Wednesday, January 9, 2008

BLOG BERWAJAH BARU

Alhamdulillah.....
apa2 pun nak ucapkan terima kasih pada akk fatisha yang sudi mengrepair blog am nie ek..
am mmg2 tak tahu nak repair bagi menarik mcm akk fatisha punya.Apa2 pun jasa mu akan dikenang.
Hari nie cuti,esok pun cuti sebab awal muharam..johor jer yang dapat cuti.Negeri lain tu tak tau lah pulak.Aktiviti pagi nie dok pungah beg2 baru ke dalam pondok cendawan.Pastu gie tengok stok habuk getah kat kilang kayu.Dia kata akan hantar esok stok habuk..Bekalan yang ada nie cuma leh buat dalam 500beg lagi.Tu yang dok risau dengan stok habuk getah.Nie ada masa terluang pe cari CC kat pekan.Kang balik umah dah kene pungah beg2 yang dikukus malam tadi dalam 400beg.Esok pagi baru nak suntik..Tengahari nyer nak gaul media dalam 300beg lagi.Masa cuti macam nie lah leh buat media.Kalu tak memang sibuk ngan tugas kerja kat pejabat tu lah..Selagi ada kerja,kerja...kerja...........

Thursday, December 27, 2007

GRADUAN RAIH RM12K SEBULAN

Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan
Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.

Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.

Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.

Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.

Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.

‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.

‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.

Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.

‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.

‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.

Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.

‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.

Azam 2008

Masuk jer tahun 2008 nie rancang2 nak besorkan tempat cendawan.Sekarang nie suntik benih masih gunakan bilik tido.Tmpt tido jadikan markas suntik benih.Habuk getah lah letak kat tempat parking motor n kereta.Dah tak seswai sangat2 tu.Memang sapa2 yang akan datang umah kompem pening kepala tgk beg2 cendawan yang dah disuntik.Kat dapur penuh beg2 cendawan yang lum matang.Bilik kedua pun penuh dgn beg2 cendawan yang dah hampir matang.Memang serabut teramat sangat2.Perancangan nyer minggu depan nak beli barang2 utk buat pondok habuk yang besor dan bilik suntik mcm ayne,bukit naning punya.Bilik suntik yang simple tapi menarik kos tak sampai rm300 gak nyer..Kalu dah ada pondok habuk yang besar tu leh ar simpan stok habuk ngan bnyak sikit.Risau gak takut2 bekalan habuk getah akn putus masa akn datang.Jalan yang terbaik kene simpan stok byak2 ler.Minggu depan nak gie tempat fatisha hantarkan benih cnc,tepung dan neck untuk daud.Bulan nie memang paling bzee sekali..Jap lagi dah nak pe bengkel utk staf2 pejabat kat divillage resort,melaka sampai hari ahad.Dah tertangguh lagi nak buat beg media minggu nie.Masa cuti sabtu dan ahad jerk lah leh wat beg2 baru.Kalu ada kursus ataupun hal2 lain mmg terbantut ar keje2 cendawan nie.Rasanya satu hari nanti kene gak fokus 100% dalam bisnes nie.Apa2 hal pun kene besorkan empayar cendawan nie..bukan setakat cendawan yang akn dibuat.Kambing pun dlm plan....harap2 berjaya lah utk tahun 2008 nie.(teruja dgr citer pasal pegusaha cendawan dgn pendapatan rm12k sebulan baru2 nie)

Monday, December 17, 2007

Tuesday, December 4, 2007

sapa nak order....

benih dari cnc mushroom Rm2.50

penutup beg cendawan (18sen harga dulu)



Wednesday, November 28, 2007

cendawan yang besor tu...

BESAU KAN CENDAWAN TB2 nie...

PEBANDINGAN SAIZ CENDAWAN TB2 DGN HP...KECIK NYER HP KU...








Tuesday, November 27, 2007

lama tak update...

lepak nyer sepanjang minggu nie...malam tadi baru siap kukus 500beg.Pastu ada member tumpang 130beg tuk kukusan.Total 630 gak ar..Wat pertama kali nyer semenjak guna steamer inilah kukusan paling banyak beg.Target utk bulan nie n bulan depan leh dapat dalam 5000beg.Mcm target fatisha ler hehe....lama gak tak update dalam blog nie.Terlalu sibuk amat sangat.Sibuk ngan final exam budak2..apa erk nak citer.Cuma nak kongsi sikit pengalaman ar..Am dah 3-4kali gie pejabat pertanian nak bertanyakan tentang peruntukkan dan khidmat nasihat yang diberikan pada usahawan2 cendawan nie.Setiap kali datang staf2 jabatan cakap terus berhubung dengan yang uruskan cendawan tanpa diberitahu buat surat.Padahal dah tanya apa prosuder nak dapatkan peruntukkan yang kerajaan berikan pada usahawan tani nie.Mcm lepas tangan...rasanya hampir setahun lah.Pastu kebetulan am bukak web kementerian pertanian.Ternampak lak ada ruang untuk mengadu atapun bahasa kat sini panggil saqad.Am beritahulah masalah nyer...nak tahu pasal saluran peruntukkan.Bab malek dari perak bagitau kerajaan ada sediakan peruntukkan rm5k pada usahawan cendawan.Tak silap dah ada yg dapat peruntukkan tu..sapa ntah lupa lak.Awal bulan nie Puan Normah dari putrajaya call tanya pasal aduan am tu.Am cakap memang yer..dah bgtau tapi wakil jabatan pertanian langsung tak ambil kisah.Terus Puan Normah call jabatan pertanian daerah tanyakan..Nak dipendek kan citer nyer,wakil dari jabatan daerah terus call am macam marah2 n tinggi suara pulak cakap am bersalah.Pastu dia bagitahu pernah buat surat rasmi ataupun tak..Boleh pulak tanya mcm tu.Masa am gie jabatan pertanian takde pulak tanya isu buat surat dulu ker..apa ker..dah jadik mcm nie mcm kita pulak salah sebab tak ikut prosuder.Tau pulak nak marah...marah kita tak tau plak.Kalu peruntukkan tu cuma untuk kroni2 yang rapat ngan pegawai pertanian fine..takyah mintak dan tunggu peruntukkan.Lebih baik kuarkan modal sendiri lg senang.Am buat aduan pun bab tak puas hati dgn cara jabatan mcm lepas tangan.Lepas nak letak phone wakil tu leh cakap pe.."saya tau lah pondok cendawan awak tu....."nak habiskan ayat pun am tak sanggup nak dengar ar...langsung takde suport.Cuma nak bagi ingatan pada diaorang jer.Kalu nak buat keje biar betul2 jgn makan gaji buta...Am dah azam lepas nie langsung takkan mintak satu sen pun dari jabatan daerah nei.Klu diaorang datang pun wat tak tau jer..masih tergiang2 sindiran jabatan pertanian daerah tu.Takpe2..am akn buktikan pada diaorang satu hari nanti..tunggu lah waktu nyer.Apa1 hal pun terima kasih pada Puan Normah bab bawak isu nie kepada pihak jabatan daerah..bagi sikit pengajaran pada dia....