis perasmian penutup Program Seminar Pengukuhan Industri Nanas Pantai Timur (Wilayah Timur) Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Petanian, Agromakanan dan Komoditi, Dato’ Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail. Hadir bersama dalam menjayakan majlis ialah Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman, Encik Rosmizam Bin Md Yusof, Pengarah Bahagian Pemasaran, Encik Wan Mohd Adiasrol Bin Wan Hussain serta Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Kelantan, Encik Muhammad Fauzan Bin Mohd. Kehadiran peserta hampir 130 usahawan dari Pahang, Terengganu & Kelantan dan tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai LPNM yang hadir dalam program ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada semua pekebun dalam menjayakan industri tanaman nanas pada masa hadapan.

No comments: